Showing posts with label kuala selangor. Show all posts
Showing posts with label kuala selangor. Show all posts

Saturday, September 26, 2015

Ada apa dengan Pantai Remis? by shahroll

Saturday, September 26, 2015



As salam, hello readers...

Bagi mereka yang duduk sekitar lembah Klang, mesti tahu Pantai Remis ni kan? Pantai ni terletak di kawasan Jeram (Kuala Selangor) merupakan pantai yang kurang popular berbanding dengan pantai-pantai yang ada di Malaysia. Kalau orang Jeram tu, mesti tahu apa yang ada di pantai ni kan?

udang segar dari penjual di Pantai Remis

Aku dan family singgah disini untuk membeli hasil laut yang ada dijual oleh penjual-penjual kat sini. Hari raya haji, tak ramai yang buka gerai. Ada seorang dua yang membuka gerai ikan basah dan masin. Melihatkan yang membuka gerai pun tak ramai, maka aku singgah kedai yang pertama.

Banyak juga hasil-hasil laut yang dijual. Nak kata mahal, tak juga. Kira sedang-sedang lah kiranya. Apa yang aku beli kat sini?

udang, ikan, retak seribu dan kepelbagaian ikan masin

Aku membeli 3 ekor ketam bunga biru sederhana besar, udang 500gram dan sebungkus retak seribu dengan keseluruhan harga RM50. Berbaloi tak rasa-rasanya? Aku tanya kat bapak aku, dia kata "boleh lah"

Udang sekilo kat sini RM46. Itu yang aku beli setengah kilo je. Then ketam tu lebih kurang RM17 dan retak seribu tu sebungus RM10. Kalau berkeluarga dan ada 7 orang, boleh bertahan untuk 2-3 hari. Kalau duduk bujang, boleh la kot tahan seminggu?

Apa pun, aku suka membeli kat kawasan sini. Segar dan harga boleh nego-nego sikit dengan penjual. Penjual pun tak la potong harga murah sangat tapi berpatutan la kalau beli kat tempat lain macam supermarket kan?

enjoy!




Monday, October 06, 2014

Raya Haji, Raya Korban & Aidiladha? by shahroll

Monday, October 06, 2014



As salam, hello readers...

Raya haji tahun ni, agak excited sikit sebab, pertama kalinya aku dan keluarga buat ibadah korban. Yup! selalunya kami sekeluarnya dapat daging dari orang-orang yang buat ibadah korban, kali ini Alhamdulilah, Allah murahkan rezeki kami untuk memberi, sebahagian rezeki untuk diberi kepada orang lain pula, syukur!

Berapa harga lembu yang dibeli? Oh, aku rasa tak perlu details kot lah ye? cukuplah korang tahu harga pasaran lembu kat Malaysia ni berapa ribu sudah la. Kang rasa tak ikhlas pulak bila aku details kan kat sini, huhu!!

Tahun ni juga, pertama kali aku melapah lembu tahu? phewww, gegar tangan, kaki, badan.. semua lah! lagi-lagi part potong tulang lembu dengan kapak, phewwww... penat toqq!


time ni dah habis lapah pon.. saja pose suruh adik ambik! haha...

Terima kasih sedara-mara yang tolong kami sekeluarga buat kerja-kerja memotong, mengagihkan daging dan bagi daging-daging lembu ni kepada saudara-mara kitorang yang lain. Syukur, lebih kurang 40 bungkusan daging serta tulang/rusuk dapat dibungkus dengan setiap satunya berat sebanyak 1kilogram.

Tulang-tulang "gear box" buat apa?

Sup Tulang Gear box!

Basuh tulang-tulang tu semua, letak air pastu hidupkan gas. Masukkan 4 bungkus sup tulang+garam+ajinamoto. Setel! taburkan sikit daun sup dengan daun bawang. Jamu sedara-mara yang tolong-tolong tadi. HEHE!

Gitulah raya haji aku tahun ni...

korang?


Saturday, October 01, 2011

Mencari bahan mentah dan bermain dengan Akri by shahroll

Saturday, October 01, 2011

As salam, hello readers...

Semalam aku dengan nienashah balik ke kampung (Kuala Selangor) untuk mendapatkan bekalan sukun kampung. Destinasi pertama pergi ke rumah nenek aku dulu. Sebab mak kata, dekat rumah nenek ada banyak sukun! Memang banyak pun, dapat lah dalam 10 biji cam tu.

Pokok sukun berhampiran dengan rumah nenek..

Seronok jugalah sekali sekala mengait buah sukun. Berpeluh habis! Al-maklum, selama ni tahu makan dan beli je. Now, ambil sendiri lebih bagus. Dari segi kualiti kita boleh control lagi la. Kalau beli dekat pasar, takut sukun tua pulak yang dapat. Tak sedap nak buat kerepek!

Antara sukun yang dikumpul semalam... =)

Dalam bonet kereta...

Actually aku ada 2 tempat ambil sukun. Lepas rumah nenek aku, aku pergi ke rumah saudara (Wak belah mak). Kat rumah dia memang banyak buah sukun. Maklum lah kat kawasan sawah padi, aku lihat memang banyak pokok sukun. Cuma aku tak tahu siapa owner pokok tu. HAHA..

Nenek sibuk potong batang keladi.. buat masak asam pedas sedap!

Kat belakang rumah nenek banyak batang keladi.. yummm3!

Then, lepas dah setel semuanya aku ke rumah Wak aku di block M (sawah sempadan) sebab nak hantar kerepek peket yang kecik tu. Buat tester katanya.. Aku lepak rumah wak tak lama, tapi sempat la nak bermainmanjasamasikecik Akri nama dia (ejaan sebetulnya aku tak tahu) huhu~..


cute kan? ishhhh geram aku ngan budak2/baby cute ni.. hohoho~

Yang best pasal Akri, dia ok je ngan orang yang dia jarang jumpa. Sesetengah budak kalau dia tak biasa, dia nangis kan? Akri tak. Makin suka kalau di dukung-dukung atau di pelok. huhu, best la kau Akri. Aku ngan Akri kira aku pangkat Paman lah (Acik) huhu.. (tua da aku dowh!)

Alaa.. Akri buat muka pelik plak.. hohoho~

Dalam jam 7 malam, aku dah gerak balik ke Klang. Sebab esok (hari ni:Sabtu) sukun-sukun tu kena cepat untuk dibuat kerepek! Last but not lease, aku rasa cam best plak kalau aku nek moto skuter, keh3...

MUAHAHAH!!


Friday, February 04, 2011

Dari Klang ke Kuala Selangor ke Sekincan! part #2 by shahroll

Friday, February 04, 2011
As salam to all,


Cerita disambung lagi. Lepas puas jalan-jalan kat Kampung Nelayan tu, we go ke Sungai Leman pula. Dalam perjalanan ke sana, tak jammed lagi. Bila balik dari Sungai Leman menghala ke Kuala Selangor, perghhh jammed gile! Might be tengahari kot, tu yang jammed kaw-kaw. Boleh dikatakan jammed tu dari selekoh Bagan Tengkorak sampai ke Sekincan, bayangkan~ =_=!


Mata sepet lak sebelah.. nampak redup tapi panas gek.. 

Memula, aku sorang je turun, Paman kat atas lagi. Kamera pon tak setup lagi. Aku yang geram nak shoot orang cari mentarang, terus turun ke tengah. Owh! right now aku tengah praktis untuk Vblog, so ade la sikit untuk korang, layann~

**Aku tak reti sgt bercakap depan kamera video neh.. huhu**

Aku berkenalan dengan Wak Zulkipli, master untuk mencari siput mentarang nie. Beliau yang ajar aku cam na nak cari siput. Wak nie sporting gila, siap tanya aku lagi apa pesbuk aku. Salute sama Wak! huhu. Wak Zul cakap, nak cari siput nie, kena tengok pasir yang ada lubang2 kecik, korek kat area yang ade lubang tu, mesti ade siput. Mean, kalau ada 3 lubang, maka siput dalam tu ada 3 jugak lah.

Kenalkan, Wak Zulkipli sedang mengali lumpur cari siput.

Lubang baru yang digali.

Wak Zul bagi tahu, siput nie boleh larikan dirinya dengan terowong yang siput nie buat dalam pasir tu, untuk melepaskan diri dari pemburu siput. Cengkerang siput nie nampak je kuat, tapi boleh pecah dengan senang. Wak Zul dapat siput yang boleh tahan besar saiznya.


Aku pun dapat gak siput. Baik punya siput. Tapi aku tak perlu gali cam Wak Zul, hehe~ Nak tgk? tapi siput ni aku tak bawak balik, amek gambo je sebab cute kan.. hohoh~

Taadaaaa.. huhu~ Siput Skrew.. HAHA!!

Cerita bersambung lagi? ye, tunggguuu... =D

Dari Klang ke Kuala Selangor ke Sekincan! by shahroll

Friday, February 04, 2011
As salam to all,


SELAMAT TAHUN BARU CINA diucapkan khas kepada semua yang menyambutnya dan kepada rakyat Malaysia amnya. Semoga di tahun baru, lebih baik dari tahun sesudahnya ya! Ok, hari ni waktu aku 1 hari di isi dengan perkara yang berkualiti bagi aku dan masa untuk "asah" balik mata yang dah "tumpul" dengan kamera nie (ye ke?)


Aku dari Klang gerak dalam pukul 8 pagi cam tu, sampai ke Kuala Selangor tepat jam 9 pagi di restoren sebelah Tesco. Kedai mamak, pekena 2 keping roti canai bersama teh tarik. Sambil menunggu "makhluk halus" a.k.a Paman Aheri yang rumah nyer tak sampai beberapa kilometer dari kedai tu, aku layan majalah model (sebab aku ingat petang tu ada shoot model) salah informasi di situ.

Nie la restoren nyer

Dah lepas makan bagai, terus gerak naik kereta Paman ke Sekincan. Perancangan awal aku nak shoot sawah kan? Tapi sawah baru je kena tuai, so view pon tak best,sudah nya aku ke Sungai Leman. Aku ingat sana tu Pantai Sekincan, buek malu jo! Walaupun aku orang Kuala Selangor, tak banyak tempat aku explore kat sana. Sekurang-kurangya, aku pergi dah Kampung Kelip-Kelip, tak gitu Paman?? kah kah~ =P

First point: Kampung Nelayan Sekincan

Ok, before aku ke Sungai Leman, aku pergi ke Kampung Nelayan dulu. Kat sini perkampungan nelayannya terdiri daripada nelayan-nelayan cina (tawkey2 nieh!) sebab ada banyak kapal-kapal besar kat sini. Parking kereta 1 tempat then pergi jalan-jalan sekitar kampung nie. Tak jalan habis pon, sebab layan shoot kat bawah kapal! Best owh!

Membaiki kapal yang bocor
photo courtesy: SH iMAGE

Even perkampungan nie kebanyakkan daripadanya bangsa Cina, tapi untuk pekerja dalam kapal itu terdiri daripada orang Indonesia. Salah seorang pekerja kapal nie, Tofiq yang berasal dari Tanjung Balai, Sumatera hampir 3 tahun bekerja disini dan ada tanggungan (Isteri) di Indonesia. Aku tak shoot pulak gambar si Tofiq, kesilapan disitu.

Cerita ini bersambung.. harap maklum.. =)