As salam to all, salam sejahtera..
Dalam dunia blogging yang begitu luas, bahan atau artikel yang "dikeluarkan" oleh para bloggers mempunyai kekuatan masing-masing. Tidak tertumpu pada perkembangan teknologi semata-mata, pengisian jiwa dan rohani tidak pula dilupakan.
Ok, korang jangan pelik! itu memang ayat aku ok. Agak formal eh? macam taip karangan bahasa Melayu pulak. Aku bukan apa, nak share dengan pembaca blog aku tentang ilmu rumah tangga.
Apa? shahroll cakap pasal rumahtangga? sat! ang da kawen ka?
Memang aku belom kawen lagi. Apa, korang ingat aku tak leh kasi ceramah pasai nie? heheh~ bukan2! plawok ja! i'm sorry (Amir Maharajalawak style!). Artikel pasal rumahtangga ini aku cited (eccehh!) dari blog Ustaz Amin.
Jom layan!
Mengenal bisikan Syaitan di dalam rumah tangga:-
1. Bisikan jemu,
Mengeluh, ada aje tak kena, cakap dah tak lembut
2. Bisikan tidak hormat
Marah-marah, maki-maki
3. Bisikan sangka buruk dan cemburu
4. Bisikan tak bertimbang rasa. Ungkit-ungkit dan menyakitkan hati
Sayidina Umar r.a mengatakan bahawa :-
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا
Hendaklah kamu menghisab diri kamu sebelum kamu di hisab. Ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan di dalam memandang.
picture credit: All about Islam blog
1. Betulkan cara memandang perkahwinan
i. Rumah tangga mengalami perubahan – dari bujang kepada berdua, cara hidup kena berubah dan tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kalau dulu waktu malam asyik main futsal, sekarang sudah berkeluarga, sudah kena kurangkan. Bagi isteri sudah kena belajar masak
ii. Perkahwinan tidak selamanya indah - sedangkan lidah lagi tergigit, jadi kita kena berusaha meningkatkan kemahiran di dalam menangani pergaduhan dan pertikaian di dalam rumah tangga.
2. Betulkan cara memandang suami/isteri
i. Pasangan memang berbeza – orang lelaki dan perempuan tidak sama lebih-lebih lagi jika latar belakang tak sama. Kita kena akui bahawa pasangan tidak sama dan akan sering berlaku pertembungan pemikiran. Apa yang penting adalah buang yang keruh ambil yang jernih. Lebih-lebih lagi perkahwinan yang melibatkan berlainan bangsa.
ii. Jangan harap tinggi pada pasangan
Walaupun dia nak pergi haji beberapa kali, bukan bermakna pasangan telah baik segi akhlak dan perangai. Dia ada kelemahan yang perlu kita bantu.
iii. Kenali mazmumah pasangan
Ada orang yang kalah dengan pangkat, ada yang kalah dengan perempuan cantik, ada yang kalah dengan harta. Jadi sehebat mana orang, kalau mazmumahnya (kelemahannya) terdedah, biasanya dia akan tumbang. Jadi setiap perlu tahu kelemahan diri dan pasangan mereka. Jika tidak, itu yang terjadi isteri kecewa suami tengok video lucah, suami usaha harta haram dan sebagainya.
Bagus untuk korang yang dah berumah tangga. Ilmu sentiasa ada di mana-mana. Yang penting cari. Dan yang belum kahwin tu pula, persiapkan diri untuk mematangkan diri. Ingatan untuk aku jugak.
See next!
2 comments:
ahhh bagus2 entry ni.. maklumlah org tu bkn ke da prepare nak "nikah" kan? i takpe, belum prepare lagi.. :P
Bella:
Hahaha~ really? i'm not prepare yet! LOL~ find another "way" for love.. hahah~ #justsaying
peace!
Post a Comment