Monday, August 13, 2012

(negara) PTPTN jadi biasiswa? UNTUNGLAH! by shahroll



As salam, hello readers...

Isu PTPTN pernah hangat sekejap masa ada pihak tertentu menekan kerajaan dalam pemberian pendidikan percuma. Aku tak berbicara soal politik disini ya? Cuma mengambil isu PTPTN menjadi sandaran.

Dalam Kosmo! bertarikh 13 Ogos melaporkan, seramai 17,441 siswazah yang berhutang kepada PTPTN boleh menarik nafas lega setelah pinjaman mereka itu menjadi biasiswa kerana mendapat pencapaian yang baik (Kelas Pertama)



Untuk itu, peruntukan sebanyak RM486.9 juta diperuntukkan kepada mereka yang berjaya dan mendapat keputusan yang baik. Ini bertepatan dengan dasar PTPTN itu sendiri yang mana menukar status pinjaman kepada biasiswa kepada sesiapa yang beroleh kejayaan yang disebut tadi.

Beruntunglah siapa yang dapat ni kan? =)

enjoy!

2 comments:

Cik Puan iLa said...

Klu tau cmtu dlu amek kos senang2..score btul2..mmg masyuk la xpyh byr balik dah..uwaaaaa! ;(

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Cik Ila:

Skang Cik Ila amek course susah ke? hehe.. xpe, leh je dpr kelas pertama tu.. usaha!! =D