Tuesday, December 01, 2015

Mana nak makan Mee Jawa Pedas @ Klang? by shahroll




As salam, hello readers...

Sebenarnya aku tak berniat pun nak makan kat restoren yang berdepan dengan Masjid Bandar Klang ni. Saja singgah nak layan kopi tarik pekat (my fav now!!) sebab hujan renyai-renyai sejuk baq ang! Tapi aku ada ternampak seorang brader baikkk punya layan mee jawa, aku pun order la satu pinggan.

Mee Jawa Pedas+Kopi tarik pekat

Dua benda ni RM6 sahaja. Untuk minum petang, sesuai la bajet ni. Aku perhatikan dalam pinggan ni, biasa saja. Tapi yang membezakan mee jawa lain yang pernah aku rasa, dia ada hirisan tomato segar dengan bubuh cili padi. Memang ngammm dia punya rasa dengan lidah aku. Kuahnya tak terlalu pekat sangat. Sedang-sedang kecairan kuah dia.

Berdepan dengan Masjid Bandar Klang

enjoy!




No comments: