Showing posts with label mylife. Show all posts
Showing posts with label mylife. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Esok Interview? Ok, I'm ready! by shahroll

Wednesday, November 13, 2013



As salam, hello readers...

PEH! agak lama meninggalkan blog aku ni. Maaf la ye, bukan nak "diva" sangat la kan, but sejak kebelakangan ni aku sibuk sikit dengan "dunia realiti". Kalau korang baca balik post-post sebelum ni, korang fahamlah eh? HAHA! Korang sehat tak?

Kepada yang ambil SPM, all the best aku ucapkan. Mana yang nak kawin lagi tu, aku ucapkan tahniah jugak lah! haha...

Blog ini akan "terabai" seketika memberi laluan kerja-kerja memproses custom album perkahwinan yang aku shoot tempoh hari. Ada 3 buah custom album yang perlu aku siapkan dalam masa terdekat ni. Semoga berjalan lancar dan dimudahkan Allah S.W.T aminn....

Dan, esok juga aku akan pergi ke Pendaftar UiTM untuk sesi temuduga kenaikan pangkat ke gred 22. Alhamdulillah, kali ini dipanggil lagi setelah pada tahun 2011 aku hanya menjadi calon simpanan saja. Kali ini? aku buat yang terbaik lagi dari yang lepas!

Naik Pangkat a.k.a Promotion imagination? HAHA!!

Aku difahamkan seramai 37 orang calon untuk sesi temuduga esok. Aku serahkan bulat-bulat kepada Allah S.W.T untuk menentukan untung nasib. Bagi aku, jika kenaikkan pangkat itu lebih baik dari sekarang, Kau permudahkan lah Ya Rabb. Jika kenaikkan pangkat itu menyusahkan aku kelak, Kau berikan lah petunjukmu Ya Rabb.....

Aku hanya mencuba. Kepada calon lain, aku rasa korang juga mempunyai harapan yang baik =)

"Besar pangkat, maka besar juga lah amanah dan tanggungjawab" - SH

enjoy!


Monday, September 23, 2013

Petang Ahad bersama kereta Iswara Aeroback by shahroll

Monday, September 23, 2013



As salam, hello readers...

Setelah membayar habis kereta aku dengan bank, memang "manja" dia sekarang ni. Sikit-sikit masuk bengkel, sikit-sikit beli part baru, sikit-sikit kena tambah minyak (leaking oil) paling teruk bila dia meragam masa buat top overhaul. Melayang RM wehh. Dan petang tadi, melayang lagi RM230 beli starter baru.

Sebelum decide nak beli, ingat nak suruh mekanik ketuk-ketuk je starter tu. Dulu, jiran aku tolong aku ketuk-ketuk mende tu and then boleh jalan start la kereta kan. Lepas aku bawak bengkel, ketuk dah tak mau hidup. Memang sah nak yang baru la tu.

Amoi bengkel tu kata kat aku, yang recon RM200 dan yang baru RM230. Dah alang-alang tukar, ambil yang baru sekali lah. Ada warranty 3 bulan.


starter lama, teruk bebeno rasanya...

Kereta aku tahun 1998 punya pengeluaran. Dah lebih kurang 15 tahun usianya. 3 owner merasa kereta ni. Aku owner ke-3. Bayangkan dah berapa lama kereta ni berkhidmat untuk ketiga-tiga owner kan? Sejak aku beli sampai habis bayar (7 tahun) memang tip-top. Jarang sekali buat hal. Tapi yelah, mungkin usia kereta dah sampai ke maksimum, mula lah macam-macam =(

Problem major yang pernah aku lakukan pada kereta ni;


Mungkin dah tiba masanya nak membeli kereta baru? tapi dengan ekonomi sekarang, rasanya kena tangguh beberapa tahun lagi. HEHE. selagi ada, lenjan je lah. Janji boleh jalan *sambil buka mudah.my tengok harga kereta baru*

HAHA...

enjoy!


Friday, September 06, 2013

Minggu yang mencabar by shahroll

Friday, September 06, 2013



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, minggu yang "mencabar" bakal berakhir. Sepanjang minggu ni, aku dah 3 malam stay up untuk menyudahkan tugasan-tugasan yang ada. Diantaranya tugasan study (ada masih berbaki, duh!) dan tugasan client serta tugasan-tugasan pejabat yang lain.

Mata dah lebam macam panda.

heyylooo.. HAHA!
photo: Google Image

Tugasan client merangkumi tugasan seperti menyiapkan 2 projek assignment menggunakan Macromedia Director macam aku posting entry lepas. Research & study menggunakan software tu ambil masa juga, tapi Alhamdulillah cepat tangkap penggunaannya. Telah selamat pun deliver assignment tu tepat pada waktunya walaupun mengalami file crash semasa nak publish! 

Sempat recover kembali semula dalam masa 5 jam bersengkang mata dengan bermula dari awal (pedih woo!) bayaran yang dikenakan juga setimpal dengan hasil kerja dan waktu diluangkan.

Selain tu, aku juga perlu menyiapkan slideshow untuk Kursus Jangka Pendek Fotograpi yang akan dilakukan di Kolej Komuniti Klang, Sabtu ni. Aku difahamkan seramai 27 pelajar akan mengikuti kursus berkenaan. Sudah siap tetapi cuma perlu tambah gambar dan sebagainya untuk menceriakan slide. Pengisian? just straight to the point!

Ahad minggu ini (8 Sept) akan berakhirnya kelas BEL313 aku selepas mengambil final test. Alhamdulillah, tak de final exam. Tapi masih seram sejuk juga, belum sempat belek mana-mana yang patut. Lepas balik dari mengajar di Kolej Komuniti, kena berkejar pula untuk assignment lain. Waaahh!

Seorang client tanya malam tadi, "How amazing your life with these at all?"

Senyum dan angguk. HEHE!

enjoy!

Friday, August 31, 2012

Bagaimana meningkatkan motivasi pada diri sendiri? by shahroll

Friday, August 31, 2012


As salam, hello readers...

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-55 Malaysia. Alhamdulillah, masih dalam keadaan harmoni dan stabil pada hari ni. Aku dari semalam duduk depan PC, tak mematah semangat kemerdekaan untuk aku sambut di dalam alam maya (ok lah kan?)

Hari ni topik apa? pasal "Motivasi"

Actually, aku bukan seorang yang pakar dalam memberi kata-kata semangat, perangsang atau membakar motivasi orang lain. Aku cuma boleh berkongsi apa yang aku dah lalui dengan pengamatan aku.


Aku ambil dari Facebook  pages...


Mungkin korang dah biasa tengok gambarajah diatas kan? Mereka adalah orang-orang biasa yang mencipta kejayaan luar biasa. Siapa tak kenal Shah Rukh Khan? Siapa tak kenal Lionel Messi? dan yang lain-lain tu?

Memanglah kejayaan tu tak mudah dicapai, tapi bukan mustahil kan? Thomas Edison yang mencipta mentol tu pun kali ke seribu kali percubaan baru berjaya menghasilkannya. Begitu juga dengan Kolonel KFC dimana masa mula-mula dia nyatakan idea ayam goreng yang diciptanya, siapa je yang pandang?

Hari ini gagal. Esok juga gagal. Tapi percubaan demi percubaan kena tetap ada. Sifat "tak mahu mengalah" seperti ini perlu ada pada seseorang yang mahu bergelar usahawan.

Aku tak ada panduan tertentu untuk naikkan semangat atau motivasi diri. Apa yang selalu aku praktiskan, banyakkan membaca kejayaan orang lain yang sudah terbukti kejayaannya. Pilih bidang yang sesuai dengan citarasa korang, minat korang barulah dapat capai kejayaan tu.

Selain tu, jangan lupa membaca kisah-kisah silam individu atau syarikat yang rugi atau mengalami kemerosotan. Dari situ korang akan dapat belajar pengalaman pahit orang lain supaya tidak terkena pada diri korang. Ini dinamakan pembelajaran "smart"

Paling utama, anggap diri sendiri yang terbaik dari kalangan yang terbaik hidup di atas dunia ni. Kalau tak, buat apa pun asyik kena "kondem"!

enjoy!

Thursday, August 09, 2012

Apa itu "Gaya Bahasa"? by shahroll

Thursday, August 09, 2012


As salam, hello readers...

Aku dalam menyusuri blog ke blog atau istilahnya "blogwalking" yang disebut oleh pemblogger sekelian, selain dari cerita atau info yang ditulis dan disampaikan, penggunaan bahasa oleh penulis-penulis blog antara ciri selalu aku perhatikan.

Gaya bahasa? Amende?

Dulu, masa aku standard 5 dalam kelas Bahasa Malaysia (BM) bahagian yang best cuma "karangan". Bebudak 80's nyer cerita. Sekarang tak tahu lah ada ke tidak part ni.

Aku boleh habiskan 5 kertas kajang yang aku rasakan lebih 500 perkataan. Keperluan menjawab soalan karangan cuma 500 patah perkataan je. Aku memandai hentak sampai lenguh jari-jemari.

Dalam karangan aku tu, banyak juga lah aku ber-eksperimen dengan pelbagai gaya bahasa macam metaforanya, hiperbolanya, litotes, personifikasi sampaikan cikgu yang mengajar tu dok sound-sound aku sebab guna gaya bahasa yang tak betul.

Ok. Itu sangat memalukan.

Dalam mengejar "kertas kajang yang banyak" aku sampai lupa tujuan asal karangan itu dibuat. Cukuplah sekadar ada isi-isi yang penting, ada pendahuluan, penggulungan dan penutup. Cukup. Tak perlu nak berbunga sangat.

Itu dulu, sekarang?

Benda yang sama, cuma menulis dalam ruangan blog (jaringan maya) lebih sensitif. Bukan sensitif pasal entry blog, tapi bahasa. Mungkin bahasa aku golongan "tua" tak berapa nak tangkap, but still u can translate my blog into English mode. Selalunya orang-orang veteran pandai English right?

"Bahasa jiwa bangsa"

sumber: Google

heh~...

Thursday, August 02, 2012

Nasi Kandar: Berbuka orang bujang, by shahroll

Thursday, August 02, 2012


As salam, hello readers...


Berbuka di luar rumah merupakan satu cabaran yang terpaksa ditempuhi setiap pelajar luar kampus macam aku. Kerana ilmu yang ingin dicari, berbuka dimana-mana sama saja (walaupun kat rumah lagi best!). Isnin lepas aku berbuka di fakulti bersama "rakan-rakan" yang lain. 


Apa yang aku makan?


Nasi Kandar Hakim!! plus dengan Soya Jagung...

Aku suka makan kacang Pistachios lepas berbuka...

Walaupun aku sebut "rakan-rakan" tadi, sebenarnya aku makan berseorangan. Lepas je rangkap pertama azan, tegukan air soya jagung sejuk membasahi ruang saluran yang kering sejak awal Subuh. Alhamdulillah. Rezki Allah memberi nikmat terhadap hamba-Nya.

snap dlu Nasi Kandar.. 

Tadaaaa... dilimpahi kari yang pelbagai..

Lama juga tidak menjamah Nasi Kandar. Hari tu teringin pulak. Banjir aku letak kari kat nasi. Ayam bahagian kepak menjadi pilihan. Tepung ayam goreng kat kedai mamak memang sedap. sangat-sangat. Penchenta nasi kandaq ja tahu akan hal ni. Ecceh!

Tak lengkap makan Nasi Kandar kalau tak de benda ni;

PAPADOM! =D

Selamat berbuka guys!

Friday, July 20, 2012

(budak sekolah) Kerana fesyen, sanggup berlapar! by shahroll

Friday, July 20, 2012


As salam, hello readers...


Tetiba pulak aku nak bercerita pasal budak sekolah. Yelah, awak pernah bersekolah kan? lainlah yang tak ke sekolah (may be ada masalah lain) bila dalam sekolah, akan nampak banyaklah fesyen-fesyen yang dipakai atau digayakan suatu masa dulu.


Aku jugak tak terkecuali.


Dari darjah 1 sampailah darjah 6, aku cuma pakai seluar sekolah yang "ready-made" yang kedai baju seluar sekolah tawarkan. Mak bapak aku lah yang melaburkan wang ringgit untuk keperluan itu semua. Thanks to my parents! Then, bila da anjak ke sekolah menengah, selera tu ade tukar sket.


Beli seluar tempah.


Dulu aku ada sorang kawan, tak salah aku Mohd Faiz bin Asmi (kalau tak salah aku) dia suka pakai barang-barang ada jenama (brand). Dalam form 3 cam tu, aku teringin sangat-sangat seluar tempah yang kedainya aku masih ingat "Cantona 7".
gambar hiasan: Google

Masa tu sesapa yang pakai seluar brand ni, memang "martabat" dia tingg sket la. Sebab seluar sekolah jenis cam ni punya tempah, dalam RM70-RM90 cam tu lah. Ikut saiz. Ikut style macam mana korang nak. Disebabkan aku nak jugak try 1, proses yang diambil agak lama.


Kumpul duit.


Aku dulu hidup bukan senang macam bebudak skang. Mintak je dapat. Mintak je dapat. Langsung tak de skill "survive". Manja lebih. Tu lah bebudak skang. Bila aku dapat kumpul sikit-sikit duit, baru pergi ke Klang (kedai seluar tu). Rasa high sangat bila beli barang pakai duit sendiri, kau ade?


Aku pakai seluar tu sampai dah tak muat. Then aku simpan. Lepas aku pindah, mana hilang tah seluar tu. Kedai yang buat seluar tu pon dah tak de. Classic woo. Sejak aku pakai seluar tu pada hari pertama sesi sekolah (tetiap Isnin) aku rasa macam girl-girl sekolah aku tu dok pi tengok aku je (agak ke-perasanan sikit!) HAHA!

enjoy!

Friday, June 29, 2012

stress is good! by shahroll

Friday, June 29, 2012


As salam, hello readers...


Pernah stress? tipu lah kalau tak. Lagi-lagi sekarang dunia yang semakin mencabar dan kompetetif. Silap langkah sikit, kau terlepas peluang. Lagi best "kawan-kawan" sailang biz kau, eh? =p


Dulu aku ada kelas pasal stress. Stress ni bagus sebenarnya kau tahu? Sebab stress ada terbahagi kepada 2 lah. 1 yang baik dan 1 yang tak elok. Yang elok tu boleh merangsang korang untuk melakukan kerja yang lebih baik lagi.


gambar hiasan: Google

Stress ni datang dalam pelbagai cara samada dari segi kerja korang mahupun cara hidup korang. But yang banyak aku perhatikn dalam twitter dan Facebook, stress yang paling utama datang berpunca dari kerja korang yang korang lakukan setiap hari! Aku juga tak terlepas.

Apa tu stress?


HAPPY LIFE! jangan stress sangatlah eh... PEACE! =)

Thursday, June 14, 2012

Gagal tak pe, jangan MUFLIS! by shahroll

Thursday, June 14, 2012

As salam, hello readers...

Benda yang melibatkan duit, kawan pun boleh jadi lawan. Sebab duit boleh jadi perhubungan menjadi hambar tak kiralah kawan ke saudara ke sepupu ke. Apa-apa yang melibatkan duit selalunya menjadi "negatif'. Lagi-lagi kalau benda itu atas nama HUTANG!

Cerita pasal orang gagal, selalu jugak aku dengar. gagal dalam bercinta, gagal dalam rumahtangga (mati pucuk?) gagal dalam perniagaan. Semuanya lah. Tapi aku lebih fokuskan pada perniagaan yang gagal.

Kenapa?

Kegagalan bukan melemahkan. Sebaliknya, dengan kegagalan baru kita nampak secara keseluruhan mengapa kita gagal. Kira-kira seperti kau ber-experimental dengan 1 perniagaan, then kau gagal. Lebih kurang lah.

Aku ada pengalaman serupa itu 3 tahun lepas. Dan aku dapati, banyak pengajaran dari pengalaman tersebut. itulah pertama kali aku gagal dalam bisnes. Walaupun tak banyak rugi (hampir RM10 ribu) tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk buat business yang lain.

Seperti?

Aku suka ambil gambar dan passion on it. So, aku kerah segala minat+keringat untuk bangun semula. Then, aku juga ada ilmu dan pengetahuan dalam editing+sosial media. Aku guna semua kudrat yang ada di setiap ruang minda+ilmu tuk aku turn it as profit.

yes! PROFIT.

How about you guys?

gambar hiasan

Tuesday, June 12, 2012

Kedai kawan saya by shahroll

Tuesday, June 12, 2012

As salam, hello readers...

Beberapa minggu lepas aku dan Azhazul pergi ke kedai makan kawan aku di Medan Selera, Kuala Langat. Hafiz nama kawan aku ni. Kami bertiga dah kenal sejak sekolah rendah lagi. Lama tak? Hoho! Sebelum membuka kedai makan, perniagaan dia bermula masa menjual ice-blended.

Konsep makanan yang dijual berpaksikan makanan Western+ Ice blended.

Aku dah try 2 menu yang ada di kedainya. Cheese wages & Sosej. Tak lupa juga ice-blended yang menyegarkan mata di malam hari. Ye, aku pergi pada malam hari, tu je lah masa yang aku ada.

sosej banjir! (sayur+mayonis lebih)


Pandangan dalam kedai kawan aku

Kasi buka sikit.. taddaaa!

Kentang Keju yang yummeh! Rasa macam kat KFC siout!

Shoot oleh kawan aku jugak: Azhazul

lapar tak?