Monday, August 05, 2013

Sekitar kemeriahan Uptown Shah Alam @ seksyen 24, padat! by shahroll




As salam, hello readers...

Semalam aku sempat pergi meninjau kawasan paling "panas" di jajahan Shah Alam seksyen 24 iaitu Uptown Shah Alam yang menyaksikan ramai gila manusia pergi ke sana. Aku membawa family members yang lain terpaksa menempuh jalan yang sesak dan parking yang jauh!

Jam menunjukkan 12.15pagi dan baru nak mencari barang seperti kasut, tudung dan lain-lain. Habis menjelajah (tak semua kedai) dalam jam 2.00pagi lebih kurang. Itu pun dah lembik nak berjalan!

welcome to Uptown Shah Alam!

Masuk je ke pintu utama, dah terasa bahang limpahan manusia membanjiri tapak niaga yang rata-rata golongan bawah 35 tahun yang ramai. Keluarga ada jugak tapi tak ramai. Yang bawak anak kecik pon tak ramai. Sebab dah tahu sesak kot, tu malas nak berhimpit bagai. HAHA.

masa puncak: 12.30pagi-1.30pagi

Di depan pintu masuk Uptown

Korang kalau nak parking kereta tu, jangan harap la nak park dekat-dekat. Letak kereta di depan sikit. Berjalan lebih kurang 200 meter cam tu. Ok lah, jogging pepagi kan? HEHE. Apa yang best dalam uptown ni sampai ramai nau yang suka windows shopping?

selendang? shawl? jeans? short pant? u named it! HAAAAA...

BANYAKNYA PILIHAN!

Itulah dia mengapa ramai datang sini "cuci mata" dengan barang-barang yang ada kat sini. Aku? aku tak de beli apa pun, walaupun banyak jeans Levis 501 yang cantik cutting nya! arghhh.. tahan tahan.. napsu semua tu! haha..

enjoy!

No comments: