Monday, April 14, 2014

Banana Cupcake pisang berangan? find out here! by shahroll




As salam, hello readers...

2 hari berada di kampung, cukup buat aku dan keluarga fresh kan kembali sel-sel otak yang lama tepu. Dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti memetik buah mangga, kelapa tua, tanam pokok pisang, melawat saudara-mara dan lepak di sawah-sawah. Cukup best!

Itu aku akan ceritakan kemudian.

Now, aku nak cerita pasal banana cupcake. Wak (makcik saudara) aku adalah seorang peniaga pisang. Pelbagai pisang actually. So, kebetulan masa aku balik ke kampung, pisang berangan dia banyak. Sangat banyak. Maka, dia pon bagilah 2 plastik penuh untuk kitorang makan.

pisang berangan

Disebabkan banyak lepas tu dekat-dekat nak busuk, daripada dibuang saja kan rugi? Jadi, mak aku pun kupas mana yang masih elok lagi then diadun untuk buat "banana cupcake" yang comel-comel itu.

Inilah hasilnya;

Banana Cupcake pisang berangan

Rasanya macam mana? Jujurnya, aku sendiri tak sempat nak makan walaupun dah 2 hari cupcake ni disimpan. Yes, 2 hari masih lagi boleh dimakan. Tahan kan? mungkin cara adunan atau masak mempengaruhi ketahanan cupcake tersebut.

Bapak aku berkata, 'Ni boleh jual kat kantin ni, orang suka makan'. Terdetik pada saat itu, aku pun cadang nak jual dan memasarkan cupcake ni. Mak aku macam setuju aje, walaupun untuk kecil-kecilan saja.

Mungkin boleh test-run di kilang kantin bapa aku kerja. Ada sambutan boleh luaskan lagi.

Antara cupcake yang aku sempat Google (sekadar contoh);



enjoy!


No comments: