Monday, December 07, 2015

Nasi Ayam Hainan Klang: Resepi dari shahroll!




As salam, hello readers...

Pernah makan nasi ayam kan? Masakan tak pernah, berapa ramai yang jual nasi ayam kat Malaysia ni. Cuma, nasi ayam hainan adalah cara berlainan dari Hainan iaitu kepulauan China yang popular masakan nasi ayam. Singapore mengangkat Nasi Ayam Hainan ni sebagai makanan kebangsaan!

Nasi Ayam Hainan: shahroll style

Aku yang suka masak ni, teringin nak makan nasi ayam hainan style. Aku tengok Youtube sebagai rujukan utama sebab aku kalau baca resepi-resepi ni lambat. Baik tengok video, cepat sikit nak belajar tu. HEHE!

Apa yang aku buat, aku rebus ketulan ayam. Lagi best kalau ada seekor ayam la. Masukkan halia+garam+ajinamoto sket. Rebus ayam tu lebih kurang 20minit.

Then, bilas beras. Beras dimasukkan dalam pan yang ada bawang+bawang putih+pandan+halia. MAsukkan beras tadi lepas bahan tadi agak lunyai. Gaul-gaul lebih kurang 5 minit, masukkan dalam periuk nasi.

Masukkan air rebusan tadi dalam periuk nasi, then masak.

Simple kan? Harap korang boleh buat jugak.

enjoy!




No comments: