Showing posts with label business online. Show all posts
Showing posts with label business online. Show all posts

Wednesday, December 23, 2015

Bagaimana nak dapatkan Fiverr Revenue Card dalam Fiverr akaun? by shahroll

Wednesday, December 23, 2015



As salam, hello readers...

Dah lama aku tak bercerita pasal buat dari Fiverr ni kan? Tapi korang boleh refer balik pada post-post lama kat tag FIVERR ni ye? Banyak dah aku kongsikan. Kali ni aku nak share dengan korang pasal, macam mana nak dapatkan Prepaid Mastercard dari Fiverr yang dijanakan bersama Payoneer, sebagai rakan kongsi mereka.

sedikit informasi tentang Fiverr Revenue Card

Kad yang bakal aku terima nanti, sama seperti diatas. Dimaklumkan, pada Januari 2016 nanti baru aku akan terima kad tersebut dari United Kingdom (UK), buat masa sekarang mereka sedang review permohonan aku setelah selesai membuat pendaftaran beberapa hari lalu.

Kad yang dihantar melalui postage biasa (regular mail) dan mengambil masa selama 12 hingga 25 hari bekerja (luar United State)

Di stage ke-2 untuk mendapatkan prepaid mastercard

Buat masa sekarang, akaun Payoneer belum lagi diaktifkan. Payoneer ni memang banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat di United State dan juga Europe. Antara syarikat yang mengeluarkan kad mereka bersama Payoneer adalah seperti dibawah;

Antara syarikat yang menggunakan Payoneer sebagai rakan kongsi mereka

Ok, dah kenal apa itu FIVERR dan juga PAYONEER kan? Fiverr sebagai platform untuk menjana duit dari US, dan Payoneer sebagai bank international yang boleh digunakan di Malaysia. Bila aku dah dapat kad tu nanti, aku buat tutorial ya?

Bagaimana aku memohon Fiverr Revenue Card ni?
Bila korang dah register dengan FIverr untuk menjual perkhidmatan yang korang boleh buat, dalam section "Revenue" akan ada pilihan samada nak keluarkan duit tu dari Paypal, Fiverr Card atau Bank Transfer. Dulu Fiverr cuma bagi Paypal dengan Fiverr Card saja, Bank Transfer ni baru lagi.

button Fiverr Card tu kelabu sebab nak tunggu aku activated kan kad nanti

Apabila korang memilih untuk keluarkan duit dengan Fiverr Revenue Card ni, dia akan bawa korang ke page Payoneer tu untuk sign up. Jangan terkejut pulak ye, sebab logo Fiverr akan ada di sebelah kiri, bermakna korang mintak prepaid mastercard tu under Fiverr.

Dan lepas tu, ikut je arahan yang dorang suruh utnuk isikan seperti nama penuh, alamat untuk hantar kad dan sebagainya. Fees yang dikenakan oleh Payoneer kepada pemegang kad baharu adalah seperti berikut;

cuma USD5 untuk mengaktifkan kad

Kalau korang masih tak jelas dengan penerangan aku dalam post entry ni, boleh email aku kat shahrollphoto@gmail.com k? Aku cuba terangkan kat korang, kalau berminat lah nak tahu lebih lanjut.

enjoy!




Thursday, August 20, 2015

Outsource your Social Media Manager? by shahroll

Thursday, August 20, 2015




Masa sangat berharga kepada usahawan online. Masa untuk mengembangkan perniagaan adalah lebih penting dari menguruskan akaun media sosial yang perlu anda uruskan.

Biarkan team SH Network Media yang pakar dalam strategi, pemasaran online dan engagement dalam media sosial.

Email kepada kami: shahrollphoto@gmail.com atau fast respond: 012-3437359 (SH Network Media)




Thursday, August 13, 2015

Peluang perniagaan Melayu: Popia Simpul Cinta agen diperlukan! by shahroll

Thursday, August 13, 2015



As salam, hello readers...

Lama dah aku tak tulis tentang Popia Simpul Cinta ni kan? Alhamdulillah, masih ada dan pembuatnya pula sekarang ni dah menambah cabang business nya dengan menjual set baju couple dengan pelbagai warna menarik.

popia simpul cinta bersaiz kecil (275 gram)

Kami mengalu-alukan anda sebagai pemborong dan agen baru kami dalam memasarkan produk Popia Simpul Cinta yang diusahakan. Kapasiti untuk membuat popia simpul adalah berdasarkan homemade based iaitu, kami menghadkan beberapa balang untuk setiap agen memborong popia simpul dari kami.

Setiap agen kami mampu membekalkan 20 balang dalam setiap 1 masa.

rangup & kurang berminyak!

Jika berminat untuk memasarkan produk kami dan memborong, boleh rujuk di SENARAI AGEN dan boleh hubungi nombor henset yang tertera.

enjoy!




Monday, May 04, 2015

FIVERR: Service kedua untuk akaun fiverr! by shahroll

Monday, May 04, 2015



As salam, hello readers...

Hari ni aku masukkan perkhidmatan baru aku di dalam akaun FIVERR. Setelah GiG pertama aku berjaya membuahkan hasil, aku berganjak ke peringkat seterusnya. Service kedua aku, masih berkaitan dengan social marketing di dalam blog ini.

screen shot services

Kalau anda mahu melihat services ini di akaun FIVERR aku, sila ke profile shahrulhairy. Disitu, anda akan melihat ayat English aku yang kelaut, tapi boleh paham kot eh? HEHE!

Apa yang aku tawarkan kali ni?

Ok, seperti di keterangan disana, aku menyediakan platform untuk para peniaga mempromosikan produk atau services mereka di dalam blog aku. Tidak seperti GiG pertama, aku hanya memberikan BLOG MENTION sahaja, tidak spesifik kepada perniagaan tersebut.

Hanya 2 post entry sebelum ini dari FIVERR aku promo untuk post entry.

Dengan kekuatan blog ini, aku yakin dapat memberikan kepuasan dan penjenamaan kepada business owner yang mahukan BOOST SALES dari perniagaan mereka. Untuk direct contact, boleh whatsapps aku di: 0123437359 (SH)

enjoy!



Tuesday, March 10, 2015

(ads) Google Seminar Series For SMEs: Analytics for Online Strategies and Growth

Tuesday, March 10, 2015




FREE ADMISSION!!
Come & Join US

For further information, please contact : 
Mr. Mohamad Firdhouse Tajuddin (firdhouse@smecorp.gov.my) @                   03-2775 6114

Event Date: 
Thursday, March 12, 2015

***********************

Ok guys! Aku akan pergi ke event ni. Dah email pun Tuan Firdhouse siap booking tempat lagi kau! Sebab apa aku beriye nak pergi ni? Sebabnya, aku baca tentatif programnya cukup padat dengan ilmu-ilmu yang boleh kita ambil untuk absorb dalam perniagaan kita, lebih-lebih di era digital ni.

Aku akan ke sana menaiki train KTM dan dia sebelah bangunan KL Sentral sahaja. So no need aku nak tempuh jammed apa ke bagai.

Alamatnya:

DEWAN PERDANA, ARAS 5, BLOCK B
SME CORP MALAYSIA



jumpa kat sana!




Monday, April 14, 2014

Banana Cupcake pisang berangan? find out here! by shahroll

Monday, April 14, 2014



As salam, hello readers...

2 hari berada di kampung, cukup buat aku dan keluarga fresh kan kembali sel-sel otak yang lama tepu. Dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti memetik buah mangga, kelapa tua, tanam pokok pisang, melawat saudara-mara dan lepak di sawah-sawah. Cukup best!

Itu aku akan ceritakan kemudian.

Now, aku nak cerita pasal banana cupcake. Wak (makcik saudara) aku adalah seorang peniaga pisang. Pelbagai pisang actually. So, kebetulan masa aku balik ke kampung, pisang berangan dia banyak. Sangat banyak. Maka, dia pon bagilah 2 plastik penuh untuk kitorang makan.

pisang berangan

Disebabkan banyak lepas tu dekat-dekat nak busuk, daripada dibuang saja kan rugi? Jadi, mak aku pun kupas mana yang masih elok lagi then diadun untuk buat "banana cupcake" yang comel-comel itu.

Inilah hasilnya;

Banana Cupcake pisang berangan

Rasanya macam mana? Jujurnya, aku sendiri tak sempat nak makan walaupun dah 2 hari cupcake ni disimpan. Yes, 2 hari masih lagi boleh dimakan. Tahan kan? mungkin cara adunan atau masak mempengaruhi ketahanan cupcake tersebut.

Bapak aku berkata, 'Ni boleh jual kat kantin ni, orang suka makan'. Terdetik pada saat itu, aku pun cadang nak jual dan memasarkan cupcake ni. Mak aku macam setuju aje, walaupun untuk kecil-kecilan saja.

Mungkin boleh test-run di kilang kantin bapa aku kerja. Ada sambutan boleh luaskan lagi.

Antara cupcake yang aku sempat Google (sekadar contoh);



enjoy!


Thursday, December 26, 2013

Perkhidmatan Suntingan VideoClip dalam Sony Vegas by shahroll

Thursday, December 26, 2013



As salam, hello readers...

Hai korang! Alhamdulillah, lepas aku siapkan kerja editing dalam Sony Vegas untuk slideshow gambar perkahwinan Daus dan Nisa setelah komputer aku di format dan install kembali Sony Vegas 10 aku. Dengan "nafas" yang baru, aku mula membuat template yang baru juga. Alhamdulillah, selesai satu kerja...

Aku nak mulakan business baru...

Bisnes apa tu?

Gambar Ihsan: 

Aku dah lama menggunakan Sony Vegas dan aku nak berikan perkhidmatan editing video/gambar yang anda diluar sana mahu di sunting dalam bentuk slideshow dan ditambah dengan lagu-lagu pilihan anda sendiri. Jika punyai video, boleh juga aku edit kan. Secara ringkasnya;

1) Jika ada footage video untuk majlis perkahwinan ke khatan ke, Anniversary ke boleh minta pada aku untuk di edit yang tak lebih dari 20 minit atau...

2) Punyai koleksi gambar (seperti event diatas) untuk aku edit yang tak lebih dari 10 minit

Hasil kerja macam mana? Bagus ke?

Sunday, November 24, 2013

"Berniagalah walaupun anda sudah kaya" by shahroll

Sunday, November 24, 2013



As salam, hello readers...

Quote atas tu bukan dari aku. Tapi dari seorang tokoh terkenal Sheikh Hassan Al-Bana yang menjadi founder untuk Ikhwanul Mukminin. Bila nampak quote ni, aku yang berdarah "suka berniaga" ni, bila down aje, baca quote ni penambah semangat.

Ya, aku akui berniaga tu susah.

Susah macam mana? susah kalau korang MALAS! penyakit ni paling utama. Takde jalan senang untuk berjaya dalam business kecuali korang langgar etika berniaga. Tak pun, tipu orang? itu cepat sket la korang nak kaya, tapi hidup dalam makian dan cacian orang, nak?

Jadi, aku yang masih bertatih dalam bidang bisness ini walaupun dah 8 tahun bergelumang dengan pelbagai cabang bisness, MLM pon aku pernah buat. Sejak dari tingkatan 3 aku suka cari duit sendiri tanpa harapkan duit dari mak bapak.

Terima kasih Allah meminjamkan aku kesihatan yang baik dan peluang yang bagus. Jika iaNya tidak mengizinkan, siapalah aku sekarang =)

OK, sambung buat custom album wedding. Melalut panjang-panjang tak siap kerja. HAHA! adios...

nak tahu apa cerita ni? follow my Instagram

enjoy!



Wednesday, October 02, 2013

Tips bagaimana untuk memulakan perniagaan online part #1! by shahroll

Wednesday, October 02, 2013



As salam, hello readers...

Memiliki sebuah perniagaan "maya" iaitu dalam online merupakan idaman bagi mereka yang tidak mahu memikirkan kos-kos utama seperti sewa kedai, utiliti bil dan sebagainya. Dengan menggunakan medium online, dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh peniaga.

Namun, pasti korang terfikir, bagaimana langkah awal nak masuk dalam perniagaan online ni? Bagaimana risikonya? bagaimana keuntungannya? Ada beberapa soalan untuk aku tanya pada korang;

1) Sudahkan melengkapkan diri korang dengan dunia ilmu perniagaan online?
2) Produk apa yang korang nak pasarkan?
3) Siapa target market korang?
4) Adakah supplier korang boleh hantar barang on time?
5) Apa medium yang perlu digunakan?
6) Siapa penghantar parcel yang terbaik?

Itu antara soalan-soalan yang popular aku tanyakan jika ada orang perseorangan atau syarikat-syarikat kecil berurusan dengan aku untuk sesi perundingan tentang penjualan online. Kalau semua ada jawapannya kepada korang, maka korang dah melepasi satu sesi "Research Market" sebelum korang terjun dalam bidang ni. syabas!

Seterusnya apa?

Seterusnya adalah merangka strategi pemasaran dengan menyediakan bahan-bahan seperti gambar produk, penyampaian dalam website, designing, logo syarikat (branding) semua ini penting bagi memastikan perancangan korang nak menjual tercapai.

Sebagai contoh, Online retailer terkemuka macam Zalora.com.my menjadi inspirasi kepada semua peniaga-peniaga online kerana kualiti penyampaian dalam website menepati target market yang disasarkan. Dari pakaian wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Gambar-gambar yang diletakkan juga memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat pelayar web bertukar menjadi pembeli produk korang.

contoh banner promosi yang digunakan

Jika korang rasa tak cukup kreatif untuk melaksanakan tugas-tugas designing, jangan risau. Banyak freelancer yang boleh korang hired untuk mendapatkan design yang professional tanpa memeningkan kepala anda. Cari dalam Facebook, banyak! Dengan itu, dapat menjimatkan masa dan boleh buat perancangan yang seterusnya.

Post ini akan bersambung di part #2

I'm proud to be Social Media Manager (SMM)

enjoy!

Sunday, September 22, 2013

Blog Development & SEO Services by shahroll

Sunday, September 22, 2013



As salam, hello readers...

Mempunyai sebuah blog dan social media yang lainnya adalah menjadi kemestian jika mahu berada di kelompok dunia online untuk anda dikenali ataupun menjual barangan di online. Blog menjadi pilihan utama kerana, blog boleh diumpamakan sebagai sebuah "rumah" yang menempatkan segala kandungan isi di dalam blog tersebut untuk disampaikan kepada umum (dunia)

Ditambah pula dengan peranan SEO dalam membantu meningkatkan kedudukan blog di dalam Google Index, pastinya menjadi misi utama setiap mereka yang mempunyai blog


Gambar: Google Image

Atas kesedaran ini, saya telah membuka perkhidmatan pembangunan blog samada bagi tujuan personal mahupun perniagaan dengan kadar bayaran yang sungguh berpatutan dengan apa yang ditawarkan

Apakah pakej yang ada?

Saturday, July 21, 2012

(shopping online) Zalora.com pusat membeli belah online terbaik! by shahroll

Saturday, July 21, 2012


As salam, hello readers...


Tumbuhnya pusat membeli belah online seperti "cendawan yang tumbuh lepas hujan" membanjiri dalam dunia online. Aku pasti, keadaan ini disebabkan permintaan yang tinggi terhadap pembelian online dari masyarakat yang rata-rata suka melabohkan punggung atas kerusi dan mengadap PC untuk membeli barang yang mereka perlukan.


Pernah dengar pasal ZALORA?


Zalora ada di 8 buah negara seperti di Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, Phillipine, Vietnam, Taiwan dan juga Hong Kong. Semuanya sekitar di Asian.


paparan muka web: Zalora dot com

Apa korang nak carik? semua ada dalam web ni. Ada ruangan untuk Lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. Pelbagai items yang dijual termasuk peralatan sukan yang berkualiti.

Right now dah start promosi baju raya. So, apa lagi?

enjoy!

Saturday, June 16, 2012

Gambar blur? JANGAN DELETE! by shahroll

Saturday, June 16, 2012


As salam, hello readers...


4 jam tanpa henti melakukan aktiviti jari+minda kreatif (edit gambo kawen) membuatkan aku rindu nak update blog. Ecceh! padahal hari-hari je aku update kan? dalam banyak-banyak gambar yang aku edit tu (disunting lebih 1k gambar) ada lah 20-30 gambar yang blur.


Apa itu gambar blur?


Tafsiran: Gambar blur adalah 1 gambar dimana titik fokus tidak mengenai subjek utama secara tepat atau meletakkan titik fokus berkenaan pada subjek lain selain subjek utama (shahroll wiki)


Ayat aku yang paling simple tuk aku beri pemahaman serba sedikit pada korang. Nak lebih detail, cari blog-blog fotographer tersohor Malaysia. Ayat baku k? HAHA!




Pada newbie dalam bidang fotograpi, jangan main sedap nak buang gambar-gambar yang blur tu. Baik simpan. Ada kegunaan dia sebenarnya. Pernah dengar pasal "Art of blur" tak? Meh aku kasi link yang best tuk kornag lihat;



Terus-terang aku katakan awal pembabitan aku dulu serupa jugak macam korang. Happy Shutter. Tahu apa makna dia? Shoot suka-suka (betulkan aku jika salah ya) ini lebih kurang macam hobbyist punya style lah. Shoot, then kalau cun gambar tu, dibiar simpan dalam CF card kalau tak, just delete it!

Tak terfikir pula kalau delete tu, serupa membazirkan shutter?

contoh gambar blur aku;

gambar ihsan: Shahroll Photography

Gambar-gambar blur ni selalunya berkait rapat dengan gambar sport (sukan) bagi memberi gambaran terhadap pergerakkan. Contohnya gambar kat atas tu. Fokus utama adalah mamat GK dan perhatikan tangan dan mamat baju putih di sebelah kiri. Tak sharp kan? perlukah aku buang gambar cam ni?

TAK PERLU!

Sebab gambar ini menunjukkan movement (pergerakkan) seorang atlet yang sedang bermain bola keranjang (walaupun bola tak nampak) dan kalau mahir dalam editing, gambar ini perlu dinaikkan level. Itu sahaja.

Ada gambar blur? SHARE di sini =)

enjoy!

Friday, June 15, 2012

Samsung blog? for real? by shahroll

Friday, June 15, 2012


As salam, hello readers...


Terjebak dengan produk-produk Samsung (wishlist: Samsung Galaxy Tab 10.1) membawa aku ke dalam blog Samsung yang aku dapat linknya di Amanz.my pada petang tadi. Setiap posting aku baca. Seronok juga. 


Bagi company yang besar begini, memang patut ada seorang social media manager untuk mengemaskini berita tentang company tersebut.


Sepertinya Samsung alert dengan situasi sekarang dimana penggunaan medium blog dan applikasi social network yang lainnya, ternyata berbaloi. Pengguna boleh terus mendapatkan pengesahan dan penerangan secara terus di dalam blog rasmi berkenaan.


Pecinta rank Alexa? lihat dibawah;


Not bad ha?

Isi kandungan ternyata membawa satu kepuasan kepada pembaca, lebih-lebih lagi pengguna tegar produk Samsung. Bagaimana satu-satu produk itu dicipta, di inovasikan dan seterusnya dipasarkan di seluruh dunia.

Diceritakan juga sejarah bagaimana Samsung mengubah haluannya daripada sebuah syarikat yang mengeluarkan semi-konduktur kepada produk-produk yang korang lihat sekarang ni. Dari misi dan visi mereka kita dapat tahu bagaimana mereka membuat langkah kerja yang terbaik sehingga mendapat jolokan "Kuasa Asia no.2" selepas Jepun.

Lanjutkan bacaan korang di blog rasmi Samsung di: SAMSUNG TOMORROW

enjoy!

Sunday, March 04, 2012

Lepak Ahad: Proses pencernaan minda by shahroll

Sunday, March 04, 2012

As salam, hello readers...

Hari Ahad selalunya korang suka bangun lewat sikit kan? mandi pon lewat sket dalam 11 pagi cam tu. Normal lah hari Ahad. But, Ahad kita boleh "olah" jadi hari yang bermanfaat kalau benda yang kita lakukan, kita suka untuk lakukannya.

Sebagai contoh, diri aku lah. Suka membaca+chill out= IDEA

Actually, ni gambar minggu lepas.. =p

Bukan selalu pon dapat "semangat" nak membaca ni. Kadang-kadang je, So, bila dia dah datang, memang cepat la ape yang kita baca dan terus kita implimentasikan. Aku dah hold buku ni dalam 2 minggu yang lalu. Baru habis pasal Online marketing. Berpeluh beb!


"... Today publishers need to see online marketing as part of their overall marketing effort, reinforcing and providing a supporting message, not something that is thought of afterwards. Not having a website is not an opinion' it's an essential, not a luxury..." Nice one!! haha...

Happy Sunday everyone!!

enjoy!

Saturday, October 01, 2011

Mencari bahan mentah dan bermain dengan Akri by shahroll

Saturday, October 01, 2011

As salam, hello readers...

Semalam aku dengan nienashah balik ke kampung (Kuala Selangor) untuk mendapatkan bekalan sukun kampung. Destinasi pertama pergi ke rumah nenek aku dulu. Sebab mak kata, dekat rumah nenek ada banyak sukun! Memang banyak pun, dapat lah dalam 10 biji cam tu.

Pokok sukun berhampiran dengan rumah nenek..

Seronok jugalah sekali sekala mengait buah sukun. Berpeluh habis! Al-maklum, selama ni tahu makan dan beli je. Now, ambil sendiri lebih bagus. Dari segi kualiti kita boleh control lagi la. Kalau beli dekat pasar, takut sukun tua pulak yang dapat. Tak sedap nak buat kerepek!

Antara sukun yang dikumpul semalam... =)

Dalam bonet kereta...

Actually aku ada 2 tempat ambil sukun. Lepas rumah nenek aku, aku pergi ke rumah saudara (Wak belah mak). Kat rumah dia memang banyak buah sukun. Maklum lah kat kawasan sawah padi, aku lihat memang banyak pokok sukun. Cuma aku tak tahu siapa owner pokok tu. HAHA..

Nenek sibuk potong batang keladi.. buat masak asam pedas sedap!

Kat belakang rumah nenek banyak batang keladi.. yummm3!

Then, lepas dah setel semuanya aku ke rumah Wak aku di block M (sawah sempadan) sebab nak hantar kerepek peket yang kecik tu. Buat tester katanya.. Aku lepak rumah wak tak lama, tapi sempat la nak bermainmanjasamasikecik Akri nama dia (ejaan sebetulnya aku tak tahu) huhu~..


cute kan? ishhhh geram aku ngan budak2/baby cute ni.. hohoho~

Yang best pasal Akri, dia ok je ngan orang yang dia jarang jumpa. Sesetengah budak kalau dia tak biasa, dia nangis kan? Akri tak. Makin suka kalau di dukung-dukung atau di pelok. huhu, best la kau Akri. Aku ngan Akri kira aku pangkat Paman lah (Acik) huhu.. (tua da aku dowh!)

Alaa.. Akri buat muka pelik plak.. hohoho~

Dalam jam 7 malam, aku dah gerak balik ke Klang. Sebab esok (hari ni:Sabtu) sukun-sukun tu kena cepat untuk dibuat kerepek! Last but not lease, aku rasa cam best plak kalau aku nek moto skuter, keh3...

MUAHAHAH!!


Tuesday, November 30, 2010

Blog untuk aku melepaskan "nafsu" by shahroll

Tuesday, November 30, 2010
As salam to all,


Kontroversi untuk meningkatkan prestasi! HAHA! salam kenal kepada yang baru lawat blog aku. Enjoy yourself bila lepak lam blog aku nie. Muka tak yah nak serius sangat bila baca posting2 aku k! relex2 sudey.. LOL~


Hermm, blog ape yang selalu aku melempiaskan nafsu tu? huuuu~ ayat "panas" je hari nie kan.. perasan tak? nie semua nak kasik SEO mari aa nie lam blog, law tak haramm aa korang nak datang pat aku, kan? HAHA!


Blog yang aku nak kongsi nie best owh! Siap dah masuk lam paper lagi. Kira feymes la dok?huhu~ Blog aku tah bila lak nak masuk newspaper (perasan!) =P Blog tu adalah blog perkongsian para novelis bergabung dalam satu tempat.



Siapa kaki novel, bukak je blog tu dah dapat baca novel free. Kira ok la kan. Aku dah baca 1 2 novel yang disumbangkan oleh novelis kat sana, and cool jugak lah. Macam korang beli novel kat toko-toko buku jugak.

Paling enjoy, cerpen. Aku suka cerpen (Cerita Pendek) dari zaman sekolah lagi. Aku dapat 1st duit cash RM200 untuk 1st prize untuk Cerpen Juvana (remaja) masa form 3. Kiranya, dari zaman sekolah lagi aku dah mula menulis. Eh bukan, seawal darjah 6 aku dah mula menulis, masa tu aku ada tulis dalam buku sekolah cerita "Monkey Love" dengan "Kerana Zurina". Hilang pulak manuskrip aku tu! =(

Tak pe, aku akan mula menulis balik but mood untuk itu belom ada lagi. Makan masa ah nak amik mood, bukan senang nak menulis owh! Bukan macam tulis blog! HAHA! Sehari nak update 20 entry pon tak de hal, nie nak tulis untuk 1 chapter pon mengigil.. LOL~

Korang kalau nak beli novel online, boleh dapatkan di website Kedai Buku.com. Pelbagai pilihan buku dan novel ada lam website tu. Pandai2 lah korang carik k! =D


As salam...

Tuesday, August 17, 2010

Ads on Shahrulhairy.blogspot.com by shahroll

Tuesday, August 17, 2010
**Please click for enlarge. Thank you

Salam all! =D

Dah baca screen-shot kat atas tu? =D apa? TAK jelas eh? Ok, tak pa korang leh view original posting di SINI. untuk penggemar Fotopages Akudankamu pulak boleh ke SINI

If you want to advertise your blog/website, don't hesitate do email me at shahrollphoto[at]gmail.com

Thank you.