Showing posts with label artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis Malaysia. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Yus Jambu meninggal dunia? Al-Fatihah by shahroll

Monday, November 30, 2015



As salam, hello readers...

Sebelum aku nak masuk tidur tadi, aku ada membelek instagram kejap. Dan mata aku tertancap pada update Aflin Shauki dan Tauke Jambu yang update insta dorang pasal Yus Jambu yang telah meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas

Yussry bin Edoo

AL-FATIHAH
Semoga roh arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman dan segala amalannya diterima oleh Allah SWT.

Aminn.





Saturday, January 11, 2014

Encik Mimpi (EM) on Utusan Malaysia news! by shahroll

Saturday, January 11, 2014



As salam, hello readers...

Kenal Encik Mimpi? Kalau korang selalu layan Youtube, mungkin korang mengenali EM ni dulunya penghibur di dalam Youtube (dalam channel dia lah) bagi aku, suara dia memang best. Selepas kejayaannya menyanyikan lagu untuk drama PISA (Playboy Itu Suami Aku) di TV3, melonjakkan lagi nama EM di persada industri hiburan tempatan.

Blog EM: Encik Mimpi 

Pernah baca blog EM sebab cari dalam Google lepas layan video-video EM yang kelakar dalam Youtube tu. Yelah, orang nyanyi selalu fokus kat muka, dia fokus kat mana-mana dia suka. Kadang tak nampak pun mukanya! Gelap je, tapi ada suara (dah macam dalam radio!) haha, itulah keunikan yang cuba ditonjolkan oleh EM.

Hatta dah masuk mainstream pun, EM menggunakan topeng untuk mengelakkan dirinya diketahui umum. (Macam Bandi Amuk pun ade aku tengok) mungkin juga EM nak jaga privacy untuk dirinya. Biarlah hanya bakat/suara saja jadi pertaruhan.

Keep up EM! 

p/s: Bila nak ada lagu baru? huhu!


Friday, August 23, 2013

Filem: Malam Gala pratonton KL Zombi @ eCurve by shahroll

Friday, August 23, 2013



As salam, hello readers...

Semalam bertempat di Cathay Cineplex, Damansara berlangsungnya majlis pra-tonton filem KL ZOMBI dari Grand Brilliance (LightBulb Pictures). Filem ini dibarisi oleh pelakon terkenal Zizan Razak, Izara Aisyah, Faeza Elai, Siti Saleha, Zain Hamid dan pelakon-pelakon lain. Filem KL ZOMBI adalah karya Adib Zaini dan di-publish oleh Buku Fixi.


29 Ogos 2013!!

Sinopsis:
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergembira pada malam sambutan tahun baru di lembah Klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. Virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. Lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

Sebanyak 50% adaptasi dari novel. Kata penulisnya, jika di filemkan "sebiji" seperti apa yang ada di dalam novel mengambil masa sebanyak 5 jam. HAHA! korang sanggup? So, dengan durasi yang biasa, korang boleh hadam lawak-lawak yang dijanakan oleh Zizan Razak dalam cerita ni.

Bajet keseluruhan filem ini adalah RM1.7juta, kata penerbitnya Tengku Iesta Tengku Alaudin. Nak tengok Tengku Iesta berlakon? dalam filem ni ada cameo jadi pengurus restoren pizza! yeahhh...

Izara jadi ZOMBI? haha.. not bad!

Dalam filem KL Zombi aku respect dekat special make up dia. Ferghh.. mantap kot? Tak keterlaluan kalau aku katakan, make up zombi nya lebih baik dari filem-filem zombi yang pernah keluar di pawagam (filem Malaysia eh!)

Selain dari unsur lawak, Zizan juga mampu melakonkan babak romantik dan juga serius. Time gedik-gedik tu selalu la tengok kan? Not bad Zizan, bro dah buktikan yang bro bukan pelakon 1 line saja, malahan verstail. Good job!

cosplay "KL ZOMBI"

Press Conference bersama para pelakon, penerbit, penulis dan pengarah

Jom layan MV KL ZOMBI


enjoy!

Wednesday, August 07, 2013

Review: Rindukan Cahaya Mu'adz Dzulkefly by shahroll

Wednesday, August 07, 2013



As salam, hello readers...

Bidang musik adalah satu cabang seni yang tidak lari dari segi kreatif, kualiti dan mutu sesebuah karya. Walaupun aku banyak dan seringkali review filem-filem Melayu dan tempatan, jarang aku review sebuah karya seni lebih-lebih lagi aliran nasyid.

Siapa Mu'adz?

Aku mengenali beliau semasa membuat persembahan di Banting, dalam majlis berbuka puasa disana (klik sini) dan lagu yang dipersembahkan masa tu adalah "Sambutlah" dari album Rindukan Cahaya ini. Aku tidak hiraukan lirik, cukup dengan musik yang mengiringi lagu tersebut membuat aku rasa seronok dan terhibur.

Album mini yang membariskan 5 lagu

Aku agak tipikal dengan line nasyid. Pada aku, nasyid quite bored musik. Itu bagi aku lah. Dan masa aku interview Mu'adz, sangkaan aku meleset. Jauh. Mu'adz menerangkan pada aku apa yang istimewanya tentang album yang berjudul Rindukan Cahaya ini.

Mu'adz memberitahu, nasyid yang dibawanya berlainan dengan lagu nasyid yang ada di pasaran sekarang. Totally different. Aku bertanyakan apa yang lain sangat tu? Katanya, "Rindukan Cahaya menampilkan lagu nasyid New Ages yang mana pendengar boleh menghayati keindahan musik dan susunan lirik yang indah". Memang betul pun, setiap bait lirik lagu, hebat!

Bagi aku, unsur Nusantara agak kedengaran didalam album ini, mana tidaknya kerana penerbit adalah Noe dari band Letto. Tambah Mu'adz lagi, sebenarnya Noe mempunyai koleksi lagu-lagu religi atau keagamaan tetapi disimpan dengan rapi oleh Noe.

Oleh kerana itu, korang mungkin kerap kali ulang lagu-lagu dalam album ini dsebabkan apa? Dalam pemerhatian aku, bila lagu unsur Indonesia, lagi kerap diulang, lagi best dan tepat "ditembak" dalam hati. Tak caya, cer try? HEHE!


Lagu-lagu yang ada adalah Kepada Hati, Rindukan Cahaya, Ampunan, Ketika Mencinta dan Sambutlah. Secara peribadi, aku lebih suka lagu Kepada Hati dari Sambutlah yang dikatakan "hits song" dalam album ni. Well, mungkin korang boleh dapatkan album ni dan nilaikan? =)

enjoy!

Saturday, June 15, 2013

(review) filem PECAH by shahroll

Saturday, June 15, 2013



As salam, hello readers...

11 Jun lepas aku bersama founder IniMedia, Azri ke eCurve Damansara untuk menonton pra-tonton filem PECAH yang mana diadaptasi dari best seller novel Fixi. Majlis gala ini juga di serikan dengan persembahan dari Projek Pistol yang membawakan lagu "Turun Dari Langit" dan juga "Wanita Seluruh Dunia"

Projek Pistol

Tepat jam 9 malam, kami dah bersedia untuk menghadam filem ini dengan mindset yang berbeza. Sebab pe? sebab, ini pertama kali novel "crime" diadaptasi ke filem dan aku melihatnya juga untuk pertama kali. So, expectation aku adalah tinggi!

Review:

-Kisah dimulakan dengan flashback. 15% dah down disebabkan dimulakan dengan pengimbauan. Nak dijadikan "teras" pada part-part yang lain, so style ni lebih mudah.

-Scene rompakan bank membosankan.

-Sinematograpi yang biasa-biasa saja. Suntingan juga biasa. Tetapi ada sikit menarik seperti CSI movie yang biasa aku tonton di AXN Channel bab yang ada 2-3 windows dalam 1 scene.

-Pelakon semua berjaya membawa watak masing-masing. Lebih-lebih lagi Sofi Jikan.

-Handling camera yang agak rush dan kasar. Aku tak tahu kenapa, mungkin ingin mencipta kelainan atau mungkin.... entahlah. Agak kepeningan aku bila menonton (certain part)

-"Related Scene" ada dan plot agak menarik. Walaupun tak 100% mengikut penulisan di dalam novel, tetapi kata penulis asal novel ini, "emosi" nya adalah sama.

-3/5 bintang untuk filem ini.

Cerita ni tak santai. Tetapi ada part yang menghiburkan. Otak kiri dan kanan harus berjalan seirama untuk mentafsir setiap scene yang dihidangkan. Well done to all production team!

13 Jun 2013!

sesi ramah mesra bersama pelakon, penerbit, pengarah...

Sidang Media...

wrap up! habiss...

enjoy!

Saturday, April 27, 2013

Oh Mak Kau official trailer video: 16 Mei 2013 dipawagam by shahroll

Saturday, April 27, 2013



As salam, hello readers...

Filem terbitan Star Scope Production bakal ditayangkan pada 16 Mei 2013 yang mana filem ini dibintangi oleh Wan Maimunah, Didie Alias, Shamsul Yusoff, Jepp Sepahtu, Shuib Sepahtu, Nurul Ain Nordin dan banyak lagi!

Jom layan trailer dia;


OH MAK KAU






Aku akan menghadirkan diri untuk pra-tonton filem ini bagi mengulas dan memberikan sedikit informasi tentang plot cerita, watak dan perwatakkan dan paling penting, berbaloi tak korang menonton filem ini. Itu je kan korang nak taw? HEHE!

enjoy!

Saturday, April 13, 2013

OST Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) Lirik lagu Kita by shahroll

Saturday, April 13, 2013



As salam, hello readers...

Dari mula-mula aku layan drama Melayu ni yang diadaptasi dari novel, ternyata lagunya yang easy listening berjaya menambat jiwa aku. Musik yang catchy, ya i know Edry punya hasil kerja. SUPERB! Seorang yang tak perlu dipertikaikan lagi.

Jom layan~


Lagu: Kita

Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata

Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

[*] Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentang bersahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hati tak percaya tanya dengan jujur manakah kita

Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu

Repeat [*] (2x)


Gambar edit. Asal dari Google.

enjoy!

Sunday, February 10, 2013

(sinopsis) Gangster Celop dari Excellent Pictures dan Skop Production by shahroll

Sunday, February 10, 2013




ADAM & AMAN merupakan bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Hukuman yang dihadapi mereka telah berjaya mengubah mereka menjadi orang yang baik.


Adam & Aman

Setelah keluar dari penjara,mereka ditemukan semula dengan MAN JAMBU, ayahanda yang menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara. Mereka ditugaskan untuk menjaga anak MAN JAMBU iaitu SUZANNA yang baru pulang dari England.

Suatu hari,MAN JAMBU ditembak dihadapan mereka setelah selesai persetujuan pemberian kawasan kepada MAN CIRIT,salah seorang ketua kumpulan gangster.Polis mula memburu AMAN dan ADAM yang disangka suspek utama kejadian bunuh tersebut.


 Ahmad Idham sedang memberi arahan kepada Hanis Zalikha

Mereka melarikan diri sehinggalah ke sebuah kampung dan bertemu dengan PAK ABU dan anak gadisnya RABIATUN. Mereka membantu ADAM,AMAN dan SUZANNA menyelesaikan kes dengan memburu MAN CIRIT.

Sunday, January 20, 2013

Filem ROCK OO: Rimba Bara Kembali! by shahroll

Sunday, January 20, 2013



As salam, hello readers...

Selamat berhujung minggu semua. Harap korang semua sehat la ye? aku kurang sehat sikit dari semalam sebab batuk-batuk kecil yang menyesakkan dada. Tekak pon rasa perit. HUHU! Apa pun, kerja-kerja yang tertangguh mesti dilakukan sebaik yang mungkin, CHAIYOKK! =D

Now what?

Oh, berkenaan dengan filem terbaru terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd mengenai tentang zaman rock kapak. Aku pasti korang masih ingat lagi kesinambungannya sekitar tahun 2005? Jom refresh sekejap.

HAHA! RARE siakk!

Itu cerita 2005,

Tahun ini mereka kembali lagi dengan lebih rock, lebih havoc dan lebih dari semuanya! Layan gambar2 TERBARU dari mereka, Rimba Bara!










Sinopsis:

Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair. Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal? “ROCK Ooo…” turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.


enjoy!

Saturday, January 05, 2013

Bila Gangster Celop mula ditayangkan?? by shahroll

Saturday, January 05, 2013



As salam, hello readers...

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bila si cantik jelita iaitu Hanis Zalikha akan beraksi di layar perak bersama jejaka handsome Malaya kalau bukan Syamsul Yusof dan juga Kamal Adli kan? Rasanya ramai yang tak sabar nak tengok bagaimana seorang blogger terkenal terpampang di pawagam!


Syamsul Yusof, Hanis Zalikha & Kamal Adli

Filem aksi terbitan bersama Skop Productions dan Excellent Pictures, Gangster Celop, lakonan Syamsul Yusof, Hanis Zalikha dan Kamal Adli, akan mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2013. Dah tak berapa lama lagi tu kalau dihitung dari sekarang kan?

Jom layan teaser dari dorang;

Gangster Celop

Amacam, nice kan? trailer saja dah buat aku teruja nak tengok keseluruhan filem ini. Bagi aku, faktor terkuat adalah kerana heroinnya yang cute lagi mantap uolsszz! tapi bagaimana dengan lakonannya untuk kali pertama di filem?

Sama-sama kita tunggu.

enjoy!

Monday, December 24, 2012

(video) Wanna Ali- Lepaskan by shahroll

Monday, December 24, 2012



As salam, hello readers...

Industri musik di Malaysia semakin lama semakin memberangsangkan dengan kemunculan penyanyi-penyanyi baru generasi Y mengisi dan memeriahkan lagi industri yang tepat masanya dikala industri "ketandusan" dengan muka baru, suara baru.

Siapa Wanna Ali?

Dari apa yang aku baca dan faham, Wanna Ali atau pemegang nama Norsyazwana binti Mohd Ali, pendatang baru dalam arena seni suara yang mempertaruhkan lagu single pertama beliau "Lepaskan" ciptaan komposer terkenal, Ajai.

picture credit: Facebook Pages Wanna Ali

Awalnya, aku tak sangka pelantun lagu "Lepaskan" ini baru mencecah usia 15 tahun. Bagusnya di awal karier, telah pun disunting oleh komposer yang sedia maklum, merupakan antara komposer terbaik di Malaysia. No wonder lagu ni sekejap saja "catch" pencinta musik tempatan.

Biodata penuh Wanna Ali: SINI

Official video MV untuk lagu ini telah pun di upload di Youtube. Dan pada masa yang sama juga, aku ada buat slideshow berlatar-belakangkan lagu yang sedap ini dengan gambar-gambar aku ambil dari Facebook pages Wanna. Hope korang enjoy!


Monday, December 10, 2012

@fatiyalatiff & @fahrinahmad pasangan serasi dalam Cinta Halal? by shahroll

Monday, December 10, 2012



As salam, hello readers...

Cinta Halal? tajuk yang diberikan dalam tele-movie hasil penulis skrip oleh Hasliza Ismail memberikan dimensi berlainan dalam tele-movie yang berada di pasaran televisyen. Apa yang lain sangat sampai aku review? Jawapan dia ada dalam post entry ni nanti. teruskan.

Cerita berpaksikan dengan perwatakan seorang perempuan yang aktif, berterus-terang, suka membantu orang lain, outspoken dan juga cantik. Itulah watak Ismi Hazariah yang dilakonkan oleh Fathia Latif. Kepelbagaian perwatakan ini mencetuskan ketidak-senangan orang-orang yang berada disekelilingnya.

Nur Fathia Latif 

Pelakon lain seperti Fazlina Dato Ahmad (ibu tiri Ismi), Fahrin Ahmad (majikan Ismi di pejabat), Lydiawati (ibu Fahrin) dan Mahmud Ali Bashah (Ayah fahrin) turut memainkan peranan dalam membangunkan penceritaan Cinta Halal ini. Yang pasti, watak Ismi dengan penggunaan kata (skrip) yang digunakan agak "sukar" jika penonton atas 50an menerimanya. Bagi generasi muda may be tak punyai masalah, kot?

Fahrin Ahmad

Walaupun Zeel Production sebuah nama produksi yang "baru" aku dengar setelah menonton telemovie ni malam tadi, hasil kerja yang ditonjolkan tidak lah mengecewakan. Ini mungkin jalinan antara penulis skrip, pelakon dan pengarah, Azmi Hata yang jitu menjadikan terlahirnya sebuah naskah yang terbaik sekali. Tahniah diucapkan kepada warga kerjanya!

Sinopsis:
CINTA HALAL berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan perkerjaannya buat kali kelima lantaran dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja.

Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab.

Ismi yang berperwatakan gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah. Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut.

Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat.

Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya. Adakah Ismi dapat bersama lelaki idamannya?- sumber: Mstar Online

Untuk yng tidak berkesempatan menonton, boleh lihat channel Youtube di bawah;


enjoy!

Sunday, December 09, 2012

Video clip "Galau" Dato' Siti Nurhaliza bercirikan tema Morocco? by shahroll

Sunday, December 09, 2012



As salam, hello readers...

Jumaat lepas aku dijemput oleh pihak Universal Music untuk membuat liputan di set penggambaran video clip terbaru Dato' Siti Nurhaliza iaitu lagu Galau. Lagu ini ditulis oleh Cacaq yang berasal dari Indonesia. Sejujurnya aku tak pernah dengar lagi lagu ni, but masa mereka tengah shoot video, baru lah aku "menikmati" lagu tersebut.

Menurut Dato' Siti, lagu ini sudah lama di rakamkan cuma baru sekarang video clip dihasilkan. Dengan memilih lokasi yang sesuai dimana bertemakan konsep Morocco, bakal menjadikan video clip yang menarik ditambah pula dengan rekaan baju yang cukup cantik dan menawan apabila digayakan oleh Dato' Siti.


Hasil rekaan: Hazwani Osman

Dato' Siti ditemani bersama PA & Manager, Kak Rozi yang very sporting and friendly with media yang ada. Walaupun masa yang diberikan agak terhad, masa yang pendek tapi berkualiti. Aku hanya mendengar dan memerhati saja sambil-sambil ambil gambar. Bukan senang nak jumpa secara bersemuka & bertemu empat mata dengan Dato'. This is first and last ok? =D

with Dato' Siti. OMG! macam dalam mimpi!!

Lagu Galau dalam Youtube...

Nantikan edisi di Kosmo,Gua.com dan juga rancangan "Malatop" di Astro 
ok?? enjoy!

UPDATE (12/12/2012): Harapan Siti Nurhaliza (Kosmo)

Tuesday, December 04, 2012

(review) Biarlah Rahsia arahan James Lee memeningkan?? by shahroll

Tuesday, December 04, 2012



As salam, hello readers...

Sementara "aura" tele-movie masih melekat pada diri aku, baik aku tulis sekarang. Kalau simpan lama-lama dah tak feel nak tulis. Sejujurnya aku katakan, aku melayan Biarlah Rahsia pada jam 11 malam (Isnin) dan mungkin review aku kurang tepat. Maaf kan aku jika ada sedikit "aneh" dalam review ni k? *suspen tak?* hewww~

Aku start tengok pada scene Puteri (lakonan Elfaeza Ul Haq) datang ke rumah banglo yang besar, tersergam indah di tengah hutan? Ok, tu aku dah pelik. Sebab, kalau rumah orang kaya selalunya digambarkan macam cerita Yusuf Haslam tu, mewah dan dilereng bukit. Bukan dalam hutan nuh! Ya, Jamess Lee nak tampilkan kelainan dalam karya beliau *salute*

Then, mula lah episod si Puteri menjalani kehidupannya di rumah itu. Pada awalnya nampak seperti normal (aiseh, bulu roma aku dah start meremang!) merawat Nilla (lakonan Tiz Zaqyah) yang dikatakan sudah "gila" oleh ahli-ahli keluarganya.

Siapa "keluarga"nya itu?

Orang Kaya (Zaidi Omar) Ibu Mimah (Norish Karman) Ridz (Zahiril Adzim) yang semuanya ada masalah mental! OMG! pada mulanya aku ingatkan Ibu Mimah dan Ridz tu Orang Bunian yang menumpang pada Orang Kaya tu, namun aku silap rupanya. Orang Kaya adalah orang yang disuruh oleh Ibu Mimah untuk "membuntingkan" anak dara yang diculik. Selagi tidak dapat anak perempuan, Ibu Mimah tak puas hati walaupun Nilla sudah pun mengandung 3 kali, semuanya anak lelaki!

*pause*

Semua nurse yang pernah bekerja disitu tak akan dapat balik ke pangkal keluarga. Semua mati dibunuh. Fuhhhh~ psycho dol! Dikatakan ada part 2 Biarlah Rahsia, bila? nantikan saja.

Norish Karman | memang "misteri" wataknya...

Zahiril Adzim | Psycho man...

Elfaeza Ul Haq | struggle nurse! phewww~

enjoy!

Tuesday, November 27, 2012

(video) Apo Kono Eh Jang 2012- Nafas baru oleh @RafidahIbrahim feat @datoacmizal & Stellar Band by shahroll

Tuesday, November 27, 2012



As salam, hello readers...

Dato' AC Mizal nyanyi balik? Dah lama aku tak dengar Dato' nyanyi selepas kegiatan seni beliau "bertukar" menjadi pengacara TV yang aku rasa popular dengan rancangan Akademik Fantasia, 1 Million Money Drop dan yang terbaru, Bohong Ke Betul di Astro.

Sejujurnya aku katakan, Dato' AC Mizal mempunyai tarikan yang tersendiri bila muncul solo dalam bidang nyanyian. Selepas tiadanya 4U2C selepas menggegarkan industri dengan lagu "Fiona" yang masih diminati sehingga kini,  karisma yang "dibawa" memaksa beliau melampiaskannya dalam lagu terbaru yang diberi nafas baru "Apo Kono Eh Jang 2012" walaupun tidak menyanyi secara penuh (feat with Rafida)

Dato' AC Mizal | Pengacara, Pelakon, Penyanyi, Usahawan


Official video clip Apo Kono Eh Jang 2012

Komen aku pasal lagu ni? Tak banyak gubahan yang dibuat cuma rentaknya saja dirancakkan atau "catchy" dan selit-selit dengan rapper Dato' AC. Dengan penambah perasa, Stellar Band (band baru ke?) dengan alunan suara "husky" dan gorengan bunyi gitar ala 80-an, melengkapkan lagu yang berasal dari Negeri Sembilan ini.

Rafida?

Boleh dikatakan terbaik dari segi lantunan suara. Kira sedaplah. Cuma penampilan Rafida dalam video clip agak "keterlaluan" sedikit dengan pakaian yang aku boleh anggap, tak sesuai. Mungkin ada designer yang boleh touch-up sikit yang sesuai dengan Rafida. I'm not Hatta Dolmat nak komen lebih-lebih, tapi itulah my view.

Kemunculan Stellar Band benar-benar membuat aku teruja, siapa mereka tu? Mungkin dengan "pengenalan" pertama mereka dengan kedua penyanyi popular, mendapatkan hits yang baik kepada mereka untuk awal pengenalan. Good starting Stellar!

enjoy the song!

Sunday, November 18, 2012

(Gambar) Sekitar majlis ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 19 @ Stadium Malawati, Shah Alam by shahroll

Sunday, November 18, 2012



As salam, hello readers...

Terlewat pula update tentang AIM19. Anugerah yang berprestij ini telah selamat dan berjalan dengan lancarnya di Stadium Malawati Shah Alam. Tepat pada jam 8.30 malam, walaupun aku ditempatkan di Zon Magenta (atas sekali) namun kehanggatannya sama seperti dapat seat VIP ok? Dan, kesempatan ini juga aku nak ucapkan terima kasih pada PA Drama Band, Black yang memberikan tiket untuk DIE HARD FANS of DRAMATICS! Thanks a lot dude!

Jom layan gambar! enjoy!






Lain-lain gambar boleh lihat di sini:

Sunday, November 11, 2012

(video) Lagu & Lirik: Bila Orang Dah Benci- Saleem [New Single 2012] by shahroll

Sunday, November 11, 2012



As salam, hello readers...

First time aku dengar lagu ni dalam kereta. Masa tu aku tak tahu tajuknya apa. Tapi aku tahu pelantun untuk lagu ni Saleem sebab dia sorang je yang ada suara emas cam tu. Then, masa kursus aritu pilot yang bawak van asyik dok ulang lagu yang sama. Lama-lama layan gak.

Maka, aku abadikan lagu ni di dalam blog aku lah. Enjoy!


picture: Flickr 

Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi
Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Biarpun ku masih sayang
Kasihku tak pernah padam
Tetapi apa kan daya
Terpaksa Ku lepaskan
Sampai hati mu melihat ku dihukum
Begini..

Seluruh hidupku bagaikan
Mati tak bernyawa lagi
Mengapa sayang engkau hancurkan niat
Suci ku menyuting mu dirimu
Sedangkan dulu engkau
Berjanji kau hanya milikku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri

Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

Sunday, September 16, 2012

(Gambar) bersama Aepul Drama Band #UiTMPuncakAlam by shahroll

Sunday, September 16, 2012



Aepul Drama with shahroll after show

Aku ceritakan secara ringkas je la eh? Kejar masa nak tidur sebenarnya! HAHA. Actually aku diajak oleh blogger nienashah untuk ke UiTM Puncak Alam bagi melihat persembahan Drama Band di Fakulti Farmasi (FF5) dekat Dewan Kuliah 500 (DK500).

Oleh kerana aku memang hafal sangat jalan ke sana, nak-nak lagi Puncak Alam, maka dengan senang hatinya aku ke sana lah. Masa kami datang, terus park seat depan sebab excited punya pasal nak tengok Drama Band!

Sesampai je, Asmidar memanaskan stage DK500. Actually Asmidar second last sebelum Drama Band menjadi penutupnya. Rata-rata yang datang ke DK500 adalah pelajar UiTM Puncak Alam dan ada juga yang datang dari UiTM Shah Alam. Senang cerita warga UiTM lah =D

Dengan harga tiket RM10 adalah satu jumlah yang sangat-sangat berpatutan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Walaupun event dilakukan di Dewan Kuliah, kehangatan persembahan bukan pada tempat di mana ianya dilansungkan, tetapi bagaimana penghibur atau artis dapat adapt dengan "apa yang seadanya" yang diberi oleh penganjur.

Syabas kepada penganjur dan juga kepada emcee pada majlis Malam Simfoni Lebaran, Aliff dan Zee yang "gila-gila" masa mengendalikan majlis. Terbaik korang! Keep it up!

enjoy!

Single (lagu) oleh Drama Band!

Cerita Dia

Babak Pertama