Wednesday, December 23, 2015

Bagaimana nak dapatkan Fiverr Revenue Card dalam Fiverr akaun? by shahroll




As salam, hello readers...

Dah lama aku tak bercerita pasal buat dari Fiverr ni kan? Tapi korang boleh refer balik pada post-post lama kat tag FIVERR ni ye? Banyak dah aku kongsikan. Kali ni aku nak share dengan korang pasal, macam mana nak dapatkan Prepaid Mastercard dari Fiverr yang dijanakan bersama Payoneer, sebagai rakan kongsi mereka.

sedikit informasi tentang Fiverr Revenue Card

Kad yang bakal aku terima nanti, sama seperti diatas. Dimaklumkan, pada Januari 2016 nanti baru aku akan terima kad tersebut dari United Kingdom (UK), buat masa sekarang mereka sedang review permohonan aku setelah selesai membuat pendaftaran beberapa hari lalu.

Kad yang dihantar melalui postage biasa (regular mail) dan mengambil masa selama 12 hingga 25 hari bekerja (luar United State)

Di stage ke-2 untuk mendapatkan prepaid mastercard

Buat masa sekarang, akaun Payoneer belum lagi diaktifkan. Payoneer ni memang banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat di United State dan juga Europe. Antara syarikat yang mengeluarkan kad mereka bersama Payoneer adalah seperti dibawah;

Antara syarikat yang menggunakan Payoneer sebagai rakan kongsi mereka

Ok, dah kenal apa itu FIVERR dan juga PAYONEER kan? Fiverr sebagai platform untuk menjana duit dari US, dan Payoneer sebagai bank international yang boleh digunakan di Malaysia. Bila aku dah dapat kad tu nanti, aku buat tutorial ya?

Bagaimana aku memohon Fiverr Revenue Card ni?
Bila korang dah register dengan FIverr untuk menjual perkhidmatan yang korang boleh buat, dalam section "Revenue" akan ada pilihan samada nak keluarkan duit tu dari Paypal, Fiverr Card atau Bank Transfer. Dulu Fiverr cuma bagi Paypal dengan Fiverr Card saja, Bank Transfer ni baru lagi.

button Fiverr Card tu kelabu sebab nak tunggu aku activated kan kad nanti

Apabila korang memilih untuk keluarkan duit dengan Fiverr Revenue Card ni, dia akan bawa korang ke page Payoneer tu untuk sign up. Jangan terkejut pulak ye, sebab logo Fiverr akan ada di sebelah kiri, bermakna korang mintak prepaid mastercard tu under Fiverr.

Dan lepas tu, ikut je arahan yang dorang suruh utnuk isikan seperti nama penuh, alamat untuk hantar kad dan sebagainya. Fees yang dikenakan oleh Payoneer kepada pemegang kad baharu adalah seperti berikut;

cuma USD5 untuk mengaktifkan kad

Kalau korang masih tak jelas dengan penerangan aku dalam post entry ni, boleh email aku kat shahrollphoto@gmail.com k? Aku cuba terangkan kat korang, kalau berminat lah nak tahu lebih lanjut.

enjoy!




No comments: