Showing posts with label lamb grill. Show all posts
Showing posts with label lamb grill. Show all posts

Tuesday, March 08, 2016

Dara Lamb Grill: Keenakan tanpa batasan @ seksyen 7, Shah Alam by shahroll

Tuesday, March 08, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, bertemu kembali kita dalam blog yang dah cecah pageviews 1juta kali bacaan. Terima kasih kepada pembaca yang baru dan lama kerana jejak ke dalam blog shahrulhairydotcom ni ye? Kali ni aku nak story pasal makanan western di Dara Lamb Grill, Shah Alam.

Burger+fried fries

Terletak di seksyen 7, tak lah sukar mana untuk mencari tempat makan kat sini. Dara Lamb Grill betul-betul berdepan dengan Hospital Shah Alam, bersebelahan dengan Naluri Cafe. Sila waze dengan betul! HEHE....

Dara Lamb Grill mula beroperasi pada 1 Ogos 2014! lama dah tu...

fresh & eat!

Kat sini ada 2 set yang best. Malaysian MOO dan Maxi MOO. Harga pun lebih kurang je, tapi aku syorkan ambil set Maxi MOO, macam aku makan kat atas ni. Maxi MOO disedapkan oleh sesame burn, beef patty, special sauce, lettuce, onions & tomatoes.

another menu? HERE

Dengan patty dia yang double, for sure mana perut yang size sama dengan aku (besaq sket lah!) boleh habiskan burger ni, unless kalau korang dah makan dulu kat memana, memang tak leh habis! Make sure korang datang sini dengan perut yang kosong! HEHE...

speechless!!

Ok gaiss, kalau korang nak try makanan kat sini, boleh datang ke Dara Lamb Grill di seksyen 7, Shah Alam. Alamat penuh kat bawah.

enjoy!

No.24, Jalan Plumbum N7/N,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor

Website: Dara Lamb Grill


Sunday, October 23, 2011

My favorite western dish and small espresso coffee by shahroll

Sunday, October 23, 2011


As salam, hello my readers...


Lokasi: Bukit Raja, Klang (kedai bersebelahan dengan Kenny Rodgers)
Masa: 8.45 malam (Sabtu)
Tarikh: 22 Oct 2011


Misi makan-makan aku teruskan dengan mencuba kambing panggang yang sememangnya fav aku setiap masa setiap tempat makan! HUHU, kata orang kambing ni tak boleh makan banyak-banyak sangat, nanti pening lah, darah tinggi lah, nak pitam lah, ye ke? Aku makan ok je =p


Malam tu aku order Lamb Grill dengan kopi ekspresso. Aku yang paling terkejut kopi tu la, kecik bebeno! ishhh~ tak pasal-pasal aku mintak 1 lagi air, teh lemon! ampeh tol, tipah tertipu kau! huhu...



muka pasrah bendanya kecik!

Service kedai ni bagus. Cepat je hidangan sampai. Walaupun kedai ni majoriti staff dia berbangsa cina, korang jangan panik sebab kedai ni serve makanan halal. Don't worry! Makan tanpa was-was. Cet! macam iklan lah pulak (memang pon!) HAHA...

muka sebelum "mengganas" nak baham kambing!



Kambing rasa OK, tak liat. Kuah dia pulak kurang sikit sebab cair. Agak sedikit masin but masih boleh dimakan di cover oleh kentang putar dan juga salad. Yang penting bau kambing dia tak terlalu berbau ye, so sesiapa yang nak try try makan kambing tu, shuuuwitt sangat cuba!


aummmmmm!!.. keh3...

Kedai no.2 sedap makan kambing. No.1 korang leh cuba kat Cafe S-E Relax. Lepas ni, misi mencari tempat kambing panggang diteruskan lagi. Tetap saja di.... shahrulhairy.com ! HAHA...

enjoy!