Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Thailand inspire: Tomyam putih bontot ayam by shahroll

Friday, August 28, 2015



As salam, hello readers...

Memasak memang faveret aku. Aku suka masak, tapi ikut mood aku dan cara masak aku pun main campak-campak je pun. Janji kena dengan selera tekak aku, sudah. Malam ni aku teringin nak makan tomyam putih macam kat kedai aku makan tempoh hari. Bahan-bahan pun aku pakai mana yang ada dan ada sikit adjusting dari segi bahan.

Bontot dan punggung sama je...


Bahan:
1) Bawang merah separuh
2) Bawang putih 2 ulas
3) Daun limau purut+halia
4) Kiub Knorr 1 ketul
5) Limau nipis 3 biji (diperah airnya)
6) Punggung ayam 6 ketul

Cara memasak:
1) Masukkan bawang merah+putih+daun limau+halia. Tumis sampai naik bau

2) Masukkan air masak 1 mangkuk. Reneh dan masukkan kiub knorr

3) Masukkan punggung ayam, kecilkan api. Reneh 10 minit bagi punggung ayam empok

selamat mencuba, ya!


enjoy!




Sunday, October 20, 2013

(success story) Pengasas Tao Kae Noi bercerita disebalik kisah hidup di dalam mini pocket book! by shahroll

Sunday, October 20, 2013



As salam, hello readers...

2 hari berada di kampung halaman bersama keluarga. Online di Facebook juga sangkut-sangkut. Maklumlah, dapat signal "G" dan "E" saja, walaupun menerima notification, hanya mampu membaca. Sedih kan? huhu...

Hari Sabtu aku, banyak aku habiskan membaca buku kecil yang aku dapat semasa aku membeli rumpai laut berperasa pedas di pasaraya. Sebenarnya memang aku nak buku tu je sebab nak baca kisah CEO Tao Kae Noi yang memegang title "Billionair" dalam usia muda, sekitar 25 tahun!

RM5 lebih harga dia. Kos termasuk buku kecik ni sekali.. HAHA!

Secara ringkasnya, Tob bukan berhasrat nak buka perniagaan rumpai laut pun. Dia asalnya berniaga chestnut bersama Uncle Tuang. Kiranya dia membantu Uncle Tuang tu lah. Waktu itu umurnya baru 19 tahun! Kira muda-muda dah kerja keras la.

Perniagaan chestnut dia maju. Sangat maju sebab ada lebih 30 cawangan di daerah dia duduk. Lepas tu satu hari, semasa dia ambil awek dia balik dari kolej, ternampak awek dia tu khusyuk makan rumpai laut yang beli dari kedai sekitar situ. Dia pun berfikir dan merasai rumpai laut tu juga. SEDAP! memang sedap sampai dia suruh awek dia beli dengan banyaknya!

Sampailah suatu hari, dia merasakan baik juga membuka perniagaan makanan rumpai laut tu sebab setiap peringkat umur mahu dan suka dengan makanan ringan itu. Dia pun mula membuat kajian dalam Google pasal rumpai laut.

3 tahun dia bekerja keras membangunkan Tao Kae Noi tu. Kawan-kawan pun dia dah lama tak jumpa. Paling manis bila dia dah mampu buka kilang sendiri dan mempunyai pembekal rumpai laut dari Korea kepunyaan Tob. Maknanya, dia membuat rumpai laut tu dengan menjadi pembekal di Korea sebab ramai pembekal rumpai laut tak mampu menanggung permintaan dari Tob.

Aku banyak skip cerita ni. Korang boleh beli la buku tu dan dapat seaweed yang sedap dengan pelbagai perasa.

kisah yang difilem "The Billionaire

"In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure" - Bill Cosby 

enjoy!


Sunday, July 14, 2013

Apa yang best kat Danok? by shahroll

Sunday, July 14, 2013



As salam, hello readers...

Lebih kurang 35 buah blog aku habiskan sepanjang 2 jam aku membaca blog-blog travel dalam Blog Search. Ini disebabkan kebosanan yang melanda hari Ahad yang indah ni. Rata-rata blog yang aku baca membawa satu perkara yang sama dalam destinasi mereka iaitu bab makan.

Ada 1 makanan yang famous sekitar sempadan Thai-Malaysia iaitu "Pulut Ayam"






Pulut Ayam Danok

Simple je juadah ni. Ada pulut, ada ayam dan sedikit sos sebagai pencecah. Cuma, rasa dan aroma beras pulut Thailand ni memang diakui sedap dan best lah kan. Tapi, beras pulut Malaysia pun tak kurang hebat juga. Ayamnya aku tengok macam gorengan biasa aje.

Dekat Malaysia ada orang jual tak mende ni?

Kalau belum, boleh bukak gerai makan berkonsepkan menu ni. Jadikan salah satu "killer menu". Trend skang orang menjual satu dua menu ja. Tak lebih. Pastu jual air. Setel.

*Masih berfikiran*

enjoy!