As salam, hello readers...
Aku ada terbaca di portal Utusan, untuk segmen pembantu rumah orang Indonesia. Isu ini sebenarnya dah lama berlegar di sini, cuma belum lagi dilaksanakan memandangkan ekonomi Malaysia juga tidak berapa stabil kebelakangan ni. Dari RM800 mahu dinaikkan sehingga RM1,200 itu, apa relevannya?
sumber: Google Image
Dilihat dari statistik jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah Indonesia di sini, agak membimbangkan (rujuk: Utusan & The Hype Media). Aku tak tahu mereka ni datang dari daerah mana. Mungkin Tenaga Kerja Indonesia (TKI) kena pantau mereka yang nak datang kerja disini dari sudut sahsiahnya, latarbelakang dan paling penting tahap akademiknya.
Aku cadangkan kepada Kerajaan Malaysia untuk isu ini;
1) Dapatkan pembantu rumah dari Indonesia yang memiliki Ijazah Muda dalam bidang perniagaan, sains komputer atau pun paling kurang TESL
2) Kenapa? sebab kelayakkan gaji seperti itu di Malaysia adalah gaji permulaan untuk fresh graduate!
3) Di peringkat Diploma, boleh dipertimbangkan gaji hanya RM900 sahaja. Termasuk dengan bayaran passport dan lain-lain caj
4) Majikan disini tak perlu nak tanggung segala makan minum, rumah penginapan, duit topup henpon atau segala yang dirasakan hak peribadi, mereka tanggung sendiri
5) Kenakan GST jugak!
Kalau cadangan aku ini diambil kira, aku rasa sektor pembantu rumah, orang Malaysia sendiri nak bekerja. Dengan gaji super yummy camtu, mau nya tak nak?
enjoy!
sumber berita: Utusan Portal
No comments:
Post a Comment