Showing posts with label business card. Show all posts
Showing posts with label business card. Show all posts

Friday, January 09, 2015

Kepentingan menyimpan kad bisnes untuk perniagaan anda! by shahroll

Friday, January 09, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, mata masih segar selepas bertemu dengan rakan di Subaidah Nasi Kandar, Bayu Perdana. Perbincangan santai sehingga ke perbincangan untuk perniagaan (untuk shooting video & montage business) memberikan aku ilham untuk aku menulis dalam blog pagi-pagi buta ni..

Korang simpan kad business orang lain?

Sekiranya korang ahli perniagaan yang tegar dan bagus, mesti korang simpan kad business tu kan. Bukan setakat menghargai kad-kad cantik yang mereka telah cetak dengan kos yang mahal dan berikan kepada kita, tapi lebih dari itu

antara kad business yang aku kumpulkan sejak 8 tahun lepas

Pelbagai kad business aku dapat dan berjumpa dengan mereka yang terlibat dengan pelbagai perkhidmatan yang diberikan. Kadang-kadang aku main ambil je dekat meja-meja masa sesi networking berlangsung seperti di seminar atau hotel. Mungkin satu hari nanti, kita perlukan perkhidmatan mereka kan? mana tahu...

Aku pergi kedai kereta, aku ambil satu. Aku pergi butik baju, aku ambil satu. Boleh kata mana je aku pergi kalau ada kad business, aku simpan. Boleh jugak buat "database" untuk aku invite ke kelas atau seminar yang bakal dan aku langsungkan

Kalau korang, macam mana?



Tuesday, December 13, 2011

(Gambar) Business card design (SH iMAGE) by shahroll

Tuesday, December 13, 2011

As salam, hello readers...

Kepentingan kad perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Selain dapat mempromosikan apa yang kita sediakan untuk perkhidmatan (services) kepada bakal pelanggan kita. Dengan memberikan sekeping kad, sudah memadai untuk menyampaikan informasi tentang diri kita.

Sebab tu, semalam aku ada design business card yang baru. Bukan biz card yang selalu aku bagi kepada bloggers. Selalunya aku bagi kad warna pink (untuk photographer) tapi agak pelik pulak bila ber-event dengan bloggers bagi kad serupa itu.

Lalu aku buat sekeping kad yang simple;

background kad warna putih..

Dah macam Mykad korang tengok kad biz aku ni eh? Sebab ada gambar ala-ala korporat sikit (senang orang nak kenal nanti). Aku rangkumkan semua services yang aku buat dalam kad ni, tak lah specific macam biz kad yang lama.

Kad biz yang lama (Designer yang buat) aku buat simple jek.. hehe

Belum terfikir nak hantar print. Ada dalam 2-3 design aku buat, tapi gambar tu tetap ada lah (market!!) HAHA. Ada single side promosi RM50 dapat 5 kotak, memang puas hati lah kalau dapat 5 kotak kan? Ada kawan dalam Facebook buat biz printing.

Ada komen pasal biz kad aku?