As salam, hello readers...
Sempat juga aku merasai Nasi kambing penyet Sahara yang lokasinya tak jauh dari pinggir bandar Shah Alam. Spesifiknya, di jajahan Meru, Klang. Warung kampung yang kecil, tapi mampu menampung pelanggan yang berskala besar, lebih-lebih lagi waktu puncak (lunch hour)
Parking kereta kat sini luas, jangan risau. Makanan kat sini juga aku lihat pantas dihidangkan sebab warung ni cuma ada 3 hidangan yang popular iaitu kambing penyet, ayam penyet dan burung puyuh.
set hidangan Nasi kambing penyet Sahara
gambar: shahrollphoto Insta
Set menu kambing penyet ni yang paling laris sekali aku lihat masa makan disini. Hampir setiap meja aku perhatikan, memesan set makanan yang ini. Bau dia paling tak tahan sebab aroma kambing panggang bersama sos special dan ada semangkuk sup menaikkan lagi selera makan tengahari korang!
Harga RM9.00/hidangan
Review:
1) Kambingnya hampir boleh dikatakan dipotong nipis dan ada yang rangup sedikit dagingnya. Bahagian tulang kambing juga banyak dalam 1 pinggan dan ada yang banyak daging tetapi secara purata pembahagian itu sama rata.
2) Sup dia best! lemak-lemak macam ada kiub perasa ayam sikit. Better hanya bau serai dan bawang putih semata.
3) Portion nasi itu aku tambah 1 pinggan lagi. Kalau korang perut kecik, makan sepinggan dah cukup kenyang! Nak ratah kambing macam tu aje pun sedap!
4) Dalam pinggan kambing tu, ada hirisan bawang besar, timun, salad dan tomato. Sambil kunyah daging, leh sauk tomato sekali.
5) Air laici lain harga. Tak termasuk dengan harga set makanan ni ye.
Sedap ke makanan ni?
licin!
sumber: Google Image
enjoy!
1 comment:
macam padu! je ni.
Post a Comment