Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

Panduan Blogger: Blogger yang bagus adalah blogger yang membaca by shahroll

Sunday, May 10, 2015



As salam, hello readers...

Selamat Hari Ibu! Hari ni kan hari ibu, yang seluruh dunia sambut. Tak ketinggalan juga di Malaysia. Terima kasih kepada ibu saya yang menjaga kami semua dari kecik sampailah umur nak cecah 30-an ni kan (tua pulak rasa!) walaupun aku rasa, hari ibu adalah hari-hari adalah hari ibu! hehe..

Ok, now what?

Ermm, buku. Cerita pasal buku, berapa banyak korang, khususnya para blogger habiskan membaca buku dalam sebulan? 1? 2? atau maksimum 3 buah buku setebal 100 pages?

Kalau korang pembaca buku tegar, tahniah aku ucapkan! Sebab korang membantu otak korang untuk berkembang seiring dengan penulisan dalam blog yang korang tulis. Bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca jugaklah.

antara buku yang baru dalam senarai dibaca

Menggunakan baucer buku yang aku dapat, sebab masih bergelar pelajar UiTM dalan jurusan Office Management. Habis dalam RM100 untuk 3 buku dan 1 Al-Quran. Aku membeli mengikut keperluan yang diperlukan otak untuk penghadaman naskah buku yang baik bagi pengembangan sel-sel otak untuk berhubung satu sama lain.

1) Al-Quran yang ada hadis, tawjid dan juga tafsir (aku suka!)

2) Pencetus Minda Jutawan- untuk aku meningkatkan semangat juang dalam berniaga

3) Chicken Soup for the soul- Berfikir Positif, antara buku yang bagus untuk korang miliki sebab banyak cerita pendek yang membakar motivasi kornag untuk lebih berjaya!

4) Pemikiran Tuan Guru (Nik Aziz Nik Mat)- Model pembangunan Islam bersama pemikiran yang terkandung dalam diri Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (sedekahkan Al-Fatihah...)


Apa buku korang baca?




Tuesday, April 01, 2014

The Social Customer: Eksplorasi bersama Adam Metz by shahroll

Tuesday, April 01, 2014



As salam, hello readers...

Hello! Apa khabar? Harap sihat sentiasa dan dirahmati oleh Allah SWT. Rasanya aku dah lama tak keluarkan post entry pasal review buku kan? Maklumlah, aku buka setiap bulan beli buku. Ada buku yang menarik, aku pasti kongsikan bersama pembaca blog dan rakan-rakan.

Ada satu buku yang mana setiap pengendali online shopper tak kira pakai apa-apa medium sekalipun (FB, Twitter, Instag etc) patut ada senaskah buku hasil tulisan Adam Metz.


Macam aku punya buku pulak gaya pose tu eh? HEHE!

Adam Metz ni dah berusia sebenarnya. Lahir pada 1977 (lebih kurang umurnya 37 tahun!) tapi dia mempunyai syarikat konsultan iaitu Metz Consulting. Dia punya cerita pembukaan (introduction) 5 muka surat! ko bayangkan....

Dalam introduction macam-macam dia cerita pasal diri sendiri. Seronok lah baca tentang pengalaman orang yang sebelum tu "nothing" dalam skop pemasaran & jualan

Buku ni berharga RM100 dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Barisan Nasional (aku pakai Baucer Buku 1 Malaysia) dan terima kasih DS Najib Razak masih beri aku BB1M tu ya!

penulis buku: Adam Metz


Wednesday, January 08, 2014

Jutawan Senyap hasil tulisan Chef Li, membarakah semangat untuk berniaga? by shahroll

Wednesday, January 08, 2014



As salam, hello readers...

Selama 4 hari aku habiskan masa untuk membaca buku hasil tulisan Chef Li yang bertajuk, "Jutawan Senyap" memberikan aku pelbagai idea dan motivasi untuk terus melangkah ke dunia perniagaan (I'm already in business!) dengan kuat dan yakin!

Tapi ada sesuatu yang belum aku capai menurut Chef Li, aku belum 100% komited dengan perniagaan aku sendiri!

terima kasih Chef Li atas penerbitan buku ini...

Oleh kerana aku usahakan perniagaan aku secara part-time, aku masih ditakuk lama sebab aku ada komited lain. Memang betul pun, kalau dilihat progress aku dari 2007 sampai sekarang, seperti di "takuk yang lama"

Adakah aku sendiri yang tersilap strategi atau pemasaran yang pasif? Adakah perniagaan aku yang salah? Aku salah memilih? Ohh.. aku perlukan masa untuk review balik perniagaan aku.

Lagi, aku merasakan fokus untuk satu-satu bisnes itu penting. Yerp, bagi aku kalau semua benda nak buat/cuba, memang tak pergi kemana. Aku sendiri mengalami situasi yang diceritakan oleh Chef Li. Tepat ke muka!

Dari bab 1 hinggalah ke bab 8 serta rumusan yang dibuat, memang memberikan kesan dan impak dalam gaya aku berfikir. Semestinya perniagaan itu untuk semua orang, tetapi bukan semua orang boleh buat business =)

Aku rasa, korang yang belum ada buku ni, patut beli dan baca. Yang dah ada perniagaan tu, boleh juga baca buku ni untuk mendapatkan ilham-ilham dan motivasi dari yang pakar.

Chef Li, you my idol now!!

enjoy!


Wednesday, November 14, 2012

(Book Review) Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary: A Biography by shahroll

Wednesday, November 14, 2012



As salam, hello readers...

Memiliki dan membeli senaskah buku seorang yang mempunyai kekuatan dan kepakaran dalam bidang perniagaan cukup berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk membeli "ilmu" yang terkandung di dalamnya hasil daripada penulisan dan penyelidikan dari Premilla Mohanlall.


senaskah: RM19.90

Bukan tertumpu kepada perniagaan yang kita tahu Tan Sri Syed Mokhtar sekarang seorang tycoon Melayu dalam bidang keusahawanan, tapi lebih daripada itu. Bagaimana bapanya yang tidak tahu membaca dan menulis menjadi peniaga lembu, adik beradik Tan Sri, Ibu Tan Sri sebagai teras motivasi dirinya dan bermacam-macam lagi kalau ditulis dalam blog ni, tak cukup untuk disampaikan.

Buku ini ditulis 100% dalam English. Walaupun begitu, penggunaan English yang simple setelah membaca beberapa chapter dalam buku ni. Agak teruja bila penceritaan dimulakan dengan sejarah awal pendidikan Tan Sri Syed Mokhtar dan seterusnya banyak menjurus kepada negara dan isu pada waktu itu.

Apa chapter yang ada?

AWESOME chapter yaw!

Aku baru sampai pada chapter 3. Punyalah struggle nak habiskan 1 malam, tapi tak sempat. Mata punya berat tak boleh nak tahan. Plus, ada beberapa siri seminar aku nak anjurkan pada bulan 12 ni. Little bit busy with my life now, but Alhamdulillah that my way I'm choose =)

Dapatkan buku HEBAT ni toko-toko buku yang berhampiran dengan anda...

enjoy!

Monday, August 27, 2012

Review web: Goodreads networking! by shahroll

Monday, August 27, 2012


As salam, hello readers...

Selamat pagi Malaysia! Alhamdulillah, kembali ke pejabat kita pada minggu ni. Rasa memang ramai yang "liat" nak bekerja kan? HAHA! Apa pun, raya masih ada lagi untuk mengunjungi rakan-rakan dan juga saudara-mara.

Pernah tak korang melihat 1 website pasal review buku?

Ok, this my story. Aku memang suka membaca tak kira secara fizikal ataupun ebook. Mana-mana pun boleh asalkan penulisannya bagus dan isinya padat. Tapi aku lebih suka membeli buku di toko-toko buku yang berhampiran.


Tapi disebabkan teknologi dah terlalu bagus, ebook juga menjadikan aku seorang pembaca tegar depan PC. Selain Google Scholar dan Slideshare, Goodreads satu medium yang terbaik untuk pencinta ilmu (buku)

Profile aku di Goodreads: Shahroll

Goodreads ni menghimpunkan review buku dari seluruh dunia. Kalau korang nak tahu pengisian buku yang korang berhajat nak beli, korang boleh baca reviewnya dalam web ni. Lebih kurang macam IMDB untuk review filem-filem Hollywood tu.

Untuk baca blog goodreads, sila ke SINI. Korang akan terkejut dengan angka yang mereka perolehi.

enjoy!

Sunday, January 29, 2012

Book...book... read...read... by shahroll

Sunday, January 29, 2012

The facts of business life are simple. If you dont't sell, you don't survive. It doesn't matter how wonderful your product or service is... Or how low your price is... Or how many superior features you prefer... Or how fast and friendly your customer service may be... Or how noble your intentions are.

Great book!: BUY

Enjoy!