As salam, hello readers...
Aku dalam menyusuri blog ke blog atau istilahnya "blogwalking" yang disebut oleh pemblogger sekelian, selain dari cerita atau info yang ditulis dan disampaikan, penggunaan bahasa oleh penulis-penulis blog antara ciri selalu aku perhatikan.
Gaya bahasa? Amende?
Dulu, masa aku standard 5 dalam kelas Bahasa Malaysia (BM) bahagian yang best cuma "karangan". Bebudak 80's nyer cerita. Sekarang tak tahu lah ada ke tidak part ni.
Aku boleh habiskan 5 kertas kajang yang aku rasakan lebih 500 perkataan. Keperluan menjawab soalan karangan cuma 500 patah perkataan je. Aku memandai hentak sampai lenguh jari-jemari.
Dalam karangan aku tu, banyak juga lah aku ber-eksperimen dengan pelbagai gaya bahasa macam metaforanya, hiperbolanya, litotes, personifikasi sampaikan cikgu yang mengajar tu dok sound-sound aku sebab guna gaya bahasa yang tak betul.
Ok. Itu sangat memalukan.
Dalam mengejar "kertas kajang yang banyak" aku sampai lupa tujuan asal karangan itu dibuat. Cukuplah sekadar ada isi-isi yang penting, ada pendahuluan, penggulungan dan penutup. Cukup. Tak perlu nak berbunga sangat.
Itu dulu, sekarang?
Benda yang sama, cuma menulis dalam ruangan blog (jaringan maya) lebih sensitif. Bukan sensitif pasal entry blog, tapi bahasa. Mungkin bahasa aku golongan "tua" tak berapa nak tangkap, but still u can translate my blog into English mode. Selalunya orang-orang veteran pandai English right?
"Bahasa jiwa bangsa"
sumber: Google
heh~...
3 comments:
Aku guna gaya bahasa apa?
Terbaru >Tahniah Pandelela Rinong untuk Pingat Gangsa dalam 10m Platform Olimpik >Kaunter Zakat Pandu Lalu (Drive Thru) >[Projek Blogger ] 29 Hari Jelajah Bazar Ramadhan Seluruh Malaysia
tulis dalam gaya bahasa yang kita suka, tapi kadang2 tak semua orang suka kan :) tapi blog saya lebih kepada catatan peribadi :) salam ziarah dan selamat berpuasa.
Saya suke bahasa yg simple,yg blh smua org paham..xreti nk hiperbola bagai..hihi
Post a Comment