Showing posts with label social media manager. Show all posts
Showing posts with label social media manager. Show all posts

Tuesday, October 04, 2016

SH Network Media: Your Branding Partner by shahroll

Tuesday, October 04, 2016



As salam, hello readers...

Masih belum mengantuk? Meh baca blog abam SH (nama pena dalam FB!) nak? hehe, dah pekena kopi keras tadi, mata agak segar terus walaupun tadi lepas dinner mata dah kuyu. Malam ni nak cerita ringkas je pasal business yang aku running sekarang.

Alhamdulillah, untuk business yang aku jalankan iaitu SH Network Media sekarang semakin baik. Baik dari segi penerimaan ilmu yang disampaikan oleh aku sendiri dalam bidang online, maksud aku pemasaran online.

Betul, aku memang nak lebih ramai usahawan kecil dan sederhana mantap dalam ilmu pemasaran online dengan mengetahui teknik asas sehingga ke teknik yang aku boleh panggil "Master" untuk meningkatkan awareness dan branding produk korang.

Kat bawah ni adalah review dari ramai-ramai client aku yang pernah personal coaching untuk meningkatkan brand beliau dalam online.

Usahawan dalam bidang beauty

Terima kasih atas review yang jujur yang ditulis melalui wall FB page SH Network Media. Aku menyediakan 3 platform untuk personal coach iaitu Blogging, FB Ads dan juga Instagram. Untuk usahawan baru nak berjinak dalam online market, sila cuba 3 platform ini dahulu. Serius, 3 dahulu. Baru boleh nak try medium yang lain bila dah power dalam 3 channel ni.

abam SH untuk sesi personal coach!

Suka minum kopi dan suka lepak dekat Starbucks bila ada client abam SH nak buat personal coach. Kopi+coaching is my fav place to be more interactive and generate more ideas come! Yes, true!

happy make money, guys!

enjoy






Monday, October 03, 2016

Social Media Manager Malaysia: Hanis Pastry by shahroll

Monday, October 03, 2016



As salam, hello readers...

Masih dalam cuti umum untuk Maal Hijrah 1438H semalam dan hari ni chill out dekat rumah saja. Sambil lepak, boleh lah update blog shahrulhairydotcom ni, blog sumber informasi anda, ewaahhhh!

Ok, hari ni aku nak share kerja-kerja sebalik tabir, seorang pengurus media sosial dari sudut pandang aku yang memang menjaga beberapa Facebook page dan Instagram business (serious business!) yang buat duit ratus-ratus sehingga yang beribu-ribu Ringgit Malaysia.

Hanya sebagai contoh, aku revealed kan Hanis Pastry, ok?


 Jenama Malaysia: Hanis Pastry

Hanis Pastry nama yang aku create dalam tahun 2015. Kiranya, dah establish dari tahun lepas lagi. Masa tu aku lihat, business ni hanya membuat popia simpul dan design lama untuk logo pun tertumpu pada 1 produk. Ini membuatkan aku terfikir, kenapa tak letak nama yang umum dan boleh jual banyak produk?

Akhirnya, my wife setuju untuk letak nama "Hanis Pastry" untuk penjenamaan semula dan digunakan sehingga hari ini dengan come out dengan produk-produk terbaru seperti Brownies dan Kek Coklat.


Belajar pasal Photoshop
Part yang perlu korang belajar serba sedikit, Adobe! Perisian ini memberikan korang kepuasan dalam membuat design poster dalam Facebook, flyers online ataupun nak tepek dalam blog. Semuanya boleh dilakukan sendiri tanpa perlu keluarkan kos untuk orang lain design.

Contoh seperti dibawah;

poster saiz Instagram: 450x450 pixel


Brand your product-Hanis Pastry
Lepas dah ada logo, setiap kali upload dalam jaringan media sosial, perlu ada logo disertakan sebagai watermark korang. Untuk kerja upload, biar owner sendiri tentukan samada nak letak logo atau tidak. Setiap gambar berbeza-beza keperluannya.

Tapi sekarang orang nak buat biz senang. Curi je gambar dalam online, lepas tu ambil pre-order (siap bayaran!) lepas tu tak deliver. Memang hampas orang macam ni, haukkkk!!

enjoy your biz!

Final product- Hanis Pastry


Monday, December 21, 2015

Malaysian Social Media Manager? by shahroll

Monday, December 21, 2015



As salam, hello readers...

Trend sekarang bila nak start berniaga, tersedia ada channel pemasaran (marketing) yang percuma diperoleh. Alhamdulillah, semakin senang rasanya nak berniaga, lelebih lagi berkaitan dengan jualan online. Tapi, hakikatnya ramai yang "kecewa" dengan hasil yang dicapai dalam jualan online ni, kenapa eh?

my profile for proposal to client

Antara punca kegagalan dan kaedah yang korang perlukan adalah seperti berikut;

1) Tidak menetapkan target audience. Mana mungkin produk kita sesuai untuk semua, kan? Jika produk untuk kesihatan atau kecantikan, pasti yang disasarkan adalah wanita dari lingkungan umur 18 hingga 25 tahun, atau mungkin produk tu untuk umur 65 tahun keatas? tetapkan!

2) Design yang tak menarik. Aku tak nafikan, peniaga online kecil-kecilan ini kurang mampu nak hire designer untuk buatkan graphic design yang menarik. Ini penting untuk survival business korang, sebab aku dah mengalaminya semasa handle Facebook page Laila Crispy.

3) Kurang update cerita "back end". Ini aku belajar dari pengalaman aku sendiri. Aku beri contoh, korang berniaga air kopi hipster. Korang boleh share macam mana korang bancuh air, berapa sukatan dia dan so on. Tapi bergantung jugak, kalau korang rasa itu merugikan korang, update gambo korang bancuh kopi tu pun dah ok. Janji ada "penceritaan belakang tabir" tu, ok dah.

4) Facebook Ads. Ini selalu ditanya kat aku. Perl ke buat FBAds? Aku memang syorkan buat! sebab apa? Itu salah satu channel yang perlu dan boleh dijadikan sumber utama marketing korang. Kalau malas nak manage Insta, Twitter memang facebook lah tempat korang update business korang.

5) Blogging. Kalau malas nak menaip panjang-panjang macam aku ni, korang boleh hire bloggers Malaysia. Ramai dah sekarang bloggers Malaysia yang bagus-bagus. Buat review dengan mereka, dan mereka juga ada beberapa rate dorang sendiri.

Aku sendiri menawarkan perkhidmatan Social Media Manager. Sekarang, dalam proses rundingan untuk handle business orang lain yang memerlukan "marketing man" bagi menjalankan promosi-promosi yang dijalankan kelak. Alhamdulillah, permintaan memang ada untuk ini.

Kalau korang juga nak, boleh email aku: shahrollphoto@gmail.com atau WA: 0123437359


enjoy!







Thursday, August 20, 2015

Outsource your Social Media Manager? by shahroll

Thursday, August 20, 2015




Masa sangat berharga kepada usahawan online. Masa untuk mengembangkan perniagaan adalah lebih penting dari menguruskan akaun media sosial yang perlu anda uruskan.

Biarkan team SH Network Media yang pakar dalam strategi, pemasaran online dan engagement dalam media sosial.

Email kepada kami: shahrollphoto@gmail.com atau fast respond: 012-3437359 (SH Network Media)




Sunday, May 17, 2015

SOCIAL MEDIA MANAGER: Online Crash Course

Sunday, May 17, 2015




SOCIAL MEDIA MANAGER: ONLINE CRASH COURSE

Satu-satunya program yang dibuat secara ONLINE bagi mereka yang ingin menjadi seorang social media manager yang baik, efisyen dan berdaya saing untuk membangunkan jenama dan perniagaan. 

Kenapa pilih saya?

1) Bahasa yang digunakan bahasa Melayu biasa. Seperti anda baca sekarang. *nak santai pon boleh, dalam kelas online!*

2) Hanya 4 jam saja! Fokus anda untuk mencari ilmu.

3) Pengalaman sendiri dari trainer. Jatuh bangun dalam business dan online marketing

4) Yuran pelaburan tinggi? Percayalah, anda mendapat "sesuatu" dari program ini.

5) Selepas habis sesi, kita akan follow-up dengan anda selama 1 bulan secara PERCUMA!

Apa yang WAJIB anda lakukan? TINDAKAN!! Dail 0123437359 atau WhatsApps juga boleh. Email: shahrollphoto@gmail.com




Sunday, December 14, 2014

Social Media Manager: Berceramah untuk usahawan online Malaysia, satu cabaran! by shahroll

Sunday, December 14, 2014



As salam, hello readers...

Minggu lepas aku dan adik bongsu aku pergi ke Perpustakaan Tun Raja Uda (nama dulu) atau nama komersialnya PPAS di seksyen 13, Shah Alam. Ini antara port lepak kegemaran aku sebab boleh buat kerja untuk 2-3 jam pertama (untuk fokus) dan selebihnya aku suka menikmati lanskap yang ada di PPAS ni.

Aku pergi hari Sabtu. Seingat aku, hari Sabtu tak ramai orang. Tapi aku silap, ramai yang membawa anak-anak pergi ke library Selangor ni untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga, lebih-lebih lagi jika anak mereka itu "ulat buku". Parking penuh sampaikan aku park di tepi jalan berhadapan dengan library.


my laptop & notes

Aku ke sana bukan untuk suka-suka saja. Ada kerja yang perlu aku laksanakan. Selalunya aku buat kerja-kerja kemaskini slideshow presentation aku dalam bilik je, cumanya masa tu aku teringin nak buat kat open fresh air sikit. Tu yang pergi ke PPAS. Walaupun PPAS menyediakan tempat yang best untuk buat kerja, tapi satu je kekurangan. Plug untuk sambungkan letrik ke laptop sangatlah sedikit.

Makanya, aku perlu pergi ke level 2 untuk mencari plug yang masih kosong, orang belum pakai. Dan, untuk 1 plug bayarannya adalah RM1 sahaja. Murah dan sangat "rakyat" punya rate!

Alhamdulillah, lepas dapat tempat, langsung saja buka laptop dan fokus membaca 3 e-books berkaitan dengan pemasaran online a.k.a social media marketing untuk dimuatkan dalam slide.

Aku membuat kerja part-time sebagai penceramah bebas. Yes, bebas untuk bertukar-tukar ilmu dengan usahawan online yang lain samada di jemput ataupun atas permintaan orang perseorangan (private coaching)

Terdapat banyak cabang ilmu yang boleh aku kongsikan bersama-sama peserta dalam kelas yang dianjurkan. Samada usahawan online lama atau baru, aku alu-alukan kehadiran korang. Ada masa ilmu korang lebih lagi dari apa yang aku tahu, makanya tak salah kita bertukar pendapat dan idea. Itu lebih baik kan?

Dalam segmen berceramah ataupun kelas, pasti ada yang tidak puas hati dengan apa yang aku buat. Ada yang berpendapat hanya "cakap kosong" tanpa bukti yang kukuh apa yang aku sampaikan berkesan atau tidak, apa result yang paling pantas untuk sales, apa yang perlu ada dalam tulisan marketing dan lain-lain lagi

Aku cuma nak tegaskan kat sini, kalau korang datang ke kelas aku hanya SEMATA-MATA nak sales korang MELONJAK dari 0% ke 200%, JANGAN datang atau booking kelas yang aku buat. Aku memberikan ilmu dan pandangan bukan terus dapat apa yang korang impikan

Ianya memerlukan kesabaran dan kerajinan seseorang peniaga/usahawan online itu. Ada orang tanam mangga, esok boleh petik dan jual? Tak kan? Ada orang yang letak iklan dalam talibesen dapat sales jutaan ringgit? tak juga kan?
So?

Maaflah aku agak terkesan dengan "cakap-cakap" belakang yang boleh je aku smash dalam Facebook, tapi dalam blog pon lebih baik. Boleh satu dunia baca apa masalah kalau masuk dalam line industri "penceramah" so called ni kan?

Akhir kata, teruskan berjuang... hingga akhir...

enjoy!



Saturday, April 19, 2014

Chicken Chop @ Amansara Islamic Steak House by shahroll

Saturday, April 19, 2014



As salam, hello readers...

Aku sempat merasa makanan di restoren di sekitar rumah aku. Memang dekat sebab Bukit Tinggi tak jauh pun dari kawasan Pandamaran. Berjumpa dengan rakan lama sekolah Teknik/Vokasional Klang dulu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar atas pertemuan perniagaan sebenarnya.

Dah familiar makan disitu lah kawan aku ajak makan di Amansara Islamic Steak House ni. Not bad, cuma harga little bit high. Time gaji boleh datang sini k?

Chicken Chop @ Amansara Islamic Steak House

Aku try Chicken Chop dia. Yes, tak dinafikan sedap, ayam tak terlalu kering, sayur direbus dengan elok dan kentang goreng tak terlalu keras. Cuma kuah dia sikit sangat. Boleh lebih sikit kot lain kali? Harga? RM23.70 satu set belum campur air Rasberry yang aku minum tu eh...

My friend bukak bisnes Saloon dan terletak di area Shah Alam. Dari cerita dia, memang ok-ok business cuma nak kan something new & boom untuk dari segi promosi. Sebelum tu aku ada tunjuk kan dia tentang tindakan pembetulan dalam pengendalian laman social media

Alhamdulillah, my friend terima apa yang aku beritahu dan come up dengan beberapa solution. Aku bukan hanya sekadar menjadi penasihat marketing bahkan jauh lebih itu.

Pasal tu agak PNC la ye? *Off record*

Ada sambungan pasal post ini. Aku akan pergi ke saloon kawan aku tu untuk melihat apa yang boleh ditambah dan dikurangkan. Kerja-kerja administration perlu diselesaikan dulu baru boleh setelkan benda yang lain.

right, enjoy!


Thursday, January 31, 2013

Bengkel "Social Media Development & Marketing" by shahroll

Thursday, January 31, 2013



As salam, hello readers...

Sekejap je rasa dah sampai hari terakhir bulan Januari. Bulan yang sibuk bagi kebanyakkan syarikat swasta dan juga kerajaan. Mana tak nya, awal-awal tahun macam ni banyak perkara perlu dilakukan untuk bulan-bulan yang mendatang. Aku juga tidak terkecuali.

Projek besar aku kali ini pada bulan Februari. Projek apa?

Berkenaan dengan bengkel anjuran My Coursez Consultant iaitu Social Media Development & Marketing yang dimiliki oleh aku sendiri company ini. Melalui MCC, pada tahun 2012 beberapa siri kelas/bengkel telah aku anjurkan bersama dengan beberapa badan kerajaan seperti Kolej Komuniti dan juga Rakan Muda cawangan Klang.

Sebelum ini aku banyak memfokuskan kepada golongan belia dan pertengahan tentang penggunaan dan juga pembangunan sesebuah medium itu. Seperti mengajar membuat laman blog dan mini-site yang lain. 

Sekarang aku kembangkan lagi tahap dengan membuka secara terbuka iaitu sasaran yang lebih besar seperti business owner, pegawai pemasaran, yang baru hendak mengenali pemasaran online melalui social media dan lain-lain level dan position yang berkait rapat dengan bidang pemasaran.


banner promotion

Dengan mensasarkan 35 orang sahaja untuk bengkel kali ini. Ini kerana jika terlalu ramai, objektif dan penyampaian informasi itu kurang berkesan. Walaupun dalam size sederhana kecil, kita mahukan impak yang nyata dan jelas.

Bagaimana impak yang jelas itu?

Oleh kerana yang bakal datang kebanyakkan adalah business owner dan juga pegawai pemasaran, impak yang berkesan bila mana business networking boleh di kembangkan di dalam bengkel ini nanti. Aku yakin dengan adanya platform sebegini mampu untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang kita ada.

Selain itu, apa peserta dapat dari bengkel ini?

Aku akan berikan "kunci" kepada semua peserta. sama saja kunci yang aku berikan untuk memandu sebuah kereta. Tetapi, bagaimana anda untuk memandu itu terpulang kepada korang. Bermakna, aku akan menerangkan bagaimana dan apakah cara yang sesuai dalam pemasaran internet yang dijanakan melalui social media.

Wednesday, December 26, 2012

Saya seorang Social Media Manager dan Marketing Consultant by shahroll

Wednesday, December 26, 2012



As salam, hello readers...

Hari ni sangat produktif walaupun cuti umum dihabiskan separuh hari mengadap PC. Bermula dengan lakaran kasar untuk mereka-cipta banner yang digunakan nanti untuk workshop aku pada bulan Feb 2013. Lepas tu, transfer video yang aku rakam untuk slot/segmen 'Cerita Aku', nantilah aku cerita details pasal tu ye?

Best tak jadi Pengurus Media Sosial?

Soalan apakah? HAHA! Ok, seriously aku suka apa yang telah/sedang aku lakukan sekarang. SANGAT! dengan belajar dan belajar sedalam-dalamnya tentang ilmu pemasaran dan juga social network (strategies), kini boleh dikatakan aku mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengurus, membantu dan mengajar tentang apa yang disebut 'Social Media Manager' itu.

Aku ada tulis tentang SMM (my second blog) itu di link dibawah;

#1-Social Media Manager: Work at home?
#2-Kenapa usahawan perlu tahu tentang pemasaran Online?

iPad client di Old Town White Coffee, seksyen 7

Usaha menjadi ke posisi aku sekarang bukan mudah. Maksud aku, bukan mudah untuk mengukuhkan "jenama" aku sendiri. Mungkin 5 tahun lepas, siapa lah yang kenal dengan 'shahrulhairy dot com' tu, kawan-kawan rapat pon tak kenal sangat dengan blog ni. HEHE. Namun aku bersyukur segala usaha aku berbaloi dengan pencapaian bila ada orang mengatakan, "Oh, you ke owner blog shahrulhairy tu?" nice kan? =) thanks korang!

Bila dah ada pengalaman dan ilmu, sampai masanya untuk aku kembalikan ilmu itu kepada orang lain pula. Ilmu yang baik dan orang pula memakainya setiap masa,kan dapat pahala? Ha, itu lah yang aku pegang dari dulu. Cuma dulu, belum sampai masanya aku nak kembalikan ilmu-ilmu tu kat orang lain. Now I ready to do that!

Untuk 2012, 4 kelas berteraskan Kursus Jangka pendek untuk slot "Pemasaran Internet" di Kolej Komuniti dan juga Rakan Muda (Youth Blog). Antara pengisian kelas aku adalah, bagaimana menggunakan social media, create, develop dan juga untuk maintaining apa yang telah dilakukan dalam seharian belajar aplikasi yang digunakan.

Facebook, Twitter, blog dan juga Youtube antara pengisian utama aku. Kaedah yang digunakan ada 2 cara. Dengan adanya nota dan juga pelajaran secara "hands-on" langsung kepada peserta. Selalunya peserta dalam 10 hingga 20 orang dalam satu masa.

Now untuk 2013 (coming soon)

klik untuk imej yang jelas

Dalam bulan Februari 2013, aku akan menganjurkan workshop berskala sederhana besar (sebab 35 orang peserta). Segala slide dan nota telah pun hampir sempurna dan untuk pengetahuan kalian, dalam workshop ini juga aku akan menjemput blogger paling popular untuk segmen "Dunia blog: Kaedah dan kesannya" siapa blogger tu ya??? Oh, itu kena lah datang ke workshop ini! huhuhu...

Untuk tempat/masa/tarikh telah pun ditetapkan. Cuma ada beberapa perkara untuk aku setelkan dalam minggu ni berkenaan dengan catering yang boleh sponsor untuk workshop aku ni. Ye, SPONSOR ok! Kalau sesiapa ada link dengan catering, boleh forward kan kat aku ya?

Berapa harga untuk workshop ni?? Itu nantikan post seterusnya ya?

enjoy!

Wednesday, February 15, 2012

Blog-Letter #2: Social Media Manager (part-time) by shahroll

Wednesday, February 15, 2012
#2 edition Blog-Letter SHBN
Computer generated letter signature is not required. 


Syarat-syarat:
1) Berumur 18 tahun keatas dan seorang warganegara Malaysia.
2) Lelaki/Perempuan sahaja
3) Mempunyai smartphone/gadget sebagai peranti update pantas
4) Mempunyai pengangkutan sendiri (event/launching product)
5) Kebolehan dalam bidang Public Relation (PR) dialu-alukan hantar resume
6) Penampilan yang menarik
7) Sentiasa komited dalam setiap task. Mampu menyiapkan task 24jam
8) Soft-skill yang difikirkan perlu dikongsi untuk kebaikan bersama

Tarikh akhir: 29 Februari 2012

*Resume yang terpilih akan dipanggil dalam sesi "santai" di restoren terpilih*

Selamat mencuba! =)

Tuesday, February 14, 2012

(info): Berapa billion habis untuk "iklan" di Asia Tenggara? by shahroll

Tuesday, February 14, 2012

As salam, hello readers...

Aku suka capture keratan akhbar yang aku rasakan menarik untuk aku tatap balik. Paling tidak pon aku simpan dalam folder khas, senang nak refer kembali laporan berita yang membawa motivasi kepada aku. Salah satunya keratan akhbar kat bawah ni;

hanya "WOW!" terdetik dalam hati.. hehe..

Sempat nak baca, silakan lah. Besarkan sikit bila membaca. Bidang pengiklanan tak ku sangka sebesar itu. 15 billion? menunjukkan korporat-korporat Asia semakin kukuh dengan banyaknya pelaburan keatas iklan-iklan yang dilakukan.

Banyaknya labur duit untuk iklan? Kenapa eh?

".. Advertising is one of the most important things present in or society today. Advertising helps to keep the consumers informed about whatever new products or services are available in the market at their disposal. It helps to spread awareness about products or services that are of some use to consumer and potential buyers ..." 


enjoy!