Showing posts with label ads online. Show all posts
Showing posts with label ads online. Show all posts

Monday, May 11, 2015

FURENO DESIGN: Your Home Kitchen choice! by shahroll

Monday, May 11, 2015



As salam, hello readers...

9 May lepas, aku ada post dalam Facebook aku pasal "kitchen" dari Fureno Design. Kebetulan masa tu aku pergi melawat rumah baru business partner di seksyen 32, Shah Alam. Cantik sebab simple dan tak serabut sangat.

keadaan sebenar di rumah rakan aku, cantik kan?

Warna korang boleh pilih nanti kepada Fureno Design. Kalau macam ni harga lebih kurang RM3,000 tidak termasuk hood dapur tu. Kalau termasuk sekali, sampai RM4,500 jugak lah. Material untuk kabinet dapur ni adalah Melamine

Bagi korang yang berminat nak tahu harga, boleh rujuk Facebook Pages business dorang seperti dibawah;



Tuesday, December 16, 2014

Pelaburan Emas: Bersama Amethyst Gold Creation Sdn Bhd by shahroll

Tuesday, December 16, 2014



As salam, hello readers...

Dalam banyak-banyak business yang aku join, aku belum pernah join mana-mana program pelaburan emas. Bukan aku invest banyak pun, aku cuba-cuba membeli 1 gram emas dari Amethyst Gold Creation yang aku beli daripada sabahat aku, Alyz.

1gram: RM180

Aku beli 1 gram emas ni tahun lepas. Masa tu harga jualan (bukan harga ahli) dalam lingkungan begitu. Now, turun sedikit berbanding tahun lepas. Pada awalnya, beli untuk convert duit fiat jadi emas. Tak fikir nak buat business lagi pun. Aku pasal hal emas-emas ni blurr sikit.

Dalam facebook, banyak group aku join untuk kasi pendedahan dalam line gold business. Ada positif dan ada yang negatif. Part negatif tu adalah, part pengelola yang kaki songlap duit pelabur. Janji bayar pada sekian tarikh, lepas tu hilang lesap tah kemana. Boleh cari pengelola/syarikat yang bebetul dipercayai oleh orang ramai.

Kebetulan aku ada kawan, Alyz dari Sungai Buloh menjinak-jinak dalam line emas. Dalam dia, dah jadi stokis! cessss, tak hajak aku awal-awal. Baru sekarang awareness aku terbuka setelah setahun member aku sorang ni join! hhuhuhu...

Modal tak ada lagi nak join, tapi aku berminat nak tahu plan marketing yang dorang buat dalam team. Walaupun aku dah baca dalam website dorang, but still nak pencarahan dalam komuniti mereka sendiri.

May Allah bless me!

enjoy!



Thursday, December 11, 2014

(ads) Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS)

Thursday, December 11, 2014

Merupakan program julung kali diadakan dan akan dijadikan acara tahunan dalam mengenetengahkan produk dan perkhidmatan di seluruh negara. MACCOPS adalah satu jenama yang akan memartabatkan produk dan perkhidmatan gerakan Koperasi Malaysia diseluruh negara dan di mata dunia.

Produk dan perkhidmatan koperasi yang terlibat dalam MACCOPS diberikan peluang untuk dibangunkan dan dikembangkan sehingga mampu berdiri setaraf dengan produk-produk yang ada dipasaran dalam dan luar negara.


klik pada gambar untuk zoom


Wednesday, October 30, 2013

Berniaga KAPIT COKLAT & PEANUT BUTTER paling laris! sedap dan rapuh!! by shahroll

Wednesday, October 30, 2013



As salam, hello readers...

Pertemuan aku dengan kawan sekolah lama, membawa aku ke satu perniagaan makanan yang lain. Anda dah tahu yang aku menjual Kerepek Pisang Tanduk LCCT yang diusahakan oleh mak aku kan? Now, aku mula mengorak langkah dengan menjual produk makanan yang lain pula.

Apa itu?

Kapit Coklat & Peanut Butter

Kueh kapit antara kueh tradisional yang dulunya tiada perasa seperti coklat, peanut butter, oren, strawberi, pandan dan lain-lain perasa lagi. Dengan meng-inovasikan makanan ini dapat dikomersilkan seperti sekarang

yang aku jual: Peanut Butter & Coklat

Gambar diatas semasa aku buat sesi "tester" untuk rakan-rakan, dan ramai yang mengatakan coklat lebih sedap! Ok lah, sesiapa pun akan kata coklat lagi sedap dari peanut butter. Masing-masing punya selera kan? Tapi aku ada stock untuk kapit peanut butter juga.

Kapit Coklat review

Harga sebalang (promosi) RM22 sahaja. Selepas harga promosi ni, harga normal adalah RM25. Promosi yang aku buat SAH sampai hujung bulan November ni. Cepat beli!! HEHE...

2 kotak Kapit Coklat & Peanut Butter 

Penghantaran PERCUMA di Klang dan Shah Alam ya! Kalau jauh sikit, aku caj per/kilometer lah (RM2). Dan, sesiapa yang nak jadi pengedar kueh kapit berperasa, boleh WhatsApps aku di: 012-3437359 (shahroll) juga boleh buat part-time business kepada pelajar-pelajar IPTA atau IPTS!

enjoy!


Tuesday, June 05, 2012

Facebook: from inception to maturity by shahroll

Tuesday, June 05, 2012

As salam, hello readers...

Dapat link yang bagus tadi lalu aku buka dan membaca slide yang terkandung dalam slideshare sebanyak 94 halaman. Gigih juga la aku membacanya. Ternyata, slide yang tidak membosankan. Penuh dengan visual dan fakta yang tak pernah korang tahu.

Pasal apa?

Pasal laman popular social network, Facebook. Kenapa facebook berlainan dengan social network seperti Geo Cities, Friendster & Myspace? 3 medium ini dahulunya telah ada di dunia internet tetapi hanya untuk sementara waktu. Mengapa facebook kukuh?

salah 1 slide yang aku suka

Semuanya diceritakan dalam slide berkenaan. Untuk pengetahuan korang, laman web yang menyediakan slide tersebut, menyebut Facebook sebagai salah satu company yang berjaya meng-innovasikan penggunaan internet melalui social network sekaligus membawa lembaran yang baru dalam dunia perniagaan online.

Sila baca slide di sini: FaberNovel for facebook

enjoy!

Monday, February 13, 2012

Apa dapat selepas register Starbucks Card? by shahroll

Monday, February 13, 2012

As salam, hello readers...

*Sambungan dari posting Starbucks Card*

Bila korang dah register dalam web Starbucks tu, dorang akan reply dalam email korang dalam kadar yang sungguh cepat. Siap bagi complimentary kad lagi untuk korang gunakan (gambar dibawah sekali

tutorial cara-cara nak register kad korang, seperti dibawah;

1) Carik button Starbucks Card. Dan isikan borang seperti di gambar diatas. Mana ade titik merah tu, korang MESTI masukkan data lah. Dah siap semua, scroll bawah sekali tekan butang "next"

2) Setelah dah setel bab #1, korang kena masukkan no.kad korang di bahagian belakang beserta dengan no.pin (gores nak dapatkan no tersebut) dan isikan seperti di rajah.

3) Paparan seperti ini yang korang akan dapat setelah berjaya! Dapat tengok details korang berapa baki yang ada, bila korang guna dan sebagainya lah. Cuma fungsi nak top-up secara online banking aku tak jumpa pon. May be kena bayar manual kat kedai Starbucks.

Dan Starbucks memberi 1 complimentary special tuk pengguna kad mereka. Cute? =D
TERBAEK!!

enjoy!

Sunday, February 12, 2012

Starbucks Reload Debit Card? by shahroll

Sunday, February 12, 2012

As salam, hello readers...

Menjadi seorang dealer, aku lebih pentingkan kepuasan dari segi tempat yang disediakan dan juga produk yang berkualiti. Tempat yang selesa dan santai, kebarangkalian untuk close deal adalah tinggi. This my best practice yang aku buat.

Disebabkan aku seorang kopi-holic, aku memilih Starbucks sebagai tempat untuk berbincang, berborak dan tempat sign agreement. Aku tak duduk kerusi kayu. Lebih selesa sofa.

Dan semalam, ada untuk satu projek bersama Prof (berbincang bersama pelajar beliau) aku ajak lepaking di Starbucks Bukit Raja. Tengah aku nak order air, aku ada nampak 1 kad hijau diletakkan di hadapan kaunter. Ia menarik pandangan aku.

Untuk details, layan gegambo kat bawah ni;

Kad ni berharga RM30. Bukan burn macam tu saja, tapi korang boleh gunakan kembali duit tu untuk beli minuman. Ganti penggunaan wang cash kepada sistem kad.

"Introducing the Starbucks Card"

Antara minuman yang aku pesan semalam...

Ok, ni yang aku cakap tadi. RM30 tadi digunakan kembali untuk beli minuman. So now aku nyer baak dalam kad Starbucks RM3.50 boleh reload dalam kad ni lagi nanti di semua cawangan Starbucks.

Ini bukan kad yang diberikan. Ni kad untuk baca terms & condition mereka.

Besarkan gambar untuk membaca...

THIS! kad yang aku dapat semalam...

Sudut gambar yang berlainan pulak! (saja main condong-condong) 

The best thing is, korang tak payah isi borang ke apa masa di kaunter. Cukup dapatkan kad ni dan bayar. Untuk register korang punya kad, boleh pergi ke laman web Starbucks http://www.starbucks.com.my buat pendaftaran kad. Nice! *serius suka practice cam ni*

Di belakang kad, disertakan PIN KOD untuk buat pendaftaran nanti dalam web

"Treat this Card like Cash"

Amacam? apa pendapat korang bila ada company yang practice kan mende ni? strategi yang baik untuk aku implimen kan dalam perkhidmatan lain? Macam kedai runcit may be? =D

enjoy!

Friday, January 20, 2012

info: How small businesses are using social media? by shahroll

Friday, January 20, 2012


As salam, hello readers...


Sepanjang aku mengisi masa lapang dengan meng-update blog, sedikit pun tak terlintas untuk mendapatkan keuntungan daripada blog yang terbina. Tetapi selepas hampir 3 melibatkan  diri dalam dunia blogging, baru aku terdedah dengan penghasilan pendapatan melalui medium sosial media.


Banyak juga aku lihat company advertising yang berorentasikan pengiklanan di dalam blog. Memang meriah dunia blogging dengan kehadiran mereka. Penjanaan wang semakin mudah!


Lepas tu, di arena Facebook tak terlepas daripada scammer tak sudah pasal wang. Wang memang menjadi daya tarikan utama dalam memperdayakan orang lain untuk turut serta terjebak sama. Aku cukup tak suka bila ada orang 'tag" gambar bersama duit yang yang bertabur atas katil, padahal bukan duit business yang soheh pun.


Berbalik pada sosial media, bagaimana perniagaan kecil-kecil terutama Industri Kecil dan Sederhana boleh memasarkan barangan mereka atau produk mereka di dalam pasaran online? Setahu aku, syarikat yang besar-besar saja yang mampu membuat pengiklanan di ruangan iklan yang besar.


Bagaimana dengan syarikat yang kecil?


untuk company yang kecil, boleh juga pasarkan mereka melalui sosial media yang banyak di dalam Internet. Cuba explore penggunaan 4 elemen terpenting seperti Facebook, Twitter, Youtube dan Blog. Bila ada 4 elemen ini, tak perlu ruangan iklan di tempat lain lagi, anda mampu membuat marketing sendiri.


sila klik untuk pembesaran

Bagi usahawan yang mahu pelajari selok-belok pemasaran di dalam dunia internet, boleh melihat di ruangan My Coursez Consultant (MCC) untuk butiran lanjut! Selamat membaca.

enjoy!

Thursday, September 22, 2011

Cerita pasal perniagaan kerepek keluaran Laila Crispy Chips & Taste by shahroll

Thursday, September 22, 2011


As salam, hello readers...


Sejak balik dari UniSZA, aku tak sempat nak update apa-apa dalam blog kesayangan ramai ni (ewwah!!) yelah, dengan kerja tetap di office+ study malam, memang waktu aku rasa "singkat" walaupun semua orang ada masa 24 jam!


Untuk post ini, aku nak cerita aktiviti terbaru aku bersama family. YA! Kerepek ini keluaran family aku. Tulang belakang dia isteri kepada abah aku. HEHE! Mak aku la yang jadi master-mind nyer. Sebab tu company dinamakan LAILA CRISPY CHIPS & TASTE


Buat masa sekarang, pengeluaran dilakukan setiap hujung minggu. Sabtu dan Ahad. Untuk minggu pertama, sambutan agak memberangsangkan dengan tempahan packing 500gram. Alhamdulillah. Packing yang kecik-kecik tu selalu orang office je yang beli (100gram)


contoh gambar Kerepek keluaran
Laila Crispy Chips & Taste

Untuk permulaan ini, hanya ada 3 jenis kerepek yang dikeluarkan iaitu KEREPEK PISANG TANDUK, KEREPEK PISANG NANGKA dan KEREPEK SUKUN. Aku akan perluaskan lagi jenis kerepek ini dengan cara bergilir-gilir pengeluaran (jika ada permintaan). Kerepek ubi, kerepek keledek, kerepek berperisa semua ada di dalam market sekarang, aku cuba untuk membawa kelainan tuk rasa kerepek yang mak aku buat. Kiranya memeriahkan lagi industri kerepek Malaysia!

Bahan-bahan utama dalam memproses kerepek:-
Pisang Tanduk
Pisang Nangka
Sukun
Minyak Sawit
Bawang Putih
Garam

Untuk mereka yang tinggal di sekitar Klang/ Shah Alam, khidmat penghantaran boleh dilakukan dengan syarat tempahan melebihi 5 kilogram (apa-apa jenis kerepek). Jika mahu ambil sendiri, boleh datang ke Seri Bayu.


Boleh juga melihat kerepek-keepek yang ada di SH iMAGE facebook pages!

enjoy! =)

Tuesday, November 30, 2010

Blog untuk aku melepaskan "nafsu" by shahroll

Tuesday, November 30, 2010
As salam to all,


Kontroversi untuk meningkatkan prestasi! HAHA! salam kenal kepada yang baru lawat blog aku. Enjoy yourself bila lepak lam blog aku nie. Muka tak yah nak serius sangat bila baca posting2 aku k! relex2 sudey.. LOL~


Hermm, blog ape yang selalu aku melempiaskan nafsu tu? huuuu~ ayat "panas" je hari nie kan.. perasan tak? nie semua nak kasik SEO mari aa nie lam blog, law tak haramm aa korang nak datang pat aku, kan? HAHA!


Blog yang aku nak kongsi nie best owh! Siap dah masuk lam paper lagi. Kira feymes la dok?huhu~ Blog aku tah bila lak nak masuk newspaper (perasan!) =P Blog tu adalah blog perkongsian para novelis bergabung dalam satu tempat.



Siapa kaki novel, bukak je blog tu dah dapat baca novel free. Kira ok la kan. Aku dah baca 1 2 novel yang disumbangkan oleh novelis kat sana, and cool jugak lah. Macam korang beli novel kat toko-toko buku jugak.

Paling enjoy, cerpen. Aku suka cerpen (Cerita Pendek) dari zaman sekolah lagi. Aku dapat 1st duit cash RM200 untuk 1st prize untuk Cerpen Juvana (remaja) masa form 3. Kiranya, dari zaman sekolah lagi aku dah mula menulis. Eh bukan, seawal darjah 6 aku dah mula menulis, masa tu aku ada tulis dalam buku sekolah cerita "Monkey Love" dengan "Kerana Zurina". Hilang pulak manuskrip aku tu! =(

Tak pe, aku akan mula menulis balik but mood untuk itu belom ada lagi. Makan masa ah nak amik mood, bukan senang nak menulis owh! Bukan macam tulis blog! HAHA! Sehari nak update 20 entry pon tak de hal, nie nak tulis untuk 1 chapter pon mengigil.. LOL~

Korang kalau nak beli novel online, boleh dapatkan di website Kedai Buku.com. Pelbagai pilihan buku dan novel ada lam website tu. Pandai2 lah korang carik k! =D


As salam...