Tuesday, August 20, 2013

PANASSS: Ahmad Idham bergaduh dengan wartawan?? by shahroll




As salam, hello readers...

Tatkala industri perfileman negara mengalami kemerosotan yang agak teruk sekarang ini, tampil lah seorang pengarah terkenal tanahair iaitu Ahmad Idham dari Excellent Pictures yang menyatakan responnya terhadap isu ini. Bermula dengan temubual bersama wartawan Harian Metro dengan kupasan tajuk "Idham mahu FINAS bertindak" pada tarikh 14 Ogos 2013.

Rentetan dari itu, muncul pula respon dari wartawan lain dengan menggunakan nama pena, Kak Pora dalam ruangan gosip. Ruangan gosip boleh mainkan isu sebesar ini ke? Tidakkah "wartawan" itu sedar impak yang terjadi apabila isu perfileman negara menghadapi saat genting?

This very suck!

"Usah salahkan FINAS filem tak laku"- Kak Pora

Idham menyatakan rasa kesalnya terhadap respon yang diberikan kepadanya. Idham juga mengatakan "wartawan" tersebut sebagai "pendek akalnya" apabila tulisan di dalam akhbar itu menyelar keperibadian Ahmad Idham. What wrong with you reporter???

Tambah Idham lagi, industri filem bukan dirosakkan oleh orang luar tetapi lebih kepada orang seperti ini (Kak Pora). Bagi aku memang betul pun. Kalau "wartawan" itu hasratnya ingin memajukan dan membangunkan industri, aku rasa Idham tak melenting macam ni.

Untuk makluman korang semua, Industri perfileman tempatan mengalami kemerosotan dari segi kutipan di pawagam dengan jumlah kutipan kasar tiket pada tahun 2012 sekadar RM 97.29 juta (76 filem), berbanding RM 126.49 juta (49 filem) pada tahun 2011.

Lima bulan pertama 2013, menyaksikan penyusutan lebih kritikal apabila kutipan kasar sekadar RM40.39 juta sahaja.

Apa tindakan seterusnya oleh idham?

“Saya mencabar wartawan ini. Kalau dia berani, jom kita jumpa dan bersemuka. Kalau dia tidak sahut cabaran ni, saya tahulah yang dia tidak cukup pandai dan sampai bila-bila sekadar duduk dan bersembunyi dibelakang ruangan gosip seperti ‘Kak Pora.’- Ahmad Idham

enjoy?


No comments: