Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Pendidikan PERCUMA? tanya PTPTN! by shahroll

Monday, February 11, 2013



As salam, hello readers...

Pagi-pagi aku dah bangun untuk membaca e-paper dalam online Kosmo. Tajuk berkenaan "PTPTN lupus hutang RM407.9 juta" mendapat perhatian dari mata aku. Aku teruskan pembacaan kenapa PTPTN lupuskan hutang sebegitu banyak?

Aku copy-paste sikit laporannya;

KUALA LUMPUR – Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003.
Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas.- Kosmo

Oh! cam tu pulak ye? kalau CEMERLANG dapat la FREE betul tak? Aku ingat SAMA je kalau CEMERLANG ke tidak tetap kena bayar, rupanya FREE. Maknanya? Belajarlah sungguh-sungguh dapat poiner yang CUN semoga dapat education FREE...


enjoy!

Monday, August 13, 2012

(negara) PTPTN jadi biasiswa? UNTUNGLAH! by shahroll

Monday, August 13, 2012


As salam, hello readers...

Isu PTPTN pernah hangat sekejap masa ada pihak tertentu menekan kerajaan dalam pemberian pendidikan percuma. Aku tak berbicara soal politik disini ya? Cuma mengambil isu PTPTN menjadi sandaran.

Dalam Kosmo! bertarikh 13 Ogos melaporkan, seramai 17,441 siswazah yang berhutang kepada PTPTN boleh menarik nafas lega setelah pinjaman mereka itu menjadi biasiswa kerana mendapat pencapaian yang baik (Kelas Pertama)



Untuk itu, peruntukan sebanyak RM486.9 juta diperuntukkan kepada mereka yang berjaya dan mendapat keputusan yang baik. Ini bertepatan dengan dasar PTPTN itu sendiri yang mana menukar status pinjaman kepada biasiswa kepada sesiapa yang beroleh kejayaan yang disebut tadi.

Beruntunglah siapa yang dapat ni kan? =)

enjoy!