Monday, February 10, 2014

Karnival Karangkraf 2014 havoc!! by shahroll




As salam, hello readers...

Syarikat Karangkraf yang bertempat di seksyen 15, Shah Alam tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka merupakan syarikat terbesar yang mengeluarkan pelbagai bahan bacaan seperti majalah, novel, buku cerita kanak-kanak, buku masakan dan lain-lain lagi. Hari ni aku dan adik-adik sempat ke "markas" Karangkraf untuk sama-sama memeriahkan suasana di hari terakhir


Walaupun hari terakhir, orang ramai tak putus-putus datang ke sini. Tarikan utama bukan sahaja dapat diskaun buku-buku yang dijual sehingga 80% malah terdapat pelbagai booth yang disediakan seperti booth Zakat, booth JPJ, booth Sinar dan booth berkaitan dengan grup Karangkraf

Aku suka tengok buku masakan di Studio F, bangunan Karangkraf

Jika tahun lepas, buku-buku masakan dicampur sekali di booth belah belakang bersama dengan novel, kali ni nampak lebih teratur. Ruang dalaman di bangunan Karangkraf dijadikan tempat pengunjung untuk membeli buku-buku jenis masakan, Islamik dan Buku kanak-kanak. Sejuk ada air-cond, best! HAHA!

Studio F tu terletak di bangunan ni...

Aku park kereta di bulatan jalan, tak jauh dari Karangkraf. Tapi kalau berjalan, berpeluh gak la. Dan yang best nya tahun ni, mereka menyediakan shuttle sebanyak 15 kereta yang pelbagai seperti Alza, Proton BLM dan Persona untuk mengangkut pelawat yang datang berkunjung. 

Borak-borak dengan pemandu kereta shuttle tu, kereta ini sebenarnya digunakan untuk staff-staff Karangkraf yang park kereta di area seksyen 20 (berdekatan dengan Petronas) sebabnya apa? Park yang ada di Karangkraf adalah untuk pelawat/pelanggan sahaja! #RESPECT!

Memang enjoy Ahad aku

Thanks Karangkraf!

2 comments:

Sherry said...

Wow nice, I don't know until I read here.

www.mymomsbest.us

Unknown said...

melepas....bestnya, banyak tol buku resipi ye :D

http://vitaminboutique.blogspot.com/