Showing posts with label flat. Show all posts
Showing posts with label flat. Show all posts

Sunday, June 08, 2014

Flat house decorating ideas: Thank you Google Image! by shahroll

Sunday, June 08, 2014



As salam, hello readers...

Sejak dua menjak ni memang excited gila nak cari ilham atau idea untuk rumah aku di Alam Impian. Ala, rumah pangsa atau kerap dipanggil 'rumah flat' tu kan. HEHE! 

Malam ni aku cuba cari dalam Google Image, tapi rata-rata semua decor bagi size rumah yang agak besar. Size rumah flat aku tu tak lah sebesar dalam gambar idea yang diberikan. Jom layan jap...




design yang ni antara aku minat.. light & simple
(Rumah kos rendah DBKL)



juga minat yang ini.. 



Nak rumah yang cantik, memerlukan kos yang tinggi. Jika pandai mencari bahan-bahan sendiri dan upah kepada orang lain, juga boleh. Cuma kos upah sekarang yang mahal sebenarnya... hehe~

Untuk permulaan, hanya part-part yang penting dulu. Nak touch-up, mungkin selepas beberapa bulan/tahun duduk, boleh lah buat. Sikit-sikit lah buat kan? nak duduk bukan sekejap, lama gak tu.

Next, layan channel Eric Bersama Decor lam Youtube! haha.. enjoy!


Thursday, May 29, 2014

22 gambar sekitar Pangsapuri Alam Impian seksyen 35, Shah Alam by shahroll

Thursday, May 29, 2014



As salam, hello readers...

Sambungan pasal rumah yang bakal aku duduki nanti iaitu Pangsapuri Tun Teja 1 di Alam Impian. Gambar dirakam selepas aku pergi jumpa dengan pegawai bank untuk semakan gaji seperti aku tulis dalam post yang lepas

Alhamdulillah, stage sekarang tinggal untuk urusan lawyer rumah dan Perbendaharaan di Putrajaya untuk urusan pinjaman kerajaan. Hope semuanya berjalan dengan lancar, aminn...

Rumah tingkat Ground Floor dan tingkat 1 di khaskan untuk mereka yang kurang upaya (OKU), bermula level 2 hingga 13 untuk orang awam. Tahnia pemaju yang perihatin dengan keperluan penduduk. 

Gambar sekitar rumah pangsapuri tersebut...

parking motor

tempat pembuangan sampah

permainan kanak-kanak

2 buah lif untuk tower A & B

parking kereta (hadapan)



Friday, March 28, 2014

Ada apa dengan Alam Impian @ Shah Alam seksyen 35? by shahroll

Friday, March 28, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, masih berpeluang aku update blog ni. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, junjungan besar bagi umat Islam. Syukur, aku boleh katakan dalam usia bawah 30 tahun aku sudah miliki aset terpenting sekali iaitu rumah.

Rumah yang berada dipinggir bandar Shah Alam dan terletak di Alam Impian, tidak sesekali aku termimpi untuk mendapatkan rumah disini. Tetapi Allah sudah merencanakan rezeki aku untuk tinggal disini sesudah aku persiapkan beberapa perkara sebelum mendapat kunci rumah

Harga Rumah Kos Rendah rakyat ini adalah MYR42,000

flat Alam Impian seksyen 35, Shah Alam

Aku dah tinjau kawasan rumah ni. Not bad lah, walaupun dia terletak jauh sikit dari rumah-rumah teres yang cantik di Alam Impian tu, tapi dia dah dekat dengan Kampung Jawa. Yes! Rumah ni bersempadan dengan Shah Alam dan Klang. Bila naik ke atas, menghala ke LKSA punya highway dan bila turun ke bawah, boleh menghala ke Klang. Cool place right?

kawasan sekitar...

Kawasan sekitar masih lagi "dara" dengan depannya masih ada pokok-pokok yang belum ditebas, dekat dengan kilang pemprosesan kayu (i think so!) belum ada pagar, tiada pak guard (ada ke eh?) dan yang best, masjid Alam Impian terletak dekat je disini. Dekat tu bukan area flat, tapi di bahagian depan, dekat dengan pintu gerbang tertulis "Alam Impian"

Ecosave juga ada, boleh la nak membeli belah sementara bujang ni. Kalau dah kahwin, pasaraya Giant dan NSK la jawapannya. Overall, aku puas hati dengan tempat ni. Mudah-mudahan tiada apa yang tidak diingini berlaku lah, InsyaAllah, amin!

enjoy!