Tuesday, December 21, 2010

Berdakwah dalam penulisan? by shahroll

As salam to all,


Melalui penulisan, memang dari dulu lagi telah dijadikan satu medium untuk berdakwah, dan menyeru umat manusia ke jalan kebenaran/kebaikan. Macam tu jugak dalam blog nie kan?


Aku tertarik dengan laporan berita Kosmo dalam ruangan Gen-K hari nie:-



Berdakwah melalui novel
Berpegang teguh kepada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah sebagai prinsip hidupnya, Fatimah mengakui dia amat menitikberatkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.
Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.
“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili.

“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat.’
Original report: Kosmo | Gen-K
p/s: ingatan untuk diri aku dan korang.. =)

No comments: