Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Friday, August 15, 2014

Booth niaga di event KAKEE BZZR masih dibuka!! by shahroll

Friday, August 15, 2014



As salam, hello readers...

Masih ingat dengan post entry aku pasal KAKEE BZZR tempoh hari? Alhamdulillah, sudah ada vendor-vendor yang menempah booth-booth yang disediakan oleh pihak penganjur dengan pelbagai barangan jualan. Ada yang berniaga makanan, baju, aksesori dan sebagainya (rujuk sini: Kakee Bzzr Insta)

Tak lupa juga, booth artis yang bakal dibuka disana. Nak tahu siapa? Abby Nadzri!! kelas kan? Abby akan menjual barangannya di sana selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober!

gambar: Google Image

Bagi mereka yang mahukan tempat/booth yang TERHAD ini, boleh hubungi pihak penganjur KAKEE BZZR seperti butiran dibawah;


enjoy!


Thursday, October 10, 2013

Demo masakan bersama Chef Izyan di Laura Daddy's Bakery @ Denai Alam by shahroll

Thursday, October 10, 2013



As salam, hello readers...

Pada 29 September yang lalu bertempat di Denai Alam berlangsungnya satu majlis Demo Masakan bersama Chef Izyan dimana lokasi membuat demo telah diadakan di Laura Daddy's Bakery di tingkat atas. Antara peserta yang mengikuti demo masakan terdiri daripada fans Chef Izyan bersama dengan anak-anak mereka mengikuti sekali kelas ini.


Kedai kek Laura Daddy's. Untuk kelas di sebelah tingkat atas...

Demo masakan bermula pada jam 11 pagi dan berakhir dalam jam 4.30 petang. Ada beberapa resepi yang dikongsikan kepada peserta untuk 5 jam di dalam kelas. Pihak Laura Daddy's juga menyediakan makan tengahari dan juga minum petang. Best kan? =)



Antara aktiviti yang dijalankan....

Chef Izyan memang sporting habis dengan kami semasa demo masakan. Walaupun Chef Izyan sebenarnya bekerja sebagai Pegawai Geologist, bakat dan passion Chef Izyan memang terserlah didepan mata. Dalam post entry ini akan berkongsi 1 resepi yang telah disampaikan oleh Chef Izyan. Cukup senang dah mudah disediakan.

Membuat Mini Pavlova. Sungguh gebu dan manis yang tidak keterlaluan...

Anak-anak peserta kelas juga boleh try buat ya! best...

Apple Crumble


Tuesday, October 01, 2013

Jom bercuti ke Uzbekistan dan Turki bersama Chef Adu dan Boman Travel & Tours by shahroll

Tuesday, October 01, 2013



As salam, hello readers...

Pada minggu lepas, bertempat di seksyen 13 Shah Alam telah berlangsungnya satu majlis bersama Chef Adu sebagai spokeperson bagi Boman Travel & Tours atau dengan kata lain sebagai duta bagi agen pelancongan ini. Acara bermula dari jam 10 pagi sehingga 12.30 tengahari di pejabat urusan Boman Travel & Tours.


 Perkhidmatan yang diberikan oleh Boman Travel & Tours


Bagi yang belum pernah mengetahui tentang Boman, ia adalah sebuah syarikat pelancongan yang telah lebih 26 tahun dalam industri pelancongan dan percutian. Kelebihan Boman adalah kerana ia mempunyai tiket stok sendiri, membolehkan ia menyediakan tiket penerbangan secara "in-house"

Pelantikan Chef Adu sebagai spokeperson adalah tepat kerana Chef Adu mengakui yang beliau suka menggembara di setiap pelusuk dunia. Walaupun Chef Adu banyak menempuh pengalaman di rantau Eropah selama 17 tahun, namun untuk menerokai rantau Timur Tengah agak jarang. Dengan itu, satu projek bersama Chef Adu telah di rangka dengan Boman Travel & Tours


Backdrop yang digunakan semasa majlis...

Antara projek tersebut adalah, pada bulan NOVEMBER satu pakej menarik BOMAN/Chef Adu ke Uzbekistan pada 22-29 November 2013 dan TURKI pada 22-30 Disember 2013 telah pun di rancang. 

Apa yang menjanjikan satu pengalaman yang berbeza daripada pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan yang lain adalah, Chef Adu akan membawa anda melancong termasuk berkongsi pengalaman kulinari eksklusif buat pertama kali kepada mereka yang turut mengikuti percutian ini.

Sunday, September 29, 2013

(event) Karnival Usahawan Desa: KUD @ Putrajaya, Presint 2 by shahroll

Sunday, September 29, 2013



As salam, hello readers...

Semalam sempat aku dan bersama keluarga pergi ke Presint 2, Putrajaya untuk berkunjung ke Karnival Usahawan Desa disini. Banyak booth yang dibuka seperti produk-produk makanan, kecantikan, ikan air tawar, baja dan sebagainya. Ada juga booth hiburan seperti TV Alhijrah dan Media Prima. Bagi booth-booth milik kerajaan seperti MARA, JOAM turut serta dalam karnival ini.


banner KUD

Hari ni (Ahad) hari terakhir untuk korang datang ke sini. Selain dari perusahaan desa ditampilkan, ada juga booth yang memperkenalkan juadah makanan yang popular dari setiap negeri. Memang best!

Salah satu booth yang aku berkunjung semalam...

Tidak ketinggalan juga di booth hiburan, havoc dengan kunjungan orang ramai. Bila tiba persembahan dari Drama Band, salah satu band yang sedang meningkat naik di persada seni hiburan, semakin ramai yang rapat di booth Media Prima. Termasuk lah dengan adik aku yang sorang tu (nienashah.blogspot.com)


Tuesday, September 24, 2013

Sepagi bersama Chef Adu dan Boman Travel & Tours

Tuesday, September 24, 2013



As salam, hello readers...

Just short update, esok akan berlangsungnya majlis sidang media untuk Chef Adu Amran (Master Chef judges) bersama Boman Travel & Tours. Majlis ini antara lain, 'to catch up with the media' tentang perkembangan terbaru Chef Adu Amran. 

Antara lain telah dilantik sebagai 'spokesperson' kepada Boman Travel & Tours seterusnya merupakan Official travel agent kepada Chef Adu yang sememangnya memang gemar melancong.

Apa lagi, terbaru? Jom, join kami pada majlis serba santai ini. Untuk bloggers yang berminat untuk datang, boleh WhatsApps shahroll di talian 012-3437359, make sure jangan last minit comfirm ya? Seeloknya sebelum jam 6.00 pagi esok! =)






Tuesday, January 17, 2012

Kuala Lumpur International Short Film Festival (KLIS) by shahroll

Tuesday, January 17, 2012


As salam, hello readers...


Dalam wall facebook Mak Dara (http://www.bicaramakdara.com) ada update status berkenaan KLIS. Apa tu KLIS?


KLIS ni event untuk filem pendek. Ada banyak filem pendek yang ada dalam festival ni. Boleh lihat kat link Blogspot:KLIS


Dan, Mak Dara ada minta sesuatu berkenaan untuk festival tu nanti, what-da-yaw?



untuk bacaan yang selengkapnya, korang boleh baca kat SINI.

enjoy!

Tuesday, November 29, 2011

Melawat Embah Man (Pakcik Man) di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah (HBTAR) Klang by shahroll

Tuesday, November 29, 2011

As salam, hello readers...

Entry pending. Patut semalam aku publish, tapi masa tak cukup nak buat segalanya, so petang-petang yang dingin hari ni baru sempat update. Aku pergi ke HBTAR yang jauhnya dari umah aku tak sampai 2 kilometer untuk melawat atuk saudara aku yang kini sedang sakit kencing manis & darah tinggi.

HBTAR


Rawatan Harian, lawa tempat neh

Atuk ditempatkan di tingkat 8 Wad (B) katil number 16. Memang atuk dah tak nampak sangat (kabur-kabur) tetapi memori/daya ingatan atuk masih kuat. Hanya mention nama, atuk boleh kenal kau anak siapa =)


My mom & atuk Man


Kad laporan harian atuk..


.
Atuk tengah borak-borak ngan mak aku...

Yang ada masa aku melawat, saudara-saudara dari kalangan saudara yang aku tak berapa nak kenal. Bau-bau bacang la kiranya. Ada yang duduk kat sekitar Klang ni je pun, tapi tak pernah terserempak ke pe. Kalau terserempak pun, bukan aku kenal! HAHA.

Harap atuk boleh keluar wad dengan kadar segera. Amin! =)


“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)


Saturday, January 16, 2010

Teaser: Samsung Corby event by shahroll

Saturday, January 16, 2010








Stay tune for FULL Coverage  
Samsung Corby Event!!! so HAPPENING!!~ wooooh~






UPDATE!!: To all fellow members, please grab the picture at my 4shared account, thank you.sharing is caring baby...muhahahahah~


clickzz this!


** Can put into your platform such as bog,typepad,WP or web, but please credit to me as owner that pictures. Tq~ :)