Showing posts with label GenK Kosmo. Show all posts
Showing posts with label GenK Kosmo. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Berdakwah dalam penulisan? by shahroll

Tuesday, December 21, 2010
As salam to all,


Melalui penulisan, memang dari dulu lagi telah dijadikan satu medium untuk berdakwah, dan menyeru umat manusia ke jalan kebenaran/kebaikan. Macam tu jugak dalam blog nie kan?


Aku tertarik dengan laporan berita Kosmo dalam ruangan Gen-K hari nie:-



Berdakwah melalui novel
Berpegang teguh kepada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah sebagai prinsip hidupnya, Fatimah mengakui dia amat menitikberatkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.
Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.
“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili.

“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat.’
Original report: Kosmo | Gen-K
p/s: ingatan untuk diri aku dan korang.. =)

Friday, July 30, 2010

Who is Noor Ezzreen Abdu Razak? by shahroll

Friday, July 30, 2010
Salam all! =D

Tiba-tiba petang sesyahdu cam nie tershashul nama awek nie ( gelimatt ko nyer slang roll!) yang pasti, nama itu bukan awek aku lah ye. Haha~ aku belek2 baca Kosmo hari nie, pastu suka lah baca kat segmen GenK tu kan, selalu aku clik Varia or Pesona je... huhu~


Source: Kosmo!

Ok, awek bernama Noor Ezzreen Abdu Razak nie bukanlah calon2 Gadis Melayu ke, AF musim 9 ke, mahupun Mentor ye.. Jangan cakap calon untuk Imam Muda sudah! huhu~ jauh sangat tu deq~ Dalam penulisan Khadijah Mohamad Nor, Adek Ezzreen nie ( cet! panggil adek tu..) gemar ber-make-up kat depan lappy (laptop). Erk~ adakah aku salah membaca?? bukan selalu make up depan cermin ke pe?

Opz! jangan cepat membuat andaian.. haha persepsi korang kena kasi tune sikit ok! =D Adek Ezzreen nie suka bagi tutorial kat Youtube dan suka letak dalam Facebook juga. Nak tahu cantik ke tidak cara Adek nie make-up depan lappy, korang leh pergi kat laman Youtube dan carik " Bungayumichi "


Antara video yang Adek nie dah buat...