As salam, hello readers...
Semakin panas pula aku tengok isu Lynas. Walaupun pada awal kemunculan isu, aku semacam tidak ambil peduli, namun dengan kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya "kesedaran" akan hal ini, aku menulis juga lah.
Lynas Corporation Ltd. berhasrat memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung operasinya yang mematuhi semua peraturan tempatan dan piawaian antarabangsa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Corporation Ltd., Eric Noyrez berkata, adalah penting syarikat itu memberi semua butiran kepada PSC bagi mengetepikan maklumat mengelirukan berhubung Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) yang akan siap dan sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu.
"Kami tidak mempunyai niat untuk membuang sisa kerana melihatnya mempunyai nilai dan telah membangunkan teknologi untuk menjadikan ia barang yang boleh dijual.
Penerangan sudah dikeluarkan, anda punyai pandangan yang berbeza? sila lontarkan di ruangan komen. sekian.
No comments:
Post a Comment