As salam, hello readers...
Kalau pasal makan, memang kedai ini yang aku cari. Selain ikan bakar dia yang ummphh! ada lagi menu special yang patut korang rasa kat kedai ni. Apa dia?
Burung Puyuh Madu!
Aku tak pasti samada burung puyuh atau burung wak-wak. Tengok pada size, macam burung puyuh aje. Tapi yang pastinya, rasa madu yang dipanggang pada burung memang terbaik!
Hidangan makan tengahari
Harga disini cukup murah dan berpatutan disamping restoren ini dah dinaiktaraf ruang makannya yang lebih luas untuk menampung pelanggan yang ramai pada waktu makan tengahari. Hidangan kat atas ni RM10 sahaja beserta dengan Teh Ais.
Murahkan?
Aku ada post entry pasal Aida Ikan Bakar kat SINI.
enjoy!
No comments:
Post a Comment