Showing posts with label artis popular. Show all posts
Showing posts with label artis popular. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Filem ROCK OO: Rimba Bara Kembali! by shahroll

Sunday, January 20, 2013



As salam, hello readers...

Selamat berhujung minggu semua. Harap korang semua sehat la ye? aku kurang sehat sikit dari semalam sebab batuk-batuk kecil yang menyesakkan dada. Tekak pon rasa perit. HUHU! Apa pun, kerja-kerja yang tertangguh mesti dilakukan sebaik yang mungkin, CHAIYOKK! =D

Now what?

Oh, berkenaan dengan filem terbaru terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd mengenai tentang zaman rock kapak. Aku pasti korang masih ingat lagi kesinambungannya sekitar tahun 2005? Jom refresh sekejap.

HAHA! RARE siakk!

Itu cerita 2005,

Tahun ini mereka kembali lagi dengan lebih rock, lebih havoc dan lebih dari semuanya! Layan gambar2 TERBARU dari mereka, Rimba Bara!










Sinopsis:

Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair. Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal? “ROCK Ooo…” turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.


enjoy!

Thursday, December 01, 2011

Mahu berdating bersama Neelofa? Inilah masanya!! by shahroll

Thursday, December 01, 2011


Amboihhh.. bukan main laju korang dok tekan link URL aku tu kan? Pantang aku mention NEELOFA, terus klik! HEHE. Al-kisahnya, aku nak bagitahu kat pembaca sekalian pasal Promo Tour untuk Azura Movie ni akan berlangsung pada hujung minggu ini di Plaza Alam Sentral! Cuba korang tengok poster yang aku tampal kat bawah ni,



Siri Jelajah yang bakal mengunjungi 8 tempat di seluruh negara ini akan singgah di Plaza Alam Sentral Shah Alam (3 & 4 Disember), Alor Setar Mall Kedah ( 10 & 11 Disember), Mega Mall Penang ( 17 & 18 Disember), Seremban Parade (24 & 25 Disember), Plaza Angsana Johor Bahru (14 & 15 Januari 2012), Kuantan Parade (21 & 22 Januari 2012) dan berakhir di Berjaya Times Square Kuala Lumpur (8 & 29 Januari 2012)

Selain itu juga, bersempena Siri Promosi Filem Azura ini para peminat berpeluang untuk beramah mesra dengan Neelofa dan Shah Jaszle. 

Disamping itu, satu Pertandingan Karaoke bersama Luncai Emas akan turut diadakan di setiap lokasi siri promosi dan para peserta pertandingan berpeluang untuk menjadi artis rakaman Luncai Emas serta memenangi hadiah-hadiah yang cukup menarik.

Korang nak tahu ke apa hadiah yang MENARIK untuk korang? Nah!

Acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan termasuk tiket Tayangan Gala Filem Azura, Pakej Percutian, Gadget Iphone serta Blackberry Bold dan banyak lagi.

Untuk makluman lanjut, para peminat boleh melayari Facebook Filem Azura atau menyaksikan trailer Filem Azura 2012 di laman You Tube.

enjoy!


Saturday, October 08, 2011

Cinta Facebook? by shahroll

Saturday, October 08, 2011



As salam, hello readers...

Dulu aku bukan suka sangat lagu dari @NjwaLatif ni. Tapi biasalah bila lagu ni diulang-ulang menjadikan benda yang ko tak suka jadi suka banget! Haaa.. kan?
sumber: Google

Apa pun, TAHNIAH pada Najwa Latif sebab single pertama dia neh dah cecah lebih dari 2 juta view dalam Youtube. Satu pencapaian yang baik anak seni dari Batu Pahat, Johor.

Tapi yang aku heran bin ajaib, kenapa KOMENTOR dalam Youtube ni macam kena sawan kura-kura? Teruk nau komen nyer. Yang ok tu ok lah, ni ada yang dari "seberang" pun komen yang agak... ermmm.. tengok lah sendiri!

Keep on track Najwa! u can do it better and better... next step!

Enjoy!

Friday, August 19, 2011

Majlis IFTAR bersama Digi Telecommunication @ Seri Pacific Hotel, KL part #1 by shahroll

Friday, August 19, 2011

As salam and hello readers,

Bulan puasa merupakan bulan yang dituntut untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik dan menjadi satu tanggungjawab sosial kepada syarikat yang ingin menyumbang kepada organisasi yang berkenaan. 

Semalam selepas AnakPerakDotCom hantar SMS mengajak aku ke majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim As-Sakinah di Hotel Seri Pacific di KL, aku terus saja menerima "lamaran" beliau. HAHA!

Majlis ini ditaja sepenuhnya oleh Digi Telecommunication: Always the Smarter Choice dan majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu kehadiran para artis seperti Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Aizat (bersama abang Aizat). Antara sebab mengapa aku turut serta dalam majlis nie, sebab ada blogger Jujai dan juga DD Fabulos lah! *cuba la percaya k?* huhu~
Majlis Iftar bersama Digi...

Dalam dewan tempat kami berbuka puasa...

Blogger Jujai dan wife...

Blogger DD Fabulos!!

Menjadi sedikit kekesalan kerana aku tak bawak kamera! Argghhh! Menggunakan teknologi phone camera yang cuma 2 megapixel, aku hanya mampu pasrah! Boleh la sekadar ada gambar, nak ambil gambar cun tak dapat la. Ni namanya photographer malas nak pikul kamera gabak besar punya lah =p
Penulis yang sentiasa murah dengan senyuman, ecceh~..

Juadah untuk pusingan pertama: Sayur+Kepah+Ayam+Kari Ikan..

Actually ini kali ke-2 aku berbuka disini. 1st time aku ikut HEP (Hal Ehwal Pelajar) UiTM berbuka dekat tempat yang sama. Memang banyak makanan kau!!! rambang mata korang nak makan yang mana satu. Mata aku mencari kambing panggang saja. HAHA!

Chef di Seri Pacific Hotel yang jaga gerai-gerai juadah yang disediakan pun ramah. Biasalah, hati customer kena jaga beb! Esok-esok boleh datang berbuka lagi kat sini kan? =D

taraaa.. pizza u olzzz.. =p

Char Kuey Tiaw maaa...

Ok, ini hidangan di dalam Hotel...

Terima kasih pada pihak Digi Telecommunication yang sudi menjemput kami untuk turut sama dalam majlis yang meraikan anak-anak yatim dari As-Sakinah. Staff yang control majlis ini juga memberikan kerjasama yang mantap walaupun kami hanya pemenang untuk Facebook Contest (ref:HERE)

sweet goodies bag lorhhh...

Eh? tak kan dah habis post kot? Mana gambar Lisa Surihani bersama penulis? OHMAII, maaf lah, gambar itu sudah "crash". Terpaksa recover balik untuk dapatkan kembali gambar tersebut. Maka, tunggu lah 2nd post dari saya k? EKSKLUSIF di shahrulhairy.com! *bajet blog ni pemes ke?* hohohoh...

Enjoy!

Tuesday, July 26, 2011

Baru aku tahu pasal mereka, Jimmy Shanley and Suhaila by shahroll

Tuesday, July 26, 2011


Hello brada n sista,
read this article from Mstar;



PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.


"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.


"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.


Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.


Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.


"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.


[read more: Mstar]
Jimmy and Suhaila

Aku tak mahu ulas apa-apa tentang isu "pertelingkahan", aku tunggu maklum balas dari pihak Jimmy pula tentang pendedahan ini. Jika benar andai yang dilaporkan, kedua belah pihak boleh bincang baik-baik k? All the best! =)

Friday, July 15, 2011

(video+lirik lagu) Cerita Dia: Drama Band by shahroll

Friday, July 15, 2011



from left: Ammar Habbir, Faeez Halim, Aepul and Daus Srk


Sempurna,
Cerita yang tak sempurna,
Apakah alasannya,
Siapakah di hatinya,

Bahasaku,
Mungkin tidak seindah,
Lafaz kata pujangga,
Namun ku bersumpah,

(#chorus)
Rela ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu..
Saat ini..

Biar tubuhku kan terpaku,
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...
Wooooo..wooo.oooo..


Ulang #chorus [Lady voice]
Rela ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu..
Saat ini..

[prime vocalist in]
Biar tubuhku kan terpaku,
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...

Masihkah aku ada
Di hatimu...
Saat ini... (3x)

Thanks to my sis yang alert kan aku pasal lagu single ke-2 dari Drama Band. Untuk 1st time dengar, macam biasa-biasa je. But, bila masuk 2-3 kali pusing2 lam youtube tu, terasa "syok" pulak. Tambahan lagi, ade suara awek comel plak terselit, terus aku add fav lam channel youtube aku! =D

By the way, kalau Ammar Habir baca blog aku, aku nak minta bro upload cord guitar tuk lagu nie boleh? tak pon just put in my comment pon ok, boleh eh? sure ramai yang tercari-cari cord lagu ni.

For those yang nak support Drama Band, boleh ke page Facebook dorang di 

enjoy!

Saturday, May 28, 2011

[Review] Filem "KARAK" : Antara realiti dan CGI dari KRU Studios by shahroll

Saturday, May 28, 2011


Morning peeps!


Karak. Siapa tak pernah lalu karak kan? Pengalaman aku sendiri lalu jalan Karak (highway punya) walaupun pagi rasa lainnn je. Hahaha.. belum pergi jalan lama Karak yang filem nie shooting. Seriau sehh~


Malam tadi aku bersama 2 adik aku melayan filem Karak di TGV Cinema Bukit Raja. Tayangan ada pada jam 8.50 malam dan 11 malam. Disebabkan 8.50 malam dah FULL HOUSE, terpaksa lah ambil yang 11 malam punya. Tu pun semasa kitorang nak masuk panggung, seat untuk 11 malam punya pun FULL HOUSE. Terbaek dowh.


poster pon dah seram eh?

Yeay! Panggung "No.1" dah start! jom masuk!

Nak beli tiket panjang oo mau beratur. Dah skang TGV tak amek order online. Nak jugak suruh aku beratur lama-lama. Tapi, kalau korang ada Citibank punya kad, korang ada lane special ok! Tapi, celah mana pulak aku ada Citibank punya kad? huhu~

Ramai kan? belakang aku lagiii ramai..

Untuk hilangkan boring masa menunggu masuk ke panggung, aku ngan adik2 tawaf beberapa kali Jayajusco tu, sebab 1 benda je. Nak makan! Pergi kat PizzaHut, penuh! Level atas tak bukak, reason? Sebab tak ramai pekerja malam tu, lorhh.. Wadepak mey?

Last-last, makan kat Johnnys je..

Jam dah menunjukkan 10.45 malam. Kitorang naik balek ke atas, beli pop corn and air Sprite, and go to cinema! haha.. berkobar-kobar nak tengok hantu yang dihasilkan oleh KRU Studios ni. Yelah, hantu2 ni bukan takat main "hidden" macam filem2 lain, tu yang syok tu.

Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem nie, aku cuma nak cakap, hantu yang masa scene makan perot orang tu memang WINRAR!! eeerghh.. geli siakkk! aku meraba-raba perut aku, owh gosshh! nak terkeluar kot isi perot aku tadi. Scene tu terbaek dowh!

Pengalaman benar dari mata saksi--> GULP!~

Aku syorkan korang tengok cerita KARAK. Kronologi dia cam nie, memula best--tengah2 kureng sket--last2 just nice! haaa.. jujur punya review kan? ahahaha~ kalau korang nak tengok, try cari seat tengah2 malam punya, baru lah ada "rasa" kan? tak pon, lepas tengok wayang tu, layan ke jalan lama KARAK tu pulak.

Siakk tol. Aku taip ni pon dah "seram sejuk" dowh! Seb bek pasang lagu Babak Pertama (OST Juvana) temankan aku masa menaip! hahaha~..

Adios! Enjoice your weekend guys...



p/s: cilok from Berita Harian:- [HERE]

Kezaliman yang tidak diampunkan Allah kecuali dengan bertaubat iaitu syirik. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik sedangkan Dia akan mengampunkan dosa lain kepada siapa yang di kehendaki. Sesiapa yang syirik adalah kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 116) 

Kezaliman dilakukan antara hamba dan Tuhannya iaitu perkara yang lain daripada syirik di mana Allah akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka yang dikehendaki atau dihilangkan dosa dengan kecelakaan terhadap seseorang seperti kemalangan atau musibah. 

Penyucian dosa ini juga dapat dirasai melalui azab kubur, syafaat Nabi SAW atau diletakkan di dalam neraka buat seketika. 

Kezaliman yang dilakukan sesama manusia tidak dapat diampunkan melainkan dimaafkan oleh mereka yang dizalimi. 
Sabda Rasul SAW yang bermaksud: “Hendaklah dikembalikan hak mereka yang dizalimi sebelum datang hari kiamat di mana segala kebaikan orang yang zalim akan di berikan kepada mereka yang dizalimi seterusnya mengheret mereka ke neraka.” 

Wednesday, April 06, 2011

Fenomena "Usop Wilcha" kekuatan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah by shahroll

Wednesday, April 06, 2011
"Soley soley.. soooley soley.."

"Kita bako je bako.."

"Hussinn.. hussinnn..."

"Siapa setuju, sila angkat tangan macam sayaa.."




Haha, pernah dengar petikan-petikan dialog nie? SUDAH PASTI lah kan? Siapa tak tengok cerita HKLBR. Dan watak yang mendapat perhatian gila-gila dari peminat filem Melayu adalah watak si Usop Wilcha. Siapa dia Usop ni? power betol dia punya penangan eh?


Usop Wilcha
foto kredit: Nadd Blog


Nama sebenar Syed Mohamad Asri bukan calang2 orang beb. Seorang yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad. Hebat bey! eh, yoep! huhuh~


Peminat GERMANY! huhu i'm not.. =p
picture credit: Facebook


Walaupun populariti yang diraih dalam usia yang agak lewat, tapi bagi aku usia dan status tak jadi masalah yang besar. Pada kami selaku penonton, kepuasan menonton filem kalau pelakon itu mempunyai bakat dan stail yang tersendiri. Lepas nie, pergerakkan Usop menjadi mata-mata pemerhati peminat dan juga media la eh?



Usop Wilcha dalam APBPH 2010.. gamatttt sehh!!

Tu lah dia penangan si Usop. Dan yang pasti, aku tak tengok lagi pon cerita nyer nie, but orang dah selalu sangat cerita dan cerita dan cerita, dah macam aku "menengok" cerita ni secara FULL! dasyattt! 

Keep it up Usop! Aku nantikan cerita bersama Hussin pulak, sekual HKLBR! yeahhh!!

Monday, April 04, 2011

SEO: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010! by shahroll

Monday, April 04, 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Sepertimana korang taw, Bintang yang popular untuk tahun 2010 adalah jatuh kepada pelakon Adnan Sempit iaitu Shaheizy Sam!! Wooohooo, gila lah! Aku dah agak dan orang lain pon dah expect benda yang sama. TAHNIAH diucapkan! keep on you track derr! =D

@: Congrats @ @@ @ @ @@ dan yg lain2!! [ part nie aku amik kat lam twitter.. HAHA!]

*Muka babyface?*

Ang.. BIG BIG CONGRATZ juga pada my lover!! hahah~


Friday, March 25, 2011

Happy birthday for Lisa Surihani! by shahroll

Friday, March 25, 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Posting nie agak ketinggalan untuk pelakon "kegilaan" ramai, termasuk lah aku sekali. 1st, aku cuma nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN kepada pelakon yang cute miut, comel lotey kepada insan bernama Lisa Surihani. Aku tengok dalam page Lisa, ada surprise party for she. Wow! best kan jadi orang feymes nie. Ade je kejutan, huhu~



Semoga Lisa dapat mengekalkan imej clean sebagai pelakon wanita dan terus sukses di dalam kerjayanya mahupun dalam hidup. Dan, kalau Lisa baca page aku nie, nak ingatkan lah, kalau boleh, orang twitt2 tu, sila lah reply ye! huhu~ tahu kamu banyak peminat, jangan sampai ada peminat yang "terkilan" sebab 1 reply pon tak pernah langsung.. huhu~ peace yow!

Dan, aku pernah dengar Lisa kena panggilan hanggit dari Hot.Fm, dan macam biasalah DJ radio itu (FBI) mengusik artis2 yang terkena. Topik masa tu, artis sombong pulak kan. Ish2, Lisa sombong ke? aku nak tegaskan, TAK! kalau tak percaya leh tanyer Niena Shah. Dia dapat bergambo ngan Lisa, aku takde =(

picture credit: Cik Ada blog

This for u, Lisa!

Some people give the gift
of peace and tranquility
to every life they touch.
They are always who they really are.
They are blessedly reliable,
dependably good,
predictably pleasant,
loved and treasured
by all who know them.

You are one of those people.
You are a gift
of peace and tranquility
in my life.


Happy Birthday!

credit: Here

Sunday, February 20, 2011

No Strings Attached: Natalie Portman and Ashton Kutcher by shahroll

Sunday, February 20, 2011
Wasappp yoww!!


Seperti yang aku janji tadi, aku nak update pasal filem ni kan? Ok,aku tak plan pon nak tengok filem nie, but dah sampai sana, ada cerita Yogi Bear tu ngan cerita nie je yang ada time tu, so aku pick up random tuk tengok filem berunsur 18 keatas neh (ye, saya dah 18 keatas ok.. =P)


picture credit: Direct Preview

Disebabkan pelakon untuk cerita nie kahhcak dan cute, ok la jugak jalan ceritanya. Menggunakan elemen romantik komedi membuat korang tersengih-sengih then gelak lah. Tapi ada scene yang too drama, so bit bored di situ.

Cerita bermula dengan zaman remaja, pertengahan dan dewasa. Ashton membawa watak Adam dan Natalie membawa watak Emma dimana masing-masing mengenali satu sama lain pada zaman remaja, 15 tahun yang lepas di salah sebuah camp yang dorang pergi.

Then, dorang berjumpa lagi setelah berpisah untuk kali ke dua dan di saat ini, mereka dah dewasa. Asasnya, hubungan dorang nie adalah "KAWAN" tetapi have the sex in the morning! cam ne tu eh? kawan but having sex??

Picture: Google

Itu lah yang dimaksud kan oleh penulis skrip, Elizabeth Meriwether yang menulis "No Strings" itu sebagai perhubungan yang tiada cemburu, tiada hadiah, tiada komitmen, tiada harapan, tiada bergaduh mahupun tiada bunga?. [quote: HERE]

Filem nie mengigatkan aku pasal berita di dalam akhbar tempatan yang mana, kisah sebegini adalah "realiti" di sini. Pasangan yang hanya mahu "Sex Buddy" or "Fuck Buddy" atau dikenali sebagai "FUBU" menjadi gaya hidup yang "baru". OH gosh! sini bukan Barat, ok?

Apa pun, kalau korang pergi ngan  "KAWAN", jangan tiru aksi dorang dalam filem nie ok! Not nice.. not sweet lah.. kah kah~

Happy watching!

More picture: HERE

p/s: memang tak seswai 18 tahun kebawah!.. 

Monday, January 31, 2011

The New Shaolin Temple : Glitterati Plus MY Day Out! by shahroll

Monday, January 31, 2011
As salam to all,


Hari Sabtu lepas, aku bersama community G Plus MY (Nuffnangers) melepakkan diri sambil menonton wayang film dari Hong Kong, The New Shaolin Temple. Big thanks pada G Plus My sebab jemput aku ke sana. Tak lupa jugak pada kawan blogger, Phreak-ID yang shout kat aku mende nie dalam inbox sms aku. Thanks kat bro jugak! =D


Aku datang sharp 4.30 petang, then nampak Suresh,Tian Chad, Shah (Mr.President G Plus My) dan rakan-rakan yang lain. Dorang masuk dulu, aku tunggu bro Phreak yang agak kelewatan 15 minit sebab jammed! Anakperak (Emy) menggantikan Hamzah ian untuk petang tu.


Now, pasal cerita. Starting cerita bit bored, sebab sedikit drama memula, but pastu cerita tu makin ok dan ok sampai aku leh cakap best. Dengan adegan "rancak" pasal kung fu (dari zaman Drunken Master aku ske kung fu) sampai le ke kancah peperangan.


Andy Lau

Fan Bingbing
photo credit: Google


Andy Lau nie watak dia bermula jahat then menginsafi perbuatan jahatnya itu lalu dia bertukar wataknya kepada baik. Terus jadi sami. Dia jadi cam tu sebab anak dia dah mati disebabkan kejadian perebutan kuasa. Last2, dia jatuh, tak ada kuasa. Isteri (lakonan Fan BingBing) merasa gembira dengan perubahan laki dia tu.


Macam tu lah lebih kurang ceritanya. Nak taw lebih lanjut, korang pergi le ke cinema berdekatan dengan korang k. Aritu, aku duduk seat depan, ade bunyi2 orang nangis, perghhh sangat emo aku rasa. Orang yang dok sebelah aku, rasa nanges gak kot.. bunyik srottt~ srottt.. sobb sobb.. kah kah~ sape tu ek? hohohoh..


See ya next time! As salam..

Friday, January 21, 2011

AYOUB: Final episode on Samarinda by shahroll

Friday, January 21, 2011
As salam to all,


Semalam last cerita Ayoub kat slot samarinda. Lepas habis cerita tu ingat nak hapdet la pasal cerita tu,hampeh! lelap terus. So, ada sikit masa nie, boleh la hapdet jap. **wink**


Ayoub yang kita taw mengidap penyakit ganjil (kudis or kurap not sure) but something yang agak scary gak. Second final episode, Ayoub macam dah "lost' and make nonsense thing nak deal ngan "Syaitan"untuk lepas dari penderitaan sakit tu, BUT naseb baek ada orang yang datang bagi salam, terus tak jadi. fuhh~ silap2 jatuh syirik dah tu.


Iqram or Ayoub?



Then, bekas isteri, Zerri datang balik lepas si Ayoub nie sembuh 100%. Hermm, masa sakit membebel, sampai kena cerai ngan Ayoub. Dah sehat, pandai pulak nak datang balik. Huhu~ 



the last, si Wan Aidil paling kesian. Dah la dapat sakit macam Ayoub (lagi teruk.. eiiiuuw jijik kot!?) last2 kena bunuh ngan orang yang dia suruh bunuh Mat Salleh tu. Mati macam tu je. But, sebelum tu ayoub ada datang ziarah si Wan Aidil nie, nak mengucap pon tak boleh! Yang aku dengar, lagu "Anak Ayam" dia tu. Tapi sebelum tu sempat gak dia bagitaw yang dia yang buat semua perkara2 jahat tu (dah terlambatt..)


Lagu tema cerita nie: SEPI by Sixth Sence


Nice story. Malangnya, aku layan cerita start pertengahan. Kalau ada ulang tayang lagi, sure awal2 aku tengok. Keep it up TV3! love slot Samarinda. Ok dah, see ya! As salam..