Friday, October 23, 2015

Mencari rumah kos rendah di U10 Shah Alam? Jom tengok Alam Budiman by shahroll




As salam, hello readers...

Pencarian rumah kos rendah di Selangor, ibarat mimpi di siang hari, ye dak? Lelagi sekarang zaman yang penuh dengan kenaikan kos sara hidup, kos itu kos ini membuatkan kita pun give up nak beli rumah. Tetapi dengan kerajaan Selangor yang ada sekarang ni, InsyaAllah masalah rumah tu dapat di selesaikan. 

Ini bukan post politik ya pembaca semua, ini post untuk membantu mereka yang cari rumah dengan kadar yang mampu milik =)

Skim Rumah Selangorku

Pernah dengar tak? Tak? Ok, aku salah seorang yang dapat rumah dengan skim rumah Selangorku di Alam Impian, Shah Alam. Boleh rujuk balik posting lama aku untuk rumah yang aku beli pada tahun 2014.

Now aku nak highlight projek perumahan yang ada di Alam Budiman di U10, Shah Alam. Luas rumah tersebut adalah 850 kaki persegi. Agak luas untuk rumah jenis flat/apartment.


pangsapuri Alam Budiman

Korang boleh tengok laman web dia kat sini. Rumah dijangka siap Disember 2015 (hujung tahun ni!) dan boleh masuk pindah pada awal 2016. Cantik sangat tu untuk korang yang takde rumah dan masih mencari rumah di Selangor.

Ada syarat tak beli?

Mesti ada. Syarat dia, rumah ni dijual bawah program Selangorku dan semestinya korang kena register dekat Lembaga Perumahan Selangor. Boleh lihat kat sini syarat-syaratnya.

ada 12 blok semuanya.

Itulah serba sedikit informasi yang aku boleh share dengan korang semua. Nak beli atau tidak, terletak pada pilihan masing-masing. InsyaAllah ada rezki, rumah yang ada ni menjadi milik korang! Aminn, aku doakan ya!

contoh rumah siap

Galeri rumah boleh tengok-tengok kat sini jugak.

enjoy!





No comments: