Showing posts with label fiverr. Show all posts
Showing posts with label fiverr. Show all posts

Wednesday, December 23, 2015

Bagaimana nak dapatkan Fiverr Revenue Card dalam Fiverr akaun? by shahroll

Wednesday, December 23, 2015



As salam, hello readers...

Dah lama aku tak bercerita pasal buat dari Fiverr ni kan? Tapi korang boleh refer balik pada post-post lama kat tag FIVERR ni ye? Banyak dah aku kongsikan. Kali ni aku nak share dengan korang pasal, macam mana nak dapatkan Prepaid Mastercard dari Fiverr yang dijanakan bersama Payoneer, sebagai rakan kongsi mereka.

sedikit informasi tentang Fiverr Revenue Card

Kad yang bakal aku terima nanti, sama seperti diatas. Dimaklumkan, pada Januari 2016 nanti baru aku akan terima kad tersebut dari United Kingdom (UK), buat masa sekarang mereka sedang review permohonan aku setelah selesai membuat pendaftaran beberapa hari lalu.

Kad yang dihantar melalui postage biasa (regular mail) dan mengambil masa selama 12 hingga 25 hari bekerja (luar United State)

Di stage ke-2 untuk mendapatkan prepaid mastercard

Buat masa sekarang, akaun Payoneer belum lagi diaktifkan. Payoneer ni memang banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat di United State dan juga Europe. Antara syarikat yang mengeluarkan kad mereka bersama Payoneer adalah seperti dibawah;

Antara syarikat yang menggunakan Payoneer sebagai rakan kongsi mereka

Ok, dah kenal apa itu FIVERR dan juga PAYONEER kan? Fiverr sebagai platform untuk menjana duit dari US, dan Payoneer sebagai bank international yang boleh digunakan di Malaysia. Bila aku dah dapat kad tu nanti, aku buat tutorial ya?

Bagaimana aku memohon Fiverr Revenue Card ni?
Bila korang dah register dengan FIverr untuk menjual perkhidmatan yang korang boleh buat, dalam section "Revenue" akan ada pilihan samada nak keluarkan duit tu dari Paypal, Fiverr Card atau Bank Transfer. Dulu Fiverr cuma bagi Paypal dengan Fiverr Card saja, Bank Transfer ni baru lagi.

button Fiverr Card tu kelabu sebab nak tunggu aku activated kan kad nanti

Apabila korang memilih untuk keluarkan duit dengan Fiverr Revenue Card ni, dia akan bawa korang ke page Payoneer tu untuk sign up. Jangan terkejut pulak ye, sebab logo Fiverr akan ada di sebelah kiri, bermakna korang mintak prepaid mastercard tu under Fiverr.

Dan lepas tu, ikut je arahan yang dorang suruh utnuk isikan seperti nama penuh, alamat untuk hantar kad dan sebagainya. Fees yang dikenakan oleh Payoneer kepada pemegang kad baharu adalah seperti berikut;

cuma USD5 untuk mengaktifkan kad

Kalau korang masih tak jelas dengan penerangan aku dalam post entry ni, boleh email aku kat shahrollphoto@gmail.com k? Aku cuba terangkan kat korang, kalau berminat lah nak tahu lebih lanjut.

enjoy!




Sunday, August 09, 2015

Fiverr: Level One Seller from Malaysia by shahroll

Sunday, August 09, 2015



As salam, hello readers...

Semalam aku mendapat perkhabaran gembira dari team FIVERR pasal status baru aku. Nak tahu kenapa??? HeHe! Aku baru je NAIK PANGKAT kepada Level One Seller. Yeahhhh!! Kenapa aku suka sangat?

Untuk mencapai status tu, korang kena buat sales dalam FIVERR sebanyak 10 sales dari GiG yang korang offer. Alhamdulillah, semalam aku baru je mencapai sales yang ke-10 aku dengan jualan USD30 (last sales GiG)

ucapan tahniah team FIVERR

Macam mana aku bermula? Aku bermula dari bulan March 2015. Masa tu, aku baru je diperkenalkan oleh seorang teman lepak yang suka buat business online. Then aku decide nak cuba-cuba je, tak serius sangat pun. Maklumlah aku try je semua benda yang boleh mendatangkan duit. HAHA!

Lepas tu, aku makin seronok dengan FIVERR. Bestnya FIVERR ni bukan setakat kita sebagai freelancer ni nak buat sales saja, tapi boleh berhubung dengan rakan-rakan FIVERR lain dalam forum komuniti. Dari situ seluruh FIVERR dari pelbagai negara berdiskusi dan berkumpul meminta pandangan.

Setakat ni, aku berjaya mengumpulkan wang sebanyak USD66 dan telah membuat pengeluaran dari bank aku sebanyak 2 kali.

Tiada unsur penipuan atau scammer di FIVERR

Bila buka web FIVERR semalam, dapat status Level One Seller

Tak ramai freelancer Malaysia ada kat dalam FIVERR ni. Maka, aku lihat benda ni satu peluang dan lubuk duit aku kat sini. InsyaAllah, aku akan terus berniaga kemahiran aku disini dan menambah GiG yang ada sekarang. Perjalanan aku masih jauh disebabkan ada 2 stages lagi aku kena capai.

Level Two Seller dan Super Seller!

Setiap stage ada "unlocked features" yang FIVERR berikan. Macam Level One dapat unlock features macam kat bawah;

super nice kan?

Kalau korang minat nak join dalam jemaah FIVERR, boleh pergi kat FIVERR website ya!

enjoy!





Wednesday, July 15, 2015

Bagaimana mengeluarkan wang dari Fiverr ke akaun bank tempatan? by shahroll

Wednesday, July 15, 2015



As salam, hello readers...

Mesti korang tertunggu post entry ni kan? HEHE! pasal duit, siapa tak nak kan? Ok, kali ni aku nak cerita kan bagaimana korang boleh dapatkan duit yang telah korang kumpulkan di dalam akaun FIVERR dan dipindahkan ke akaun bank tempatan? Bank tempatan ni macam bank Maybank, RHB, CIMB dan lain-lain la ye.

Untuk contoh, aku pakai Maybank sebab akaun Paypal aku daftarkan guna akaun Maybank

Sebenarnya aku dah cerita dalam post entry: Bagaimana Paypal bayar duit dari Fiverr? tapi aku remind balik dengan post entry yang baru

Bagi mereka yang 1st time datang sini, baca pasal FIVERR kat sini

akaun Paypal aku

Perhatikan kotak yang aku merah kan dibahagian bawah. Itu adalah hasil aku withdraw dari akaun FIVERR ke Paypal. Masa ni duit korang masih lagi berada di awang-awangan. Kebiasaannya Fiverr laju hantar duit ni. Tak sampai 24 jam pun!

*Jangan tengok figure money tu, ciputtt je...*

Then, korang tengok pula kotak yang aku dah oren kan. Duit korang dah cukup haul nak dikeluarkan dari Paypal ke akaun bank tempatan. Minima pengeluaran adalah sebanyak 10 dollar. Maka, baki aku dalam Paypal ada sebanyak USD19.60 aku keluarkan USD19.

Aku withdraw sebab nak test, betul ke tak betul Fiverr ni. HEHE! Suka aku ingatkan, urusniaga korang tadi Paypal akan tolak RM3.00 sebagai caj/upah transaksi. Kalau korang keluarkan melebihi RM400, dorang tak kenakan caj.

4 GiG aku yang ada di FIVERR

hope mendapat manfaat! 



enjoy!



Saturday, June 20, 2015

Fiverr task: Promote your video in our channel by shahroll

Saturday, June 20, 2015



As salam, hello readers...

Hari ni aku sempat deliver task yang datang dari Fiverr berharga USD5. Kerja yang senang iaitu masukkan video yang mereka nak promote ke dalam Youtube channel aku (youtube.com/shahroll) topik dia berkenaan dengan dating online yang boleh buat duit


Kalau korang nak buat duit dari Fiverr, boleh baca post-post lepas berkenaan dengan Fiverr dalam blog aku ye. Kalau tak paham, boleh komen di mana-mana post entry yang berkenaan, InsyaAllah aku cuba jawab

enjoy!


*Selamat berbuka puasa*



Thursday, June 04, 2015

Bagaimana Paypal bayar duit dari Fiverr? Ini caranya! by shahroll

Thursday, June 04, 2015



As salam, hello readers...

Untuk bacaan berkaitan FIVERR boleh klik label FIVERR ya? Ok, selepas korang berhempas-pulas membuat kerja freelance di FIVERR, bagaimana korang nak memunggut hasil dari sana? Pakai bank biasa ke? pakai cheque ke?

Jawapan:
Guna Paypal!

Ada 2 cara untuk withdraw duit. Satu guna Paypal dan satu lagi Fiverr Revenue Card. Tapi aku suggest kan kat korang, guna Paypal senang sebab Paypal korang tu dah sesiap link dengan bank tempatan kan? Macam aku guna Maybank link dengan Paypal


screen shot: Pembayaran Fiverr

Aku cuba withdraw USD19 dari akaun Paypal aku setelah FIVERR membayar perkhidmatan aku. Kena tunggu seminggu selepas client korang membuat pembayaran kepada FIVERR

enjoy!




Saturday, May 30, 2015

Fiverr: GiG yang ketiga dari akaun Fiverr shahrul hairy

Saturday, May 30, 2015



As salam, hello readers...

Pejam celik aku dah masuk GiG ke-3 untuk akaun aku di Fiverr. Alhamdulillah, yang mendapat sambutan hangat untuk services Blog Mention (GiG yang pertama) selepas tu aku cuba berikan service yang ke-2 dan sekarang, GiG yang ke-3 pula.

Apa yang aku berikan?

subscribe my channel: Shahroll Youtube

Aku mempunyai kekuatan dalam channel aku sendiri dengan 50 subscribers Youtube dan viewers melebihi 100,000 ribu jumlah tontonan. Setiap video aku yang dapat melebihi 1,000 tontonan adalah seperti dibawah;

My popular upload

Aku semakin senang dengan menjual perkhidmatan aku di Fiverr. Kenapa? faktor tukaran matawang asing itu menjadi motivasi utama dan yang keduanya, client international tidak banyak kerenah untuk deal dengan mereka.

Asalkan penerangan dalam description GiG itu mencukupi, dorang tak banyak soal. Nak tekan butang "pay" sebanyak USD5 pun tak banyak soal. Easy!

sudah di index! yeahhhh!!

Aku sarankan, korang cuba medium Fiverr ni. Tak rugi apa pun sebab sign up FREE dan boleh mula menjual bakat yang ada dalam Fiverr dan tukar dengan duit! Nak borak santai dengan aku pun takde hal kalau nak belajar.

enjoy!



Wednesday, May 13, 2015

Buat duit dengan FIVERR lagi! by shahroll

Wednesday, May 13, 2015



As salam, hello readers...

2 hari lepas, aku dapat tempahan dari akaun FIVERR. Kali ni dari China. Dah 2 kali juga Tanah Besar China guna khidmat aku untuk beri blog mention (links) dan juga post entry. Dan tak lama lepas tu, kalau mereka berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan, duit pun akan masuk dalam akaun FIVERR korang. 

Contoh order seperti berikut;

dalam dashboard tempahan dari pelanggan

Inilah details yang ada dalam ordering dari pelanggan. Korang ada masa lebih kurang 2 hari nak setelkan kerja tu. Masa nak siapkan tu, bergantung pada penawaran awal dalam GiG korang tu. Kalau korang deliver lagi awal, lagi bagus! Client luar negara suka pada kerja yang cepat dan bagus.

Dalam gambar tu juga, di paparkan jumlah pendapatan (earning) yang BAKAL korang terima. Belum masuk lagi duit tu, kalau korang dah deliver baru client release payment

Mudah kan buat duit?


Tuesday, May 12, 2015

Home decor: Bagaimana nak menceriakan ruang rumah anda dengan HAPPYWALLZ?

Tuesday, May 12, 2015



Aku ada pergi ke IKEA Malaysia di Damansara Ahad lepas. Macam biasa, aku pergi bersama my little princess untuk menikmati idea-idea baru untuk menghiasi rumah dan terutama sekali, ruang tamu! Ruang tamu dan ruang pejabat di rumah aku rasakan part paling kritikal untuk aku berikan perhatian khusus.


I love this space!

Selain itu, aku juga memikirkan untuk hias ruang tamu dengan decal stickers. Nak cat balik satu rumah, macam tak perlu sebab cat putih masih elok. So, kalau aku pasang decal stickers dari MYWALLDECALS dari Canada ini, lebih bagus rasanya?

antara idea yang aku suka

Aku ada baca dalam website mereka, decal stickers yang digunakan adalah selamat dan tidak menjejaskan dinding rumah pun! Boleh baca di ruangan "About Us" bagi pemahaman yang lebih jelas. Menggunakan decal stickers begini lebih baik daripada korang menggunakan cat bagi melukis mural atau latarbelakang yang diidamkan

Untuk decal stickers diatas, boleh lihat di SINI

Selain itu, ada macam-macam kategori yang boleh dipilih mengikut citarasa yang korang suka. Macam contoh, ada kategori NEW ARRIVAL, FEATURED & BEST SELLER. 3 kategori ini boleh dibuat perbandingan semasa pemilihan decal stickers nanti.

Bagi mereka yang menjadikan dapur sebagai elemen penting dalam ruangan yang ada, boleh mencuba lihat di menu kitchen di laman web mereka.

nice one!

Suka dengan decal stickers yang aku tunjuk diatas? Layari laman web HAPPYWALLZ untuk korang pilih, bayar dan pasang decal stickers dirumah!

enjoy!




Monday, May 04, 2015

FIVERR: Service kedua untuk akaun fiverr! by shahroll

Monday, May 04, 2015



As salam, hello readers...

Hari ni aku masukkan perkhidmatan baru aku di dalam akaun FIVERR. Setelah GiG pertama aku berjaya membuahkan hasil, aku berganjak ke peringkat seterusnya. Service kedua aku, masih berkaitan dengan social marketing di dalam blog ini.

screen shot services

Kalau anda mahu melihat services ini di akaun FIVERR aku, sila ke profile shahrulhairy. Disitu, anda akan melihat ayat English aku yang kelaut, tapi boleh paham kot eh? HEHE!

Apa yang aku tawarkan kali ni?

Ok, seperti di keterangan disana, aku menyediakan platform untuk para peniaga mempromosikan produk atau services mereka di dalam blog aku. Tidak seperti GiG pertama, aku hanya memberikan BLOG MENTION sahaja, tidak spesifik kepada perniagaan tersebut.

Hanya 2 post entry sebelum ini dari FIVERR aku promo untuk post entry.

Dengan kekuatan blog ini, aku yakin dapat memberikan kepuasan dan penjenamaan kepada business owner yang mahukan BOOST SALES dari perniagaan mereka. Untuk direct contact, boleh whatsapps aku di: 0123437359 (SH)

enjoy!



Friday, May 01, 2015

Fiverr Affiliate Program (FAP): Bagaimana membuka akaun bersama Fiverr? by shahroll

Friday, May 01, 2015



As salam, hello readers...

Aku akan share pengalaman aku dalam membuat duit dengan Fiverr. Seperti post entry aku yang sebelum ni, Fiverr menawarkan perkhidmatan freelancer bermula dengan harga USD5. Mesti korang fikir, agak rendah bayaran yang diberikan ni ye?

Memang rendah tapi korang jangan tak tahu, ramai yang membuat duit beribu USD dengan medium Fiverr. Aku antara freelancer dari Malaysia yang menceburkan diri dalam arena Fiverr (sila refer badge button aku di sidebar!)

paparan muka akaun FIVERR aku


pendapatan dari FIVERR

Adakah Fiverr ni menipu? Jawapannya TIDAK. Seperti akaun Paypal aku diatas, mereka boleh withdraw duit yang terkumpul hasil kerja yang korang dah buat, masuk ke dalam akaun Paypal. Jika takde Paypal, boleh buat akaun korang disini

Bagaimana nak bermula?

1) Buka akaun FIVERR korang di SINI
2) Aktifkan akaun Paypal
3) Mulakan GiG pertama korang iaitu, services yang ditawarkan
4) Promote dan promote!

Aku buka akaun FIVERR March 2015. Masih baru tetapi aku boleh membuat income dari sini. Walaupun kecil jumlahnya, aku masih belajar bagaimana untuk meraih jumlah yang BESAR seperti FIVERR member bernama Claudioa

Nantikan tutorial untuk FIVERR ok?

enjoy!




Thursday, April 02, 2015

Fanrek: tempat membeli-belah untuk cosplay!

Thursday, April 02, 2015



Pernah anda mahu membeli cosplay untuk pelbagai watak yang anda sukai? mungkin sukar untuk kita menjumpai laman web yang benar-benar memberikan pengalaman membeli cosplay yang best!

Pernah dengar FANREK?

about FANREK


best place for shopping!!

Aku rasa dekat Malaysia ni kurang yang menjual cosplay ni rasanya. Mujur aku jumpa laman web yang memudahkan korang membeli cosplay yang menarik untuk kategori Anime, Movie, TV dan lain-lain seperti yang ada dalam laman web tersebut

contoh kategori

Dalam banyak-banyak yang ada, aku tertarik dengan baju dari movie Transformer, serius cantik! Boleh buat tidur la kiranya. Boleh santai tengok movie sambil pakai baju tersebut

best kan?

Mesti dah tak sabar nak beli kan? tapi macam mana eh korang nak membeli dari laman web FANREK ni eh? Cuba baca dibawah;

can read here: Delivery info

Selamat membeli belah!




Thursday, March 26, 2015

FIVERR: Buat duit serendah USD5! by shahroll

Thursday, March 26, 2015



As salam, hello readers...

Post lepas aku ada kongsikan tentang Youtube Adsense dan kali ni aku nak promote tentang FIVERR pula. Apa yang menarik pasal fiverr ni? Satu marketplace yang menempatkan freelancer-freelancer satu dunia memberikan khidmat dalam pelbagai bidang seperti SEO services, Writting, Translation, Animation dan macam-macam lagi

picture: Marc Scott blog

Service caj yang dikenakan adalah serendah USD5 sahaja. Tetapi setiap elemen yang mahu dan hendak diubah, ada kos tambahan yang perlu dimasukkan. Sebagai contoh, kalau korang buat video marketing, then nak masukkan logo atau pamerkan produk, kna tambah lagi USD5 dan total menjadi USD10

Aku pun try masuk di FIVERR dan sudah pun aktif GIG aku

Kepada freelance Malaysia, korang boleh cuba tembus pasaran global kat sini.

enjoy!