Saturday, June 16, 2012

Gambar blur? JANGAN DELETE! by shahroll



As salam, hello readers...


4 jam tanpa henti melakukan aktiviti jari+minda kreatif (edit gambo kawen) membuatkan aku rindu nak update blog. Ecceh! padahal hari-hari je aku update kan? dalam banyak-banyak gambar yang aku edit tu (disunting lebih 1k gambar) ada lah 20-30 gambar yang blur.


Apa itu gambar blur?


Tafsiran: Gambar blur adalah 1 gambar dimana titik fokus tidak mengenai subjek utama secara tepat atau meletakkan titik fokus berkenaan pada subjek lain selain subjek utama (shahroll wiki)


Ayat aku yang paling simple tuk aku beri pemahaman serba sedikit pada korang. Nak lebih detail, cari blog-blog fotographer tersohor Malaysia. Ayat baku k? HAHA!




Pada newbie dalam bidang fotograpi, jangan main sedap nak buang gambar-gambar yang blur tu. Baik simpan. Ada kegunaan dia sebenarnya. Pernah dengar pasal "Art of blur" tak? Meh aku kasi link yang best tuk kornag lihat;



Terus-terang aku katakan awal pembabitan aku dulu serupa jugak macam korang. Happy Shutter. Tahu apa makna dia? Shoot suka-suka (betulkan aku jika salah ya) ini lebih kurang macam hobbyist punya style lah. Shoot, then kalau cun gambar tu, dibiar simpan dalam CF card kalau tak, just delete it!

Tak terfikir pula kalau delete tu, serupa membazirkan shutter?

contoh gambar blur aku;

gambar ihsan: Shahroll Photography

Gambar-gambar blur ni selalunya berkait rapat dengan gambar sport (sukan) bagi memberi gambaran terhadap pergerakkan. Contohnya gambar kat atas tu. Fokus utama adalah mamat GK dan perhatikan tangan dan mamat baju putih di sebelah kiri. Tak sharp kan? perlukah aku buang gambar cam ni?

TAK PERLU!

Sebab gambar ini menunjukkan movement (pergerakkan) seorang atlet yang sedang bermain bola keranjang (walaupun bola tak nampak) dan kalau mahir dalam editing, gambar ini perlu dinaikkan level. Itu sahaja.

Ada gambar blur? SHARE di sini =)

enjoy!

No comments: