Friday, September 06, 2013

Minggu yang mencabar by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, minggu yang "mencabar" bakal berakhir. Sepanjang minggu ni, aku dah 3 malam stay up untuk menyudahkan tugasan-tugasan yang ada. Diantaranya tugasan study (ada masih berbaki, duh!) dan tugasan client serta tugasan-tugasan pejabat yang lain.

Mata dah lebam macam panda.

heyylooo.. HAHA!
photo: Google Image

Tugasan client merangkumi tugasan seperti menyiapkan 2 projek assignment menggunakan Macromedia Director macam aku posting entry lepas. Research & study menggunakan software tu ambil masa juga, tapi Alhamdulillah cepat tangkap penggunaannya. Telah selamat pun deliver assignment tu tepat pada waktunya walaupun mengalami file crash semasa nak publish! 

Sempat recover kembali semula dalam masa 5 jam bersengkang mata dengan bermula dari awal (pedih woo!) bayaran yang dikenakan juga setimpal dengan hasil kerja dan waktu diluangkan.

Selain tu, aku juga perlu menyiapkan slideshow untuk Kursus Jangka Pendek Fotograpi yang akan dilakukan di Kolej Komuniti Klang, Sabtu ni. Aku difahamkan seramai 27 pelajar akan mengikuti kursus berkenaan. Sudah siap tetapi cuma perlu tambah gambar dan sebagainya untuk menceriakan slide. Pengisian? just straight to the point!

Ahad minggu ini (8 Sept) akan berakhirnya kelas BEL313 aku selepas mengambil final test. Alhamdulillah, tak de final exam. Tapi masih seram sejuk juga, belum sempat belek mana-mana yang patut. Lepas balik dari mengajar di Kolej Komuniti, kena berkejar pula untuk assignment lain. Waaahh!

Seorang client tanya malam tadi, "How amazing your life with these at all?"

Senyum dan angguk. HEHE!

enjoy!

No comments: