Friday, January 09, 2015

Kepentingan menyimpan kad bisnes untuk perniagaan anda! by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, mata masih segar selepas bertemu dengan rakan di Subaidah Nasi Kandar, Bayu Perdana. Perbincangan santai sehingga ke perbincangan untuk perniagaan (untuk shooting video & montage business) memberikan aku ilham untuk aku menulis dalam blog pagi-pagi buta ni..

Korang simpan kad business orang lain?

Sekiranya korang ahli perniagaan yang tegar dan bagus, mesti korang simpan kad business tu kan. Bukan setakat menghargai kad-kad cantik yang mereka telah cetak dengan kos yang mahal dan berikan kepada kita, tapi lebih dari itu

antara kad business yang aku kumpulkan sejak 8 tahun lepas

Pelbagai kad business aku dapat dan berjumpa dengan mereka yang terlibat dengan pelbagai perkhidmatan yang diberikan. Kadang-kadang aku main ambil je dekat meja-meja masa sesi networking berlangsung seperti di seminar atau hotel. Mungkin satu hari nanti, kita perlukan perkhidmatan mereka kan? mana tahu...

Aku pergi kedai kereta, aku ambil satu. Aku pergi butik baju, aku ambil satu. Boleh kata mana je aku pergi kalau ada kad business, aku simpan. Boleh jugak buat "database" untuk aku invite ke kelas atau seminar yang bakal dan aku langsungkan

Kalau korang, macam mana?



No comments: