Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Blogger Food: Ikan Steam Portugis by shahroll

Monday, December 22, 2014



As salam, hello readers...

Ahad lepas aku ada buat satu menu yang sepatutnya aku kena grilled, tapi disebabkan tak boleh nak grilled terpaksalah tukar method dari grilled ke steam. Menu apa tu eh? Ikan Bakar Portugis! Walaupun berlainan cara masak, rasa sos yang aku buat tak mengecewakan aku dan mak aku sebagai juri undangan, eccehh!!

sebelum ikan di steam-kan

Resepi untuk "Ikan Steam Portugis" seperti berikut;

Bahan kisar
1) Bawang Merah
2) Bawang Putih
3) Halia
4) Belacan
5) Cili kering
6) Cili Merah
7) Bunga Kantan

Bahan-bahan
1) Ikan Kembung besar 2 ekor
2) Kacang panjang
3) Tomato (potong dadu)
4) Kacang Bendi
5) Bunga Kantan
6) Air Asam Jawa
7) Aluminium foil & daun pisang

Cara Masak;

1) Kisarkan bahan-bahan tadi, lepas tu masak sos tu dalam kuali dengan api sederhana. Untuk sos yang cair, boleh masukkan 2 cawan air. Masukkan air asam jawa dalam sos. Sedikit garam dan gula

2) Lepas siap sos, susun ikan dalam aluminium foil di lapik dengan daun pisang. Letakkan sayuran yang telah dipotong kemas ke dalam aluminium bersama-sama dengan ikan kembung tadi

3) Siap untuk di steam atau grill

Amacam? nak try buat tak? HEHE! kalau dah cuba buat, jangan lupa post dalam blog! Paling malas pun, letak dalam Facebook mention aku ye.. 

enjoy!



Friday, August 01, 2014

Food Review: HOMST Restoren Cina Muslim di seksyen 13, Shah Alam by shahroll

Friday, August 01, 2014



As salam, hello readers...

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke restoren cina muslim untuk berbuka puasa. Ini cerita di hujung-hujung puasa yang lalu. Aku bersama rakan-rakan "seperjuangan" dalam sesi makan-makan datang ke sini dengan satu matlamat, merasai kenikmatan berbuka puasa dengan menu makanan cina muslim yang di khabarkan enak dan terbaik!

Lokasi restoren terletak di seksyen 13, Shah Alam betul-betul tepi jalan susur keluar ke station minyak Petron. Senang je landmark dia (belakang Tesco Extra)

Homst Restaurant, branch Shah Alam

Tempahan tempat telah dibuat awal oleh rakan seperjuangan makan-makan kali ni. Puak pemisah yang ada masa ini aku, Syazwan & Nizam (boss nih!) semua bagai muka serigala jadian menunggu mangsa untuk menjamah menu-menu yang dipilih.


Menu makanan di Homst Restaurant

Jika korang tanya aku dari segi harga, terus-terang aku katakan, harga nampak murah tapi ikut portion yang dipilih. Kalau pilih saiz besar, besar sikit lah pelaburan yang kena keluar. Ada yang dah fixed price =)

Apa yang kami order?
1-Crab Meat Shark Fin Soup
2-Sizzling Taufu
3-Salted Egg Yolk Soft Shell Crab
4-Lemon Chicken
5-Asparagus
6-Buttered Prawns
7-Deep Fried Sotong

Crab Meat Shark Fin Soup

Hidangan ni aku bagi 5/5 star der! Fuhh, sekali makan memang ketagih. Rasa lemak-lemak yang sekata, taburan isi ketam yang seimbang, membuatkan korang rasa terapung-apung bila menikmati sajian ni. Menu yang sangat aku rekemen untuk korang!

Sizzling Taufu

Hidangan taufu ni sebenarnya biasa-biasa je. Ada taucu sikit, ada telur separuh masak dengan sayur campuran. Rasa taucu yang kuat agak kemasinan sikit disitu. 3/5 untuk hidangan ni...

Salted Egg Yolk Soft Shell Crab

Aku agak kecewa dengan ketam lembut goreng ni sebenarnya. Sebab apa? rasa daun kari dia kuat sangat dan tepung yang tebal! Memula makan macam sedap, 3-4 kali suap, terus out! Menu yang dinanti-nanti tetapi sedikit keciwa... 2/5!

Monday, April 30, 2012

Manhattan Fish Market with BFF by shahroll

Monday, April 30, 2012

As salam, hello readers...

Lupakan seketika tentang permasalahan negara mahupun dunia. Masing-masing punyai pegangan dalam isu-isu yang berbangkit. Aku sebagai pemerhati senyap, cuma melihat apa yang berlaku di dalam media massa mahupun media sosial.

*pause*

Rabu lepas, aku dengan BFF a.k.a sekutu kuat kaki wayang serta makan-makan melepakkan diri di e-curve untuk menonton Lock-Out. terbaik lah aku cakap filem tu. Idea Amerika memang gila. Sangat! Ade ke banduan nak letak kat space? *mana tahu esok-esok memang berlaku?* HAHA!

Pemandangan malam sekitar curve

Aku first time nak rasa makanan Manhattan Fish Market (MFM). Ada pakej yang best untuk 2 orang. Disebabkan tak pernah mencuba, aku select lah pakej RM49.90



tadaaaa.. =)

keh3.. bagus teka-teki, atas tisu? =p

Masa menunggu tak lah lama sangat dan service yang diberikan oleh pekerja MFM sangat best. Senyuman dan mesra itulah yang pelanggan mahukan. Rasa berbaloi la kan dengan bayaran yang kita keluarkan.

sup ni best! pekat dan banyak cendawan

OMG! this for 2 person ah? HEHE..

Ada nasi juga dibawah timbunan ikan dan udang goreng ni. Sekali pandang macam ikan & udang celop tebung je. Mak aku boleh buat ni. HAHA! Tapi taste dorang buat ni sedap ah. Sayur sikit je kat tengah tu (banyak sayur brokoli pon tak pe! aku suka) =p

Last-last kami makan tak habes pon. Aku gak bawak balik tapao. 

Thursday, April 05, 2012

Mana nak makan ala Mexico? by shahroll

Thursday, April 05, 2012


As salam, hello readers...


Masa makan tengahari masa yang terbaik untuk belanja kawan-kawan makan di restoren baru! Minggu gaji paling best lah, boleh "paw" member tu kan? Ok, kalau korang rasa nak mencuba makanan ala-ala Mexico la kan, korang boleh cuba di restoren dipanggil "La Bamba Casual Mexican Cantina"


set Stuffed Pepper

set Fatija Ayam

set Piza Tortilla Mexico

set Taco dengan Nasi Mexico

set Quesadila

Nice kan? Pemilik kedai La Bamba ini adalah Firdaus Marcel Conrad De booij yang berasal dari Belanda berkata, beliau mengusahakan restoren yang berasaskan masakan Mexico itu kerana mahu memaparkan keunikan masakan luar.

Harga untuk menu-menu yang ada di La Bamba;

Harga berpatutan!

Untuk mereka yang berada di sekitar Petaling Jaya dibawah ini disertakan alamat untuk panduan kalian;

17-1, Jalan PJU5/4,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
 47810 Petaling Jaya, Selangor


Friday, October 07, 2011

Kedai 1 Malaysia: Memang betul-betul 1 Malaysia punya restoren! by shahroll

Friday, October 07, 2011


As salam, hello readers...


Aku mulakan post dengan sepotong hadis untuk renungan bersama; moga bermanfaat untuk kalian...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya” (Riwayat Ibn Majah)


Ok, berbalik pada kedai makan yang aku dah cuba tempoh hari, apa yang aku boleh katakan memang MELETOP! Bukan meletup apa, makanan yang dihidangkan sememangnya membangkitkan nafsu untuk makan banyak!


see? larat ko nak habeskan? muahaha...

Kedai 1 Malaysia terletak di tepi jalan susur ke Pelabuhan Klang. Aku tak snap pulak gambar kedai tu. Dah kenyang punya pasal, langsung lupa! Senang cerita, sebelah kanan dia ada kedai mamak Subaidah, dan sebelah kiri dia ada car wash. Kedai ni berdepan pulak dengan station minyak Caltex.

Ada bebola daging.. yummm3!

Kenapa aku cakap kedai ni betul-betul 1 Malaysia? Sebabnya, bukan saja pelanggan dia terdiri daripada Melayu, Cina, India tetapi pekerja dia juga sama! Masa aku nak ambil nasi, makcik tu macam cakap slang Sabah, pastu pulak akak yang ambil order air, macam slang Kelantan.

Nice kan Malaysia? ;)

Lauk yang pelbagai...

Walaupun kedai ni kat tepi jalan, tapi kebersihan tetap terjaga. Don't worry la, bersih punya. Kot korang risau pasal kebersihan tempat makan, tempat makan ni habuk pon takde! Cer try lah.. =D

Licin...keh2, apa tandanya tu? SEDAP!!

Air fav: Teh Ais -..-

Walaupun bertemakan kedai makan 1 Malaysia, owner dia tetap mengekalkan imej islamic yang aku rasa WAJAR peniaga lain khususnya yang beragama islam (bukan untuk Melayu saja) meletakkan tanda seperti ini (bukan hanya dummi je eh?)

^____^

Enjoy! Happy Friday...


Thursday, May 05, 2011

Makan-makan di Sup Ani Utara, seksyen 7 belakang UiTM! by shahroll

Thursday, May 05, 2011


Makan merupakan teras utama dalam aku berblogging. Kalau tak hapdet pasal makan, tak indah aku rasa. Ecceh! ye ye je. Bukan, makan2 nie best nak share sebab kalau tengok balik gambar2 yang dicapture tu balik, terasa daging tu lekat kat celah2 gigi kau tahu? =p


Pernah ke Sup Ani Utara?


Kalau tak pernah meh aku cerita. Kedai nie menyediakan banyak aneka sup. Sup dia pula macam sup daging, sup sayur, sup cendawan, sup pipi, sup lidah, sup keting dan berbagai lagi. 


Dari segi makanan lain, Sup Ani Utara ada menyediakan nasi lemak,nasi ayam dan juga Ayam Penyet. Yang nie aku rasa sesetengah kedai je kot yang ada, sebab dekat Shah Alam ada 3 kedai cawangan Sup Ani Utara, dan ada yang tak ada menu yang aku sebut tadi.


Ko selalu makan sup ape roll?


Tak ada spesifik sup yang selalu aku order. Setiap kali aku berkunjung, macam2 sup aku nak try. Dan yang latest, aku try sup keting. Dalam suasana yang sejuk (time hujan daa..)  memang kena lah!


set nasi:
nasi+belacan merah+telur masin

sup keting

Time dorang serve tu, panas2 lagi. So, apa yang aku praktiskan, layan sup panas dlu, then baru makan nasi dia. Nikmat dia perghhhh... menusuk! Aku makan nasi selalu tak sampai 10 minit, setel. Agak gelojoh? bukan, aku kunyah 44 kali gak, cuma aku punya "speed" agak tinggi. HAHA!

Bahan tambah turbo! (pedas!)

Air limau kasturi tanpa gula
(kasi potong minyak ngan lemak!)

Keriangan makan kat sini bila air peluh korang menitik sikit2. Uhh terbaeeek! masa tu, takde pandang kiri kanan der. Fokus kat pinggan ngan mangkok sup je. Plus, minum air limau suam pulak kan? haiilaa.. makin berasap la kot? Aku prektis kan minum air limau nie pon masa aku keluar makan ngan boss aku.

mende alah nie aku tak lupa nak order.. SEDAP!

Otak-otak nie bukan aku kena order pon. Taw2 dorang letak kat meja. Aku sapu lepas makan nasi. Pelahap sungguh! ahaha~ bukan aku tak bayo.. aku bayo gak pas tu.. eheheh~

Untuk korang yang nak berkunjung ke kedai Sup Ani Utara nie, boleh tengok kat blog depa kat SINI. Boleh tengok kat mana kedai berhampiran korang la ek.

Cleanliness : 4/5

Ambience : 4/5

Food Quality : 4/5

Service Quality : 4/5

Value For Money : 4/5

Overall : 4/5


Chaw!

Wednesday, March 30, 2011

Homemade pizza! How to make it? by shahroll

Wednesday, March 30, 2011
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,


Tetibe nak cerita pasal buat homemade pizza pulak. Dah alang-alang aku tak pegi makan tengahari, so leh update pasal makanan! Saja nak buat korang lapo! huhu~ Yang kita taw, kalau nak makan pizza, pergi ke kedai pizza lah. Tak reti nak buat sendiri ke? ke korang malas? huahua~ meh aku share nak buat pizza..


gambar hiasan.. kasi terliur sket...

Bahan-bahan:

Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera.

Topping:

Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

*semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Sesudah korang tahu bahan2 nyer, macam mana pulak nak masak? Ahaaaa~ sonang jo!


Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.

5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.

9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.





Untuk sos pizza, korang leh beli kat kedai lah. Nak buat sendiri pon boleh gak, but for me setakat sos, baek beli sos kat kedai, senang. Tak gitu? Oh! aku nak kreditkan Dari Dapur Wanita punya blog lah sebab aku ambil resepi dari sana. Selalu buat spagetti jeh, sesekali buat pizza pon, sodap gak.

For English version, please click HERE

Try jom?

Friday, October 16, 2009

SNEAK pre-view by shahroll

Friday, October 16, 2009
#1

** Sneak pre-view for Adik ILYZA @ Kota Damansara... stay tune blogger for the FULL story about this party.. :)


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, October 09, 2009

MakaN-Makan @ PTAR by shahroll

Friday, October 09, 2009
salam to all readers... ... .

1) Jumaat ( hari nie da..) ade buat makan-makan di PTAR dimana tempat SH berkerja lah... setiap bahagian ada listing menu memasing untuk di letakkan di meja yang disediakan... seperti port-luck la gitu.. ehuheu..


2) Selain tu, ada gak disampaikan "Anugerah-Anugerah" yang diberi pada staff yang menunjukkan dedikasi dalam "kerja-kerja" di dalam opis ye.. ( jgn tanye SH nape aku buat gitu ayatnyer.. huhuu..)


3) Ramai yang berpakaian seperti 1 syawal.. heuheu SH pon same gak.. p xde la smart sgt.. just xde songkok di kepala.. n pkai kasut sport NIKE,... hahahaha nanti lah SH load the picture k.. ehuheu..


4) Menu UTAMA untuk majlis nie macam SATAY yang di sponsor oleh Ketua Pustakawan kita yg disayangi ( cehh! bodek nih!..huhu) pas tu ade la yg lain2 mcm Laksa Penang,Ketupat daun palas,lemang.. uehuehue tu je la yg ade kot?? lain2 sampingan mcm buah2an,kek ( SH sponsor nie..) muffin,pudding... haaa... kenyang3... :P

5) blurrppp!~ kenyang sudah.. hahaha wassalam... :)




Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359