Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, March 01, 2017

Lapan Tip Mendapatkan Hartanah Terbaiknya Seterusnya

Wednesday, March 01, 2017




Umpama kisah dongeng, penyenaraian hartanah terbaru umpama pari-pari untuk pembeli baru. Membeli hartanah di Malaysia adalah perkara mudah jika anda bergantung kepada laman pasaran seperti PropertyGuru untuk mendapatkan keputusan carian segera berkenaan hartanah yang tepat. 

Bagaimanapun, setiap pembeli baharu pasti akan berdepan pelbagai tekanan semasa memilih rumah yang tepat untuk dibeli. Berikut adalah lapan pengajaran bernilai yang dapat membantu memudahkan carian hartanah anda.


Lokasi Strategik
Sebelum anda mula mencari ejen hartanah, penting untuk anda menentukan lokasi yang tepat untuk hartanah impian anda.  Berikut adalah panduan untuk anda menentukan lokasi terbaik jika anda mahu membeli hartanah.  Untuk memudahkan kerjaya anda, pilih rumah yang berdekatan dengan tempat kerja anda dan pastikan dekat dengan kemudahan seperti pusat membeli-belah, pengangkutan dan lain-lain prasarana penting. 

Menurut CNBC, anda perlu mengehadkan pilihan anda selaras dengan belanjawan sedia ada. Di Malaysia, pembeli rumah kali pertama layak mendapatkan pinjaman perumahan dengan 90 peratus margin , dan anda perlu ada sekurang-kurangnya 30 peratus daripada harga jualan rumah dalam bentuk tunai. Ia akan merangkumi kos perundangan, dokumentasi dan 10 peratus bayaran pendahuluan.


Cari Hartanah “Atas Tanah”
Kepada mana-mana pemilik baru, anda disarankan mempertimbangkan untuk membeli rumah atas tanah terlebih dahulu. Jenis rumah yang anda boleh beli adalah daripada banglo, rumah setingkat atau dua tingkat daripada memilih untuk membeli kondominium atau pangsapuri. Harga rumah atas tanah mungkin agak mahal, tetapi ia pilihan terbaik untuk anda ketika membeli. 

Masa yang lama yang diambil untuk mendapatkan geran strata untuk rumah jenis kondominium atau pangsapuri akan mempengaruhi kewangan anda, jadi pilihlah rumah atas tanah. Pesanan ini juga berguna untuk pembeli rumah yang berpengalaman.


Dapatkan Gadai Janji Yang Fleksibel 
Jika anda mencari rumah untuk memenuhi keperluan, maka mencari hartanah untuk dijual adalah penting. Jika usia anda masih muda, dapatkan pinjaman yang fleksibel dan sesuai dengan situasi kewangan anda. Dan, jika anda pembeli berusia setengah abad, bayar wang pendahuluan dengan banyak  untuk dapatkan pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah untuk rumah anda. Dapatkan pinjaman perumahan yang fleksibel supaya anda mampu membayar sambil mengurangkan baki tunggakan dalam jangka masa pendek. 


Ukur baju di badan sendiri.
Kesilapan biasa yang diulangi kebanyakan orang adalah melangkaui belanjawan mereka ikut perasaan. Sebelum mula mencari hartanah, penting untuk anda menetapkan belanjawan anda, jika anda terlalu ikut perasaan, anda mungkin akan menyesal nanti. Bagaimanapun, carilah hartanah yang anda mampu dan bayar tanpa mengganggu rutin anda. Salah satu tanda yang anda sedang maju adalah di saat anda membayar pinjaman anda, anda boleh jalani hidup anda tanpa apa-apa perubahan.


Kajian, kajian, kajian
Bila bercakap tentang hartanah,  jangan hentam kromo semasa membeli. Semua orang akan mahukan wang anda. Jadi, carilah hartanah yang ada pulangan pelaburan. Caranya adalah, jangan menerima nasihat atau pujukan bulat-bulat, tapis maklumat yang sampai kepada anda,  sebelum meneruskan dengan pilihan yang bersesuaian. 

Adalah penting untuk anda dapatkan nasihat daripada ejen hartanah yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi tinggi. Elakkan daripada membeli disebabkan oleh khabar angin atau rentak pasaran yang tidak dapat dibuktikan. Kajilah situasi pasaran semasa dan hartanah terbaik di kawasan sekitar anda


Biar Lambat Asal Selamat
Jika anda pembeli rumah kali pertama, menurut BBC, membeli rumah adalah langkah pertama untuk membina kewangan. Bagaimanapun, sebelum membeli rumah, pilihlah rumah yang berada dalam lingkungan belanjawan anda sebelum beralih ke hartanah yang lebih besar; kerana ini adalah pelaburan jangka panjang, anda disarankan melakukan kajian terperinci. Anda boleh bermula dengan pangsapuri atau kondominium sebelum beralih ke rumah yang lebih mewah dengan kadar faedah tinggi.


Kesediaan
Lupakan apa yang anda baca di atas, soalan pantas untuk diri anda, adakah anda benar-benar bersedia untuk membeli? Itu adalah aspek paling penting dalam memilih kondominium atau hartanah yang tepat untuk dibeli..  Memilih hartanah yang berada di bawah kemampuan anda adalah perkara paling penting dalam pembelian rumah. 

Jalan paling mudah untuk mengukur kemampuan anda adalah, jika jumlah hutang tidak melebihi 33 peratus belanjawan anda, maka anda masih dikira mampu. Satu lagi cara adalah memastikan gadai janji anda tidak melebihi 28 peratus pendapatan anda sebelum anda membeli.


Pemeriksaan
Untuk semua bakal pembeli, pemeriksaan adalah aspek yang sangat penting. Gunakan khidmat pakar dalam industri; ini akan menjimatkan kos anda dari segi kos baik pulih mahupun penyelenggaraan. Anda boleh menemani pemeriksa anda ke hartanah pilihan anda dan dapatkan pandangannya sebelum membeli.





Wednesday, August 24, 2016

Bagaimana teknik menjual di Facebook personal by shahroll

Wednesday, August 24, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu-ilmu yang aku boleh kongsikan dengan pembaca blog. Hari ni aku nak kupas topik, bagaimana teknik menjual dalam facebook personal. Best tak tajuk? HEHE!

Bagi mereka yang ada facebook personal, banyak kelebihan yang ada bila nak menjual di wall facebook korang tu. Sebab kat situ ada ramai kawan-kawan yang kenal korang secara dekat diluar dan yang banyaknya pasti rakan maya facebook korang yang pelbagai latar belakang, betul? Dalam 5,000 kawan tu, takkan semua ko kenal, kan? HUHU!

Aku bagi case study aku dulu kat bawah;

dari akaun facebook personal aku

Apa yang dapat korang perhatikan gambar diatas? Ada sekeping gambar kan? OK, then lihat caption yang aku buat kat atas. Ada unsur-unsur menjual secara keras (Hard Selling) tak? Takde kan. So, ini dinamakan "Teknik Berkongsi Cerita (TBC)"

Dalam TBC, korang boleh update secara natural, tanpa melibatkan unsur hard selling. Bagi permulaan untuk produk baru yang korang keluarkan, biar korang cerita produk tu dengan style macam ni. Lebih dekat dengan bakal pembeli.

Paparan kat atas, aku mendapat hampir 52 mereka yang menyukai (LIKE) dan lebih dari 5 komen yang berkongsi cerita dengan aku di dalam wall post ni. Ini yang kita mahukan, bagi mereka "involve" dengan cerita yang kita bawa (engagement)

Kadang-kadang benda ni menjadi, kadang-kadang tidak. Ikut pada cerita yang dikongsikan kat wall korang.

enjoy!



Wednesday, October 02, 2013

Tips bagaimana untuk memulakan perniagaan online part #1! by shahroll

Wednesday, October 02, 2013



As salam, hello readers...

Memiliki sebuah perniagaan "maya" iaitu dalam online merupakan idaman bagi mereka yang tidak mahu memikirkan kos-kos utama seperti sewa kedai, utiliti bil dan sebagainya. Dengan menggunakan medium online, dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh peniaga.

Namun, pasti korang terfikir, bagaimana langkah awal nak masuk dalam perniagaan online ni? Bagaimana risikonya? bagaimana keuntungannya? Ada beberapa soalan untuk aku tanya pada korang;

1) Sudahkan melengkapkan diri korang dengan dunia ilmu perniagaan online?
2) Produk apa yang korang nak pasarkan?
3) Siapa target market korang?
4) Adakah supplier korang boleh hantar barang on time?
5) Apa medium yang perlu digunakan?
6) Siapa penghantar parcel yang terbaik?

Itu antara soalan-soalan yang popular aku tanyakan jika ada orang perseorangan atau syarikat-syarikat kecil berurusan dengan aku untuk sesi perundingan tentang penjualan online. Kalau semua ada jawapannya kepada korang, maka korang dah melepasi satu sesi "Research Market" sebelum korang terjun dalam bidang ni. syabas!

Seterusnya apa?

Seterusnya adalah merangka strategi pemasaran dengan menyediakan bahan-bahan seperti gambar produk, penyampaian dalam website, designing, logo syarikat (branding) semua ini penting bagi memastikan perancangan korang nak menjual tercapai.

Sebagai contoh, Online retailer terkemuka macam Zalora.com.my menjadi inspirasi kepada semua peniaga-peniaga online kerana kualiti penyampaian dalam website menepati target market yang disasarkan. Dari pakaian wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Gambar-gambar yang diletakkan juga memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat pelayar web bertukar menjadi pembeli produk korang.

contoh banner promosi yang digunakan

Jika korang rasa tak cukup kreatif untuk melaksanakan tugas-tugas designing, jangan risau. Banyak freelancer yang boleh korang hired untuk mendapatkan design yang professional tanpa memeningkan kepala anda. Cari dalam Facebook, banyak! Dengan itu, dapat menjimatkan masa dan boleh buat perancangan yang seterusnya.

Post ini akan bersambung di part #2

I'm proud to be Social Media Manager (SMM)

enjoy!

Wednesday, July 24, 2013

Storyteller: Cerita seorang penghidap penyakit darah tinggi by shahroll

Wednesday, July 24, 2013



As salam, hello readers...

Aku baru balik dari klinik Azman di Klang. Hajat memang nak pergi ke tempat kerja walaupun sudah lewat 10.30pagi tadi. Entah macam mana aku rasa sesuatu yang perlu ke klinik untuk periksa tahap kesihatan aku. 2 minggu kebelakangan ni, aku sering kelesuan, pening kepala dan sakit perot. Selalu aku kata dalam hati "Alah, puasa memang macam ni. Keluarkan semua toksin"

Aku pun ke Klinik Azman.

Selang 20 minit, aku dirawat dalam bilik doktor. Dr. Azman yang rawat aku. Siap boleh tegur lagi "Lama tak nampak?", menandakan memang dah kenal sangat dengan aku. Aku pengunjung klinik dia yang kerap masa memula aku bekerja.

Muka dia berkerut seribu. Tanya aku kenapa dah lama tak ambil ubat darah tinggi? Aku cakap, "Rasa dah sehat Dr. Tak de pening-pening lagi. Tapi sejak 2 menjak ni, macam datang balik je". Dr geleng kepala. Dia kata blood pressure aku dah naik ke paras 150/100. Dulu cuma 140 saja. Aku agak terkejut.

gambar dari Demi Bahagia blog

Aku cuba tenang. Senyum dan mintak maaf kat Dr sebab lalai jaga kesihatan. Dengan batuk nya lagi, sakit perot aku dapat beberapa ubat. Tapi ubat darah tinggi paling banyak diberi. Aku takut. Aku balik ke rumah tuk relex kan diri.

Aku flashback. Apa mungkin cara pemakanan aku begitu buruk? atau aku stres dengan kerja? atau mungkin tak cukup tidur? Semua ni brkait rapat dengan terjadinya gejala darah tinggi. Dulu memula Dr detect sakit aku ni sebab aku tak cukup tidur. So, bila dah cukup tidur rasa dah ok balik.

Aku silap. Sekali dah ada penyakit ni, cuma pengawalan saja yang boleh. Nak sihat seperti biasa? NO!

Aku dapatkan beberapa petua dalam Internet. Salah satu petuanya, minum air rebusan serai atau epal hijau dan minum selama sebulan. Bagi aku, aku boleh try kaedah ni.

Atau juga dalam perspektif Islam, ini adalah kirafah untuk hapus dosa-dosa kecil aku? Wallahuaklam.

enjoy! =')

Tuesday, January 19, 2010

Macam mana korang nak TINGKATkan Traffic lam blog by shahroll

Tuesday, January 19, 2010
Salam to all beloved readers..






salam sejahtera ye,harap korang masih lagi waras dan tenang saat nie.. haha~ seb bek la blog nie xde guna voice, law x seminggu la xde hapdet dekk non!.. sebab SH ngah sakit tokak hey ha ( tekak).. hermm.. nie sebab event yang SH attend aritu.. haha bak kate Aus. very malatop sayang!! :P





Ok, SH byk melakukan jogging lam blog.. huhu~ dalam belog ok.. bukan kat taman2 bagai.. heee~ so ape yg dapat diperatikan, specialy blogger2 baru cam SH nie, byk bertanyakan pasal " abg, cam ne ek nak tingkatkan trapik?" .. atau.." Bro, wa dapat 10 hits ja selama setahun nie..cam ne bro?" tak pon.. " alamak, sikit nyer la earning aku lam Nuff nie, cam ne nak tingkatkan kuasa visitor nie bang..?"






Antara dialog2 yg pernah diluahkan, xpe.. korang2 jgn risau.. pakcik Google ade solution nyer..meh SH kongsi..






** Nie la mende nyer...




Dengan Google Zeitgeist nie, korang leh tahu keyword2 paling hot dan cool very malatop sayang ( cam Aus lagi..) hahaha....maka, pastikan korang nyer isu2 or topik tu ade kne sikit2 la dengan word2 peymes kat GZ!..bukan takat untuk Malaysia je, korang leh tahu untuk seluruh dunia... walla~








**Siap dah de kategori dek non! click untuk membesarkan gambo


Untuk kategori Fastest Raising: Facebook (login)
Untuk kategori Most popular: Facebook
Untuk kategori Newsmaker: Elizabeth Wong
Untuk kategori Entertainers: Zee Avi
Untuk kategori Headlines: H1N1
untuk kategori Sports: 1Malaysia F1
Untuk kategori Local Song: Khatimah Cinta ( erkk... lagu apekah??)
Untuk kategori Food: Masakan Melayu

**SH amik yg 1 rank je nie.. :)


korang tgk le sendiri, punya lah GZ nie bagus siap dah bg korang list lam kategori lagi.. apa lagi mauu mehh?? hahaha..jgn biasakan diri anda "disuap" saja.. kadang2 mesti mencari juga.. betoi ka?? huuu~



SO, agak2 dapat idea sikit x?? hehe.. lengkali SH kongsi SEO yg lain lak..cheerz!! wassalam...

Sunday, November 08, 2009

#3 Tips - "Playing Mode Colour" by shahroll

Sunday, November 08, 2009


Salam to all readers.....


1) .. OK! kali nie SH cuma nak share gamba2 kay bawah nie, mode-mode colour yang mana kebiasaanya digunapakai oleh tak kira la photographer ke,cameraman ke camerawomen ke... tapi nie lah selalunyer mode2 yag dorang pkai termasuk lah SH sendiri.. :)



2) Ada yang dah set kan sebagai "action file" dalam bentuk ATN file dan ada yang suka "manual". tapi mana2 sama ja gunanya, yang manual agak take time lah, p puas hati klw korang dah exxperttt... tapi yang tak syoknyer action file nie, certain pictures je yang OK, tak semua gamba boleh guna action tu....




3) Di bawah nie antara yang SH selalu guna dalam menghasilkan"finishing" semasa post-processing.. ayuh! ( model kali nie : Shahru Shafiq Izwan, little bro)....




** Nie ORIGINAL picture



** Mode : Blueice ( sesuai untuk mode2 seram or kematian)



** Mode: Classic ( sesuai untuk mode potrait yg klasik,70-an)



** Mode: Reddish ( sesuai untuk wedding | portrait= menghasilkan tone colour cam nie)


** Mode: Twilight (sesuai untuk menghasilkan photos gothic,seram sama mcm Blueice)



** Mode: High Contrast (berkait rapat dengan jenis pop-art, tapi nie low sket contrast nya)



Ok,untuk tips seterusnya akan SH buat step by step k! stay tunezz.. wassalam.. :)



Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Sunday, November 01, 2009

#2 Tips "sell photo" by shahroll

Sunday, November 01, 2009
salam to all readers....


1) Kebanyakkan kita byk mengambil gamba.. TERLALU byk ok... tapi wat pe ngan gambar2 tu td? cuma untuk tatapan korang je ke? Simpan lam HDD ( Harddisc)? klw itu jawapan anda memang anda seorang "hobiyis" lah.. snap+tangkap gambo then sendri tgk...


2) Tapi yang mana berkecimpung dalam freelancer2 specialy dalam dunia photography,macam SH nie, selain dari menawarkan servis directly kepada client/customer.. anda juga boleh "pam" gambar2 anda yang tertarik lagi menarik tu ke tempat2 web yg menawarkan service menjual foto2 anda tu...

3) Banyak company yg menawarkan penjualan itu seperti Flickr,Bigstockphoto,Fotolia dan byk lg.. korang leh google sendiri ya.. :)

Antara tips yang korang leh ikut untuk BERJAYA dalam penjualan anda di dalam market open source nie adalah :-


  • attractive images that look professional
  • unusual images, poses, concepts or subjects or things that would be hard to shoot
  • highly creative images
  • well shot, high quality
  • eye-catching
  • strong conceptual images
  • colorful
  • marketable / in demand
  • properly exposed (not too dark/shadowy/hard to see nor too light)


Dan jangan lah sesekali anda menghantar/upload/submit foto2 seperti :-


  • lifeless, boring, mundane snapshot-quality images
  • boring images taken on a gray cloudy day that are lifeless looking
  • dark underexposed images, or images with hard flash shadows
  • images where the main subject is cut off abruptly
  • badly focused, blurry or overly grainy images
  • images that nobody needs / low interest subjects
  • images with no particular subject
  • images that you know we have thousands of already such as flowers, cats, mountains, etc. (unless the image is truly unique in some way)

Ok, thats simple kan.. so, enjoy it!! cheerz!~.. wassalam.. :)



Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359






Thursday, October 22, 2009

#4 Tips Shoot Potraiture by shahroll

Thursday, October 22, 2009
salam to all readers... ...

1) Kebanyakkan kan kita ( photographer) buat shoot berkaitan dengan Wedding and Potrait. Mungkin trend kot?? hehe, tak pa lah janji setiap gambar yang di shoot mempunyai nilai "Art" dan keunikan nya yang tersendiri.

2) Untuk pertama kalinya SH membuat posting berkaitan dengan tips2 untuk shoot. Mungkin next time akan buat lagi ala-ala tutorial gak la. Tapi disampaikan di dalam blog nie bahasa yang mudah dan tepat untuk pembaca2 sekalian, terutamanya di kalangan shooter2 la ye! :)

3) OK, tips ini berkaitan dengan PORTRTAITURE. Apa dia portraiture tu? Pemahaman SH adalah, merakam kan seseorang samada secara Individu, berpasangan (couple) dan juga group ( family or etc). Untuk perkara2 seperti Pre-Wedding, Anniversary or Family gathering.

4) SH akan memberikan 5 tips yang boleh anda semua praktikkan.

a) Pilih kawasan/tempat dengan betul
- Anda memerlukan membuat sedikit "research" tentang kawasan mana yang sepatutnya anda pilih untuk melakukan shoot nanti. Contoh anda mendapat job couple shoot, anda seharusnya memikirkan tempat2 yang sesuai untuk couple shoot itu nanti. Elakkan dari memilih tempat yang terlalu rmai orang ye, takut2 nanti client korang tak selesa pulak.

b) Bagi client anda "relex"
- Sesiapa pon tak mau nmpk gambar yang dirakam nanti kelihatan "pelik" dan tak best.. kerana apa?? kerana anda tidak memberikan cukup ruang kepada client anda untuk bertenang untuk sesi shoot yang akan berlangsung nanti. Seharusnya anda memberikan ruang untuk mereka mengambil "feel" untuk dirakam dalam CF anda!

c) Biar kreatif!
- Jika anda seorang yang dipanggil photographer, maka dengan ini anda memang seorang yang kreatif! YA, kreatif! Anda boleh menzahirkan kreatif melalui teknik composition, angle, dan melakukan pose2 yang berlainan dari pose2 yang sebelum ini orang dah buat... Maka tugas anda untuk mencampur2 kan elemen2 tadi pada ketajaman mata anda. Usaha!

d) Mengarah
- Sangat penting untuk anda mengarahkan kepada client anda apa yang patut mereka buat atau tidak. Selalunya mereka akan "lost" dan akan tercari2 kita sebagai photographer mereka untuk mengarahkan saja apa2 berkaitan dengan expresi muka mereka,pakaian, feel, or what else yang sepatutnya kita tahu untuk apa dan mengapa kita arahkan. Sebab tu mereka hired anda! :)

e) Posing & Candid
- Campuran classic (posing) dan juga modern ( candid) merupakan gabungan yang bagus untuk menghasilkan foto2 yang menarik. Posing anda boleh mengarahkan client anda tadi untuk memegang tangan ke, bahu ke, kepala ke tapi untuk dapatkan candid2 or moment2 yang penting adalah semasa take a break untuk dapatkan more nature foto antara mereka. . :)


.................tu je lah 5 tips yang dapat SH kongsi bersama dengan korang ya, korang de tips2 leh la kongsi kat sini gak agar foto2 yang terhasil leh tebabowww meletop and panas cam pisang gorengg.. huhu.. wassalam... :)



Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359