Friday, December 13, 2013

Homemade Pizza "Apartment Pizza" by shahroll




As salam, hello readers...

Selsema+batuk makin menjadi. Allah.... dengan hidang teh panas tanpa gula, rasa sedikit rasa selesa di tekak. Walaupun camni, aku terus menulis sebab aku suka nak share cerita dengan korang semua =) harap tak demam sebab Sabtu ni aku ada kelas mengajar blog perniagaan di Kolej Komuniti Klang

Alhamdulillah, hajat aku nak buat pizza di rumah tercapai. Dan lebih seronok makan bersama family. Ada 2 keping pizza telah dihidang hari ni dan menunya sama saja iaitu Crab & Chicken Delight (nama nak best je! haha..)

My sister yang ambil gambar ni, thanks Azza!

Dough yang aku buat, agak sedikit kurang menjadi untuk pertama kali mencuba. Keras dan agak liat. Ini dikomen oleh mak aku sendiri sebagai "Great Tester" aku dirumah. Apa-apa komen yang keluar, aku cuba untuk improve for the next time. Yup, buat dough pizza pun ada skill juga ya =)

Antara topping yang aku gunakan untuk buat my "Apartment Pizza

Aku gunakan bahan-bahan yang segar dibeli dari Giant Klang. Antaranya cili benggala hijau dan merah, chicken luncheon, stick crab, daging lembu Ramly, Italian Herbs, tomato, Dolmio dan Cheese. Semua barang tersebut dalam RM55 untuk modal permulaan.

Kenapa aku guna terms "Apartment Pizza" ni?

Aku nak jadikan ianya satu brand. Disebabkan aku tinggal disebuah apartment, maka aku ingat nak pakai nama ini bila aku nak mulakan perniagaan jualan pizza, khas ni apartment ini. Sebagai permulaan aku sasarkan jualan disini saja dulu. Ok kan? Sebab disini pun dah ada 4 block apartment, tambah lagi ada 4 tingkat. Lumayan juga tu ($$$) hehe...

Aku belum rangka apa-apa lagi. Just in my head fikir pasal benda tu. Hope lepas aku sihat ni, aku boleh lah fikir kedepan pasal hal ni.

Ok guys! aku dah mula sejuk gila dah ni, hope tak demam la esok.. see again, adios!

enjoy!


2 comments:

Cik Lily Putih said...

shahroll,

cam sedap je...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

CLP:

HEHE! kuah dia memang sedap, cuma dough dia agak keras sikit.. haha...