Showing posts with label freelance. Show all posts
Showing posts with label freelance. Show all posts

Sunday, August 09, 2015

Fiverr: Level One Seller from Malaysia by shahroll

Sunday, August 09, 2015



As salam, hello readers...

Semalam aku mendapat perkhabaran gembira dari team FIVERR pasal status baru aku. Nak tahu kenapa??? HeHe! Aku baru je NAIK PANGKAT kepada Level One Seller. Yeahhhh!! Kenapa aku suka sangat?

Untuk mencapai status tu, korang kena buat sales dalam FIVERR sebanyak 10 sales dari GiG yang korang offer. Alhamdulillah, semalam aku baru je mencapai sales yang ke-10 aku dengan jualan USD30 (last sales GiG)

ucapan tahniah team FIVERR

Macam mana aku bermula? Aku bermula dari bulan March 2015. Masa tu, aku baru je diperkenalkan oleh seorang teman lepak yang suka buat business online. Then aku decide nak cuba-cuba je, tak serius sangat pun. Maklumlah aku try je semua benda yang boleh mendatangkan duit. HAHA!

Lepas tu, aku makin seronok dengan FIVERR. Bestnya FIVERR ni bukan setakat kita sebagai freelancer ni nak buat sales saja, tapi boleh berhubung dengan rakan-rakan FIVERR lain dalam forum komuniti. Dari situ seluruh FIVERR dari pelbagai negara berdiskusi dan berkumpul meminta pandangan.

Setakat ni, aku berjaya mengumpulkan wang sebanyak USD66 dan telah membuat pengeluaran dari bank aku sebanyak 2 kali.

Tiada unsur penipuan atau scammer di FIVERR

Bila buka web FIVERR semalam, dapat status Level One Seller

Tak ramai freelancer Malaysia ada kat dalam FIVERR ni. Maka, aku lihat benda ni satu peluang dan lubuk duit aku kat sini. InsyaAllah, aku akan terus berniaga kemahiran aku disini dan menambah GiG yang ada sekarang. Perjalanan aku masih jauh disebabkan ada 2 stages lagi aku kena capai.

Level Two Seller dan Super Seller!

Setiap stage ada "unlocked features" yang FIVERR berikan. Macam Level One dapat unlock features macam kat bawah;

super nice kan?

Kalau korang minat nak join dalam jemaah FIVERR, boleh pergi kat FIVERR website ya!

enjoy!





Thursday, March 26, 2015

FIVERR: Buat duit serendah USD5! by shahroll

Thursday, March 26, 2015



As salam, hello readers...

Post lepas aku ada kongsikan tentang Youtube Adsense dan kali ni aku nak promote tentang FIVERR pula. Apa yang menarik pasal fiverr ni? Satu marketplace yang menempatkan freelancer-freelancer satu dunia memberikan khidmat dalam pelbagai bidang seperti SEO services, Writting, Translation, Animation dan macam-macam lagi

picture: Marc Scott blog

Service caj yang dikenakan adalah serendah USD5 sahaja. Tetapi setiap elemen yang mahu dan hendak diubah, ada kos tambahan yang perlu dimasukkan. Sebagai contoh, kalau korang buat video marketing, then nak masukkan logo atau pamerkan produk, kna tambah lagi USD5 dan total menjadi USD10

Aku pun try masuk di FIVERR dan sudah pun aktif GIG aku

Kepada freelance Malaysia, korang boleh cuba tembus pasaran global kat sini.

enjoy!



Thursday, September 11, 2014

Intermediate editing video: Using Sony Vegas PRO 12! by shahroll

Thursday, September 11, 2014



As salam, hello readers...

Setelah 2 hari ber-suntingan video, hari ni siap jugak. Alhamdulillah, kesihatan pun bagus, kerja kena jalan sebab dateline dah sampai. Video ni sebenarnya bukan keperluan utama mereka sebab dorang request gamba untuk mereka siapkan laporan dalam course Event Management, macam aku buat dulu (klik sini)

Aku akan deliver hari ni (Khamis) tapi hanya softcopy dulu. Album kemudian. Walaupun gambar event, kena lah edit serba sikit ye dak? Nampak kemas sikit hasil kerja SH iMAGE Production, ehehhe!!


powered by: Sony Vegas 12!

Walaupun video ni bukan keperluan dorang, aku tetap shoot video betul-betul. Ada story. Kalau main hentam, tak cantik lah video nya nanti. Aku selang-seli kan dengan beberapa keping gambar sekitar event berlangsung dan touch dengan music background yang "happy and joy" gitu. Konsep sama, cari music yang "kena" dengan mood video


Dan,

singgah ke channel aku di,

enjoy!


Sunday, September 22, 2013

Blog Development & SEO Services by shahroll

Sunday, September 22, 2013



As salam, hello readers...

Mempunyai sebuah blog dan social media yang lainnya adalah menjadi kemestian jika mahu berada di kelompok dunia online untuk anda dikenali ataupun menjual barangan di online. Blog menjadi pilihan utama kerana, blog boleh diumpamakan sebagai sebuah "rumah" yang menempatkan segala kandungan isi di dalam blog tersebut untuk disampaikan kepada umum (dunia)

Ditambah pula dengan peranan SEO dalam membantu meningkatkan kedudukan blog di dalam Google Index, pastinya menjadi misi utama setiap mereka yang mempunyai blog


Gambar: Google Image

Atas kesedaran ini, saya telah membuka perkhidmatan pembangunan blog samada bagi tujuan personal mahupun perniagaan dengan kadar bayaran yang sungguh berpatutan dengan apa yang ditawarkan

Apakah pakej yang ada?