Showing posts with label ahmadidham. Show all posts
Showing posts with label ahmadidham. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

Filem TEMBUS by shahroll

Sunday, July 13, 2014



As salam, hello readers...

Khamis yang lepas, aku sempat pergi menonton filem TEMBUS arahan pengarah ber-style Ahmad Idham Nadzri bersama rakan media yang lain. Terima kasih kepada pihak Excellent Pictures yang sudi memberikan ruang kepada pengkritik filem terutamanya blogger yang tidak terikat dengan mana-mana publication. Jika filem anda BAGUS, nantikan reviewnya.


Sinopsis;
Kisah sepasang suami isteri (Aaron Aziz & Fazura) memiliki segala kemewahan, kejayaan duniawi sehingga terlihat kesempurnaan mereka sukar ditembusi anasir luar, namun rupanya tanpa sedar ada riak diri segala perancangan hidup sang isteri buat keluarga, mewujudkan lubang kecil untuk dugaan besar menembusi dengan membawa lari satu-satunya zuriat pengikat kasih mereka

Ketika itu, doa dan cinta sejati mampu menewaskan segala dugaan.

Video promo;


Gambar;






Info Filem TEMBUS,

Klasifikasi: P13
Durasi: 90 minit
Terbitan: Excellent Pictures (filem ke-13)
Penggambaran: 16 hari
Lokasi: sekitar Kuala Lumpur
Tayangan: 28 Julai 2014
Format: Digital
Hastag: #tembus
Twitter: @ExcellentPic_MY
Arahan: Ahmad Idham Nadzri
Skrip: Siti Jasmina


Thursday, December 19, 2013

Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam sahaja?? @ExcellentPic_My @NelydiaSenrose by shahroll

Thursday, December 19, 2013



As salam, hello readers...

Pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, telah mengambil keputusan untuk menayangkan filem arahan terbarunya, Cinderella, hanya di pawagam-pawagam, bermula 19 Disember ini.

Dibintangi Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Erin Malek dan ramai lagi, filem terbitan ke 11 Excellent Pictures ini, akan ditayang di 60 pawagam seluruh Malaysia.

Mengulas mengenai perkara ini, Ahmad Idham berkata, ianya merupakan satu langkah drastik yang perlu diambil, bagi memastikan survival industri filem tempatan yang kini bergelumang dengan masalah cetak rompak.

“Saya perlu mengambil langkah pencengahan, dan ini merupakan mekanisma yang diambil untuk melihat keberkesanan langkah pencegahan tersebut” kata Idham dalam nada yang tegas.”

“Anda ingin tahu betapa serius masalah yang kami hadapi selaku penerbit? Sekarang ini, pengeluar DVD asli sendiri tidak percaya dengan pasaran untuk DVD, akibat gejala cakera padat cetak rompak. Ini terbukti dengan mereka membeli hakmilik pengeluaran DVD pada harga yang rendah iaitu sekitar RM 20 hingga RM 30 ribu sahaja. Ianya harga yang rendah dan tidak munasabah dengan apa yang kami usahakan. Yang jadi mangsa gejala cetak rompak adalah kami!,” luahan Idham bila ditanya betapa seriusnya kesan gejala cetak rompak kepada industri filem tempatan. 

“Tambahan lagi, saya sebenarnya cukup terkilan, kerana industri cetak rompak mengaut keuntungan lebih besar, berbanding industri perfileman kita sendiri. Kerana itu, kita harus mengambil langkah cukup drastik, untuk membendung gejala ini,” kata Idham

Terang Idham lagi, “Kebiasannya, sesebuah filem yang sudah selesai ditayangkan di pawagam selepas dua atau tiga minggu, akan ditayangkan di platform lain seperti DVD mahupun siaran televisyen berbayar. Jadi mulai detik itu, penerbit filem mula berhadapan dengan masalah cetak rompak.”

Tuesday, August 20, 2013

PANASSS: Ahmad Idham bergaduh dengan wartawan?? by shahroll

Tuesday, August 20, 2013



As salam, hello readers...

Tatkala industri perfileman negara mengalami kemerosotan yang agak teruk sekarang ini, tampil lah seorang pengarah terkenal tanahair iaitu Ahmad Idham dari Excellent Pictures yang menyatakan responnya terhadap isu ini. Bermula dengan temubual bersama wartawan Harian Metro dengan kupasan tajuk "Idham mahu FINAS bertindak" pada tarikh 14 Ogos 2013.

Rentetan dari itu, muncul pula respon dari wartawan lain dengan menggunakan nama pena, Kak Pora dalam ruangan gosip. Ruangan gosip boleh mainkan isu sebesar ini ke? Tidakkah "wartawan" itu sedar impak yang terjadi apabila isu perfileman negara menghadapi saat genting?

This very suck!

"Usah salahkan FINAS filem tak laku"- Kak Pora

Idham menyatakan rasa kesalnya terhadap respon yang diberikan kepadanya. Idham juga mengatakan "wartawan" tersebut sebagai "pendek akalnya" apabila tulisan di dalam akhbar itu menyelar keperibadian Ahmad Idham. What wrong with you reporter???

Tambah Idham lagi, industri filem bukan dirosakkan oleh orang luar tetapi lebih kepada orang seperti ini (Kak Pora). Bagi aku memang betul pun. Kalau "wartawan" itu hasratnya ingin memajukan dan membangunkan industri, aku rasa Idham tak melenting macam ni.

Untuk makluman korang semua, Industri perfileman tempatan mengalami kemerosotan dari segi kutipan di pawagam dengan jumlah kutipan kasar tiket pada tahun 2012 sekadar RM 97.29 juta (76 filem), berbanding RM 126.49 juta (49 filem) pada tahun 2011.

Lima bulan pertama 2013, menyaksikan penyusutan lebih kritikal apabila kutipan kasar sekadar RM40.39 juta sahaja.

Apa tindakan seterusnya oleh idham?

“Saya mencabar wartawan ini. Kalau dia berani, jom kita jumpa dan bersemuka. Kalau dia tidak sahut cabaran ni, saya tahulah yang dia tidak cukup pandai dan sampai bila-bila sekadar duduk dan bersembunyi dibelakang ruangan gosip seperti ‘Kak Pora.’- Ahmad Idham

enjoy?


Saturday, January 12, 2013

(video) Bagaimana tercetusnya idea Gangster Celop? @Ahmad_Idham ada jawapannya! by shahroll

Saturday, January 12, 2013



As salam, hello readers...

Pepetang Sabtu hanya sesantai di rumah. Great Saturday sebab hanya fokus pada bengkel yang bakal aku anjurkan pada bulan Februari ini (rujuk sini) dan bahan-bahan yang aku perlukan, Alhamdulillah ada semuanya.

Masa untuk Youtube!

Sedang aku merehatkan mata mencari preview-preview filem, aku terjumpa pula dengan 1 channel ni. Tak kenal pun. Mungkin masa aku hadir ke preview-preview filem, media yang hadir cukup ramai. Biasalah, siapa tak kenal Excellent Pictures? production house yang kreatif dalam melahirkan pelakon-pelakon baru.

Nak taw tak cam mana Idham dapat idea pasal Gangster Celop bersama Skop Production tu? layan temubual bawah ni;



Apa pandangan aku bila 2 production house bergabung?

Tak ada apa yang salah. Bak kata Idham "sharing is caring". Memang betul lah tu. Bila 2 kepakaran yang berbeza disatukan dalam 1 filem, what you expect? Of course menjadi yang lebih TERBAIK! Kita flashback sekejap pada filem-filem Excellent Pictures. Ada yang OK dan tidak kurang juga yang KO. Itu normal. Dalam pentas filem, untuk sukses sepanjang masa, aku tak merasakan itu perkara yang normal. HUHU!

Kalau korang ada baca buku hasil tulisan Burke Hedges, chapter 6: Marriages Made in Heaven pergabungan ini dinamakan Synergism!

Dalam tulisan BH akan synergism berkaitan dengan 1 kelompok dengan kelompok yang lain yang mana memang diperlukan satu sama lain. Kelompok yang menjual ais dengan kelompok yang menjual biskut waffer. Kepakaran 2 kelompok ini menghasilkan ais yang bermutu tinggi dengan biskut waffer yang berkualiti.

Maka, bila digabungkan ais dan juga biskut waffer itu, jadilah bentuk aiskrim connerto yang kita boleh lihat sampai sekarang. Nak tahu bila idea aiskrim tercetus? tahun 1905! =)

get something?

enjoy!

Thursday, September 20, 2012

RM6juta untuk Excellent Pictures?? by shahroll

Thursday, September 20, 2012



As salam, hello readers...

Aku mendapat sumber yang boleh dipercayai berkenaan berita mengatakan Excellent Pictures mendapat peruntukan RM6juta untuk menerbitkan filem-filem yang berkualiti dan kreatif dari syarikatnya, Excellent Pictures.

Banyaknya? Mengapa Excellent Pictures sahaja?

Lanjutkan pembacaan korang dibawah...

Gambar: Google


Pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berterima kasih di atas pemberian inisiatif dari peruntukkan RM6 juta dari Dana Insentif Kreatif Negara, yang diterima oleh Excellent Pictures baru-baru ini.


“Inisiatif ini amat diperlukan oleh penerbit (drama atau filem) dalam menghasilkan produk yang lebih kreatif dan mampu menarik minat penonton,” kata Idham yang kini berada di Perlis, mengarah filem terbarunya iaitu Lari.

Tambah Idham lagi, “Dana Kreatif ini memberi kesan langsung kepada peningkatan kualiti penerbitan. Kualiti bukan sahaja dari sudut teknikal, tetapi penceritaan juga pelakon yang bagus.  Elemen seperti ini, mampu meningkatkan taraf kebolehpercayaan penonton kepada produk tempatan juga saluran yang menayangkannya.”

Kala ditanya adakah pemberian dana tersebut mampu membuka pasaran lebih luas, Idham mengulas, “Memang benar. Dengan peningkatan kualiti produk, sekaligus akan mengangkat imej produk tempatan untuk di pasarkan di luar. Signifikannya ialah, membuktikan industri kreatif mampu menjana pendapatan buat negara, hasil dari pasaran luar negara.”

Terdahulu, dalam majlis ramah mesra dan penyampaian Dana Kreatif, oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, bertempat di Angkasapuri, Excellent Pictures, merupakan salah sebuah dari 16 syarikat produksi yang menerima sebahagian RM6 juta dana yang diperuntukkan.

Agak-agaknya kalau dah RM6juta dah diberi kepada setiap produksi/syarikat untuk mengeluarkan filem-filem yang dikatakan MAMPU untuk "menyelerakan" selera penonton, korang rasa filem macam mana yang mampu mereka hasilkan?

Seram? Lawak splastik sampah? Hantu Gengster? Cinta Gengster? Klang Bonceng? HAHA! u named it!!

enjoy!

*UPDATED:20/9/2012: 10.02pm*

Al-kisahnya, Excellent Pictures tidak mendapat RM6juta seperti yang ditulis diatas, tetapi hanya sebahagian saja dan dikongsi dengan 16 company lain. Antara email yang masuk dalam inbox aku mengatakan...

Jumlah yang diterima bukanlah sebanyak RM6 Juta, tetapi sebahagian dari jumlah tersebut. Selain itu, sebahagian jumlah itu, diterima juga oleh 16 buah syarikat produksi lain.
enjoy!

Saturday, September 01, 2012

(Gambar) Sekitar majlis Rumah Terbuka Ahmad Idham by shahroll

Saturday, September 01, 2012







*Di pawagam pada Hari Raya Haji, 25 Oktober 2012*

Eira Syazira & Abby Nadzri

Tuan rumah, Ahmad Idham

Terima kasih kepada pihak Excellent Pictures Sdn Bhd yang sudi menjemput rakan media cetak dan eletronik serta rakan blogger bertandang ke kediaman pengarah filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri di Bukit Jalil, semalam (31 Ogos 2012)

Full write up bakal menyusul. Korang layan gambar dulu la eh?

enjoy!

gambar sumber: facebook page

Wednesday, July 11, 2012

@Ahmad_Idham lebih mesra media? by shahroll

Wednesday, July 11, 2012


As salam, hello readers...


Bila sebut nama Ahmad Idham, memang kita tahu pemegang nama tersebut banyak dilanda dengan kontroversi demi kontroversi yang mengaitkan dengan perjalanannya sebagai anak seni. Lumrah dunia seni bukan?


Terbaru, pengarah filem yang mengarahkan filem 8 Jam merasa "janggal" bila pihak berkenaan tidak membuat sebarang promosi yang melibatkan media arus perdana dan juga media sosial seperti kebiasaannya

Beli tiket filem sendiri??

Melihat keadaan itu, Idham yang masih ada rasa tanggungjawab terhadap filem tersebut, mengajak rakan-rakan media dari arus perdana dan juga media sosial untuk sama-sama menonton dan menilai sejauh mana kemampuannya sebagai pengarah dalam filem aksi yang melibatkan pelbagai aksi yang mencabar fizikal.

30 tiket dibeli sendiri oleh Idham

Dan, filem 8 Jam adalah filem terakhir Idham bersama produksi tersebut. Idham mengatakan filem yang terakhir ini menyifatkannya mencabar kredibiliti beliau sebagai pengarah kerana setiap filem yang diarahkan oleh Idham berlainan daripada filem-filem sebelumnya.

Walaupun begitu, TAHNIAH diucapkan untuk Idham yang berjaya membuktikan diri beliau juga setanding dengan producer filem yang lain bila filem keluaran syarikatnya berjaya mendapat kutipan box-office, Mael Lambong dengan kutipan RM5juta!


"Suka janji, tapi belum tentu pasti!"- Unknown

enjoy!


Gambar sumber: Rabiatul Adawiyah blog