Showing posts with label sony vegas 10. Show all posts
Showing posts with label sony vegas 10. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Corporate Montage: Mana korang boleh hire freelancer? by shahroll

Sunday, May 11, 2014



As salam, hello readers...

Hari Ahad aku terisi dengan satu tujuan yang jelas, iaitu dengan study balik perisian yang pernah aku selongkar 2 tahun lepas, Adobe After Effect. Masa tu aku dah agak mahir menggunakan walaupun masih sangkut-sangkut, tetapi terus tak guna sebab layan Sony Vegas tuk editing video.

perbincangan tahap 1 untuk buat montage korporat...

#1-Kenapa perlu pakai AE?
Bagi aku, AE ni tempat kau generate pelbagai animate untuk text. Lagi-lagi tentang motion graphic memang "mudah" buat dalam AE.


#2-Apa yang perlu dimahirkan dalam AE?
Layer, timing dan keyframe. 3 benda ni kalau korang master, boleh buat duit!


#3-Mana nak belajar AE secara percuma?
Bukak Youtube, cari tutorial yang bersesuaian dengan tahap pemahaman korang. Jangan push! nanti korang hilang mood nak belajar.


#4-Nak buat montage dengan Shahroll boleh ke?
Buat montage untuk apa? final project student? corporate event? company profile? boleh whatsapps shahroll kat 012-3437359 start price RM250/booking

Contoh project;


enjoy!


Sunday, March 16, 2014

Sony Vegas PRO 10 tutorial: Langkah menghasilkan video/montaj mengikut tertib by shahroll

Sunday, March 16, 2014



As salam, hello readers...

Selamat pagi Ahad semua! Alhamdulillah, kita semua di izinkan oleh-Nya untuk hidup serta boleh membaca blog yang aku hasilkan pagi ni. Lama dah rasanya tak buat tutorial pasal Sony Vegas 10, kalau ada pun mesti korang dah baca kan? Ok, hari ni just simple je tutorial.

Bagi yang kat luar sana, yang tercari-cari blog pasal tutorial Sony Vegas ni, boleh share dalam wall Facebook, Twitter, Instagram etc ok? Biar ramai orang tahu, macam mana nak edit video dengan mudah.

Ok, kita mulakan;


step #1- Susun footage dalam file

Kerja menyusun ni, kadang-kadang melemahkan kepala bagi sesetengah orang. Betul tak? nak kemas bilik pun susah, lagi susun file dalam PC? HAHA! Aku joke. Biar rumit pada awal proses, jangan rumit ditengah-tengah proses itu bahaya. Boleh tercabut kepala lutut kalau cam tu. Slow-slow susun untuk scene-scene tertentu. Memudahkan kerja sebenarnya.

step #2- Pilih Intro yang bersesuaian dengan projek yang dihasilkan

Aku ada buat post entry pasal pemilihan background musik untuk montaj. Untuk projek mini drama atau drama pendek juga memerlukan korang untuk membuat introduction (opening) dengan betul. Bukan setakat betul saja, tetapi kena dengan konsep.

a) Seperti projek aku baru-baru ni, buat drama mini Mandarin. Footage yang aku ambil dari Google tu, sebenarnya mahu menunjukkan "Kecinaan" drama ini dengan simbolik "bunga api" dengan background sound "kesesakkan lalu lintas"

b) Pemilihan typography juga memainkan peranan juga. Kalau main hentam, tak cantik lah projek korang. Banyakkan refer indie-indie video dalam Youtube. Cara dorang edit video pun nice, lebih dari Hollywood style.

c) Pastikan korang pakai "track" dengan betul. Kadang-kadang kalau korang edit, biarkan video diatas dan audio dibawah. Track diatas untuk tambah 'Text media" macam tittle, dialog etc

d) Gunakan "Grid" guideline seperti aku guna diatas. Untuk keselamatan korang juga sebab dia membantu korang untuk edit video dalam keadaan terkawal. Bermaksud, video-video yang di edit dalam zone selamat untuk ditonton di dalam player nanti. Paham?

e) Untuk kelihatan video itu sedikit memanjang, gunakan scale 16:9 wide-screen dalam editing.

step #3- Render projek anda dengan format yang bersesuaian

Setelah siap edit-copy-paste-cut semua, maka proses terakhir adalah membuat rendering untuk video/projek yang korang hasilkan. Diingatkan, PC yang lembap (macam PC aku) adalah sangat kritikal dalam segi kos masa. Kalau ada duit lebih, beli PC yang laju sikit ye? Macam PC aku, lebih kurang 25 minit baru siap render.

Sebab apa slow? Yelah, nak render video dan audio kan. Kalau setakat edit gambar, PC aku gagah lagi. HEHE!

Ok lah, serba sedikit ilmu editing yang aku kasi pagi ni. Semoga bermanfaat!


[iklan]




Thursday, December 26, 2013

Perkhidmatan Suntingan VideoClip dalam Sony Vegas by shahroll

Thursday, December 26, 2013



As salam, hello readers...

Hai korang! Alhamdulillah, lepas aku siapkan kerja editing dalam Sony Vegas untuk slideshow gambar perkahwinan Daus dan Nisa setelah komputer aku di format dan install kembali Sony Vegas 10 aku. Dengan "nafas" yang baru, aku mula membuat template yang baru juga. Alhamdulillah, selesai satu kerja...

Aku nak mulakan business baru...

Bisnes apa tu?

Gambar Ihsan: 

Aku dah lama menggunakan Sony Vegas dan aku nak berikan perkhidmatan editing video/gambar yang anda diluar sana mahu di sunting dalam bentuk slideshow dan ditambah dengan lagu-lagu pilihan anda sendiri. Jika punyai video, boleh juga aku edit kan. Secara ringkasnya;

1) Jika ada footage video untuk majlis perkahwinan ke khatan ke, Anniversary ke boleh minta pada aku untuk di edit yang tak lebih dari 20 minit atau...

2) Punyai koleksi gambar (seperti event diatas) untuk aku edit yang tak lebih dari 10 minit

Hasil kerja macam mana? Bagus ke?

Tuesday, November 08, 2011

From shahroll for Lisa Surihani! (must watch!)

Tuesday, November 08, 2011

Sunday, October 23, 2011

Finally i'm DONE! by shahroll

Sunday, October 23, 2011


As salam, hello readers...


Basah. Habis berpeluh badan. Bukan pergi ber-jogging pun, duduk hadap PC je. Happy sangat sebab dah siapkan montage KPP untuk event besar nanti pada bulan Nov. Amanat yang dipertanggungjawabkan kat aku akhirnya tercapai.


Dengan peng-exploran aku terhadap Sony Vegas 10 tak sia-sia. Bagus juga editing di dalam SV. Ingat aku nak modulkan dan boleh ajar pada kawan-kawan yang lain. Don't worry, aku boleh ajar step paling simple! HAHA.


interface SV 10

Aku tak render lagi montage ni dan aku akan load kan ke dalam Youtube (channel shahroll) selepas event selesai. Right now just mintak pandangan Timbalan Presiden kelab dulu, kalau ok, baru aku render (malas nak render banyak kali) haha...

Now boleh buat benda lain pulak.. kaccchingggg!!

Enjoy!

Sunday, October 16, 2011

Best ke pakai Sony Vegas 10? jawapannya ada disini! by shahroll

Sunday, October 16, 2011


As salam, hello readers...
*Entry ini ada kaitan dengan entry INI*


Dalam masa 2 hari tak update belog, aku banyak "buang" masa untuk mendalami pembikinan montage. Aku jarang buat montage. Memang tak pernah buat pun. Berkat dari membaca tutorial PDF+Youtube, dapatlah aku sedikit ilmu berkenaan dengan montage ni.


Apa itu montage?


a technique which uses rapid editing, special effects and music to present compressed narrative information via Wikipedia

Aku ditugaskan untuk membuat 1 montage untuk event akan datang. Dan sekarang, bahan-bahan untuk membuat montage yang dipinta, belum 100% ada dalam tangan aku. Susah sikitlah aku nak buat.


Dalam masa yang sama, aku terfikir software apa yang best untuk buat montage yang simple+look corporate+professional. So, bila taip dalam Google, dalam Yahoo Answer aku dapat "Sony Vegas 10".


Nak download free dalam website, memang tak dapat lah. Last-last aku pergi beli kat Klang [Centerpoint]. Aku tanya tokey tu pasal software sony tu, terus dia carik dalam rak simpanan. Nah! Settle masalah aku.


Sebelum aku beli, aku dah baca banyak tutor pasal nak guna software tu. Takut dah beli, sia-sia je tak reti nak gunakan. Rasa macam berbaloi beli, aku shoot terus lah. Sebelum ni, aku pernah pakai Pinnacle Studio, Adobe Premier dan tentunya Movie Maker (senang je ni!) HAHA!


work-space in Sony Vegas 10!

Lepas aku beli, timbul masalah pulak nak install. Aduhhh! 6 kali owhh repeat mende yang sama. Aku semacam dah give-up, kenapa crack yang dibagi tak boleh nak guna? Aku baca balik guide yang ada dalam Notepad dalam CD tu, rupanya aku salah letak kat folder lain! Ishhh~ mende kecik cam tu boleh pulak miss look! huhu~

Aku banyak main try and error malam semalam. Sampai lebam lah aku try and keep try. Lepas dah susun track (time-frame) cantik-cantik, timbul satu masalah lain. Nak render montage tu! Aku banyak failed kat sini.

Satu persatu aku cuba render, last sekali aku tengok format VLC media file cukup cun! (format .mp4) Bila dah dapat yang cun punya format, 1 masalah lagi, iaitu ada paparan nama file pulak dalam montage bila di mainkan dalam player.

Aku carik jawapan dalam forum-forum VLC. Sekali dapat jawapan dia! korang nak tahu cam mana dorang hilangkan mende alah tu? ok, ni jawapannya:-

Q:How to remove the file name from VLC window?
A: A following setting works for me:
Tools >> Preferences (Ctrl+P) >> Show settings - Simple >> Subtitles & OSD: On Screen Display - [] Show media title on video start
or 
Tools >> Preferences (Ctrl+P) >> Show settings - All >> Video: [] Show media title on video sumber:HERE


Dah setel! cam ni lah cara aku belajar sesuatu ilmu baru. Cari tutor then kalau tak paham, tengok je Youtube. HUHU~ Aku dah bikin satu montage contoh untuk tatapan korang. Kalau tak best, sila nyatakan kenapa, dan kalau best pun, nyatakan kenapa. Ye? Boleh aku nak improve lain masa dan projek akan datang =D


Layannnnnn~[untuk versi Youtube, sila ke SINI]