Tuesday, March 08, 2016

Dara Lamb Grill: Keenakan tanpa batasan @ seksyen 7, Shah Alam by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, bertemu kembali kita dalam blog yang dah cecah pageviews 1juta kali bacaan. Terima kasih kepada pembaca yang baru dan lama kerana jejak ke dalam blog shahrulhairydotcom ni ye? Kali ni aku nak story pasal makanan western di Dara Lamb Grill, Shah Alam.

Burger+fried fries

Terletak di seksyen 7, tak lah sukar mana untuk mencari tempat makan kat sini. Dara Lamb Grill betul-betul berdepan dengan Hospital Shah Alam, bersebelahan dengan Naluri Cafe. Sila waze dengan betul! HEHE....

Dara Lamb Grill mula beroperasi pada 1 Ogos 2014! lama dah tu...

fresh & eat!

Kat sini ada 2 set yang best. Malaysian MOO dan Maxi MOO. Harga pun lebih kurang je, tapi aku syorkan ambil set Maxi MOO, macam aku makan kat atas ni. Maxi MOO disedapkan oleh sesame burn, beef patty, special sauce, lettuce, onions & tomatoes.

another menu? HERE

Dengan patty dia yang double, for sure mana perut yang size sama dengan aku (besaq sket lah!) boleh habiskan burger ni, unless kalau korang dah makan dulu kat memana, memang tak leh habis! Make sure korang datang sini dengan perut yang kosong! HEHE...

speechless!!

Ok gaiss, kalau korang nak try makanan kat sini, boleh datang ke Dara Lamb Grill di seksyen 7, Shah Alam. Alamat penuh kat bawah.

enjoy!

No.24, Jalan Plumbum N7/N,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor

Website: Dara Lamb Grill


No comments: