Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Al-Fatihah buat Izwan Pilus telah kembali ke rahmatullah, by shahroll

Saturday, January 21, 2012


As salam, hello readers...


Terkejut. Yerp, siapa yang tak terkejut dengan perkhabaran ini. Aku mendapat tahu hal ini selepas mak aku SMS semasa aku dalam perjalanan ke Mid Valley. Innalillah-wainnallillah-hirojiun buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat olehNya. Aminn.


sumber: KL Pos blog

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Bapa kepada Penyanyi ini iaitu Pilus Mohd Jani telah mengesahkan pemergian anaknya itu akibat jangkitan kuman tikus dan kuman dalam darah.


Jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.


Beliau menjelaskan kesemua keluarga Allahyarham termasuklah adiknya yang juga Penyanyi kelahiran AF 7 Ariel berapa disisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Mengikut sumber Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, Izwan Pilus pada mulanya telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.


Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.


AL-Fatihah... 

Wednesday, August 11, 2010

Lelaki ada buah dada? by shahroll

Wednesday, August 11, 2010
Salam all! =D


Alhamdulillah, pagi nie aku masih boleh datang kerja tapi bukan macam biasa. Aku masuk pukul 10.30 pagi! haa.. kenapa ye? ceritanya cam nie, semalam aku makan kat Nasi Arab yang ada kambing, pas tu pulak aku ambil sup kambing.. perghh.. memang terlingkup aku semalam.. pergi meeting pon dengar tak dengar jer sebab kepala dah "high" gile.. huh~


Ok, mukadimah semalam la kan, sekarang dah ok sket even ada denyut2 kat kepala nie lagi.. Hermm.. lelaki ada buah dada? eh, siapa kata tak da kan? haha~ tapi tak la macam kaum hawa nyer tu.. Aku terbaca artikel dari Kosmo! yang pesakit nie mengalami Gynecomastia iaitu satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor atau hormon. Ada jugak eh? first time dengau nie.. =D


Quote dari artikel Kosmo:-
BEIJING - Buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini.
Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008.
Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik.
Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram.
Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan.
 source: Kosmo!
Mana-mana yang mengalami keadaan macam nie, dapatkan rawatan di hospital dengan kadar yang segera!! Bahaya nie... 

Salam! =)