As salam, hello readers...
Menjadi trend sekarang kepada business owner yang mempunyai blog perniagaan sendiri, walaupun mereka mampu untuk hired penulis blog yang lain untuk mempromosikan produk mereka. Ini bagus, kerana pemilik perniagaan sudah maklum keberkesanan terhadap sales mereka melalui medium blog dan social media yang lain.
bersama sales marketing kedai perabot
Tempoh hari, aku berjumpa dengan Sales Marketing yang mahu mencantikkan blog perniagaan beserta dengan catalog form untuk future client mereka membuat bajet yang sesuai. Blognya sudah ada, menggunakan medium blogspot (free medium!) dan kerja aku hanya memperkemaskan kembali susun-atur dan galeri business mereka.
Aku berikan contoh blog aku dulu;
layout lama
Dah 3 tahun aku menggunakan layout atau theme yang sama. Pada aku, kerja mengubah layout adalah satu kerja yang leceh dan tidak praktikal. Tapi aku silap, theme baru lebih memberikan kepuasan dari segi responsive, SEO dan juga kekemasan. Blogspot juga boleh menjadi sebuah laman website yang menarik jika kena dengan theme yang dipilih!
theme terbaru!
Dengan susun-atur yang lebih kemas, tampak professional membuatkan pembaca blog kita/pelawat menjadi seronok dan theme yang lebih segar dan indah. Disinilah kerja-kerja aku bermula, jika;
1) Business owner nak kan blog yang best/boleh buat sales melalui blog
2) Selain cantik, perlu ada content yang membawa traffik ke blog mereka juga
3) Sync ke akaun social media mereka, walaupun hanya ada Facebook pages!
4) "back-door" untuk blog anda mesra SEO, First Pages Google kan dimasukkan sekali di dalam meta-tag blog mereka
Alhamdulillah, 1st client aku dari perusahaan perabot. Mungkin ini menjadi titik-tolak untuk business owner yang lain bergerak membuat perubahan dalam membuat "branding knowledge" untuk customer mereka.
enjoy!
No comments:
Post a Comment