Tuesday, August 26, 2014

My great birthday partyyyyyy!! by shahroll




As salam, hello readers...

Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku masih lagi bisa menulis diruangan kecil dalam blog kesayangan ramai. Ecceh! agak lama tak update sebab banyak aktiviti dan kerja perlu aku siapkan. Paling tak sabar nak update pasal program YOK REWANG anjuran Tourism Malaysia Johor tempoh hari. Banyak memori indah bersama rakan-rakan baru disana. Itu aku cerita kemudian eh?

Aku balik dari Johor, pada malam 21hb ogos. Aku park kereta di Kementerian Pelancongan dan masa tu aku tengok jam dah pukul 9.00 malam. Dengan takde duit dalam dompet, gagahkan diri nak cari ATM Maybank dekat Putrajaya. Kalau tak cam ne aku nak bayar toll? huhu, sadis!

Di ringkaskan cerita, aku balik ke rumah lebih kurang jam 11.30 malam. Ada setengah jam lagi untuk masuk 22hb Ogos. Yelah, kebiasaannya birthday aku tak de pape yang special pun. Ucapan dan doa tu adalah. Tetapi berbeza dengan tahun ni (maklum lah, dah tua kot?) hehe...

pelbagai juadah disediakan.. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada mak aku yang memahami anaknya yang sedang kelaparan walaupun dah berhenti di RnR untuk makan, perjalanan dari Johor ke Putrajaya memang boleh buat perot lapar balik! Aku disajikan dengan "kek" pulut kuning pada ulangtahun ke 27 kali ini. Syukurlah, masih diberi peluang sehingga kini.. Syukur ya allah...

Thanks juga kepada adik-adik aku & mak yang beri hadiah sebuah henset Nokia yang baru, dan nombor tu aku letak nombor Celcom. Mak aku ada nombor Celcom, so boleh jimat kat situ =)

Terima kasih juga kepada rakan-rakan Facebook yang wish, rakan-rakan Twitter, rakan-rakan WhatsApps. Terima kasih atas ucapan dan ingatan korang!

Sehingga jumpa pada harijadi aku yang akan datang (dengan izin Allah), aminn...

enjoy!


No comments: