Saturday, September 12, 2015

Malaysian bloggers: Lepaking, Chilling and make research! by shahroll




As salam, hello readers...

Mungkin bagi sesetengah orang, terutamanya yang bukan digelar "bloggers" atau "penulis maya" atau apa sahaja panggilan yang berkaitan, tak nampak apa tujuan sebenar seseorang yang terlibat secara langsung untuk industri ini. Yup, aku panggil industri sebab, bloggers now is serious business.

type of bloggers: Making analytic and research!

Aku tergolong dalam bloggers yang make profit dari blog. Tetapi, ada tapi nya ok, aku ambil masa 5 tahun (lama kan?) untuk aku naikkan hits dan trafik serta jenama "nama" aku sendiri. Al-maklum, aku bukan jenis hari ni buat blog, esok dah demand. NO!

my Alexa Rank for blog (current)

Awalnya memang aku akui, aku just lepaking and chill dalam line blogger. Then, aku rasa, passion untuk menulis tu, memang dah ada dari zaman aku sekolah menengah lagi (menang award number 2 dalam karangan) cuma aku divert into online platform.

Dari situ, peluang membuat duit dari blog, sudah terbuka luas. Seawal 2009, blog aku mula menerima beberapa "token" (duit) untuk mereka advertise dan letak banner etc. Alhamdulillah, aku pun terus dan terus share story dalam blog ni dengan pelbagai cerita. Tutorial simple, review makanan, review business, preview filem dan pelbagai lagi.

Dan aku yakin, setelah semua yang diusahakan dengan susah payah, last sekali adalah dengan membuat research. Apa pulak research bagai ni eh? Ok let me explain to my beloved readers;

1) Sebagai seorang blogger, kena peka pasal Analytic. Kenapa? Dalam analytic sesebuah blog itu, terdapat banyak perkara yang boleh di pertimbangkan untuk melihat sejauh mana blog itu mampu bergerak kehadapan. Misalnya kata kunci. Apa kata kunci yang selalu terdapat dalam blog itu? apa kata kunci yang masuk? apa yang dicari? itulah maksudnya.

2) Trafik. tanpa trafik yang tinggi, mana mungkin blog tersebut boleh dijual oleh pihak pengiklan. Sama juga dengan ranking. Pihak sales and marketing akan tanya secara ringkas dulu, "berapa banyak trafik dalam sebulan?", simple as that.

3) Gunakan banyak tools analysis. Tak salah nak guna banyak platform untuk analisis blog. Google Analytic ada kekuatan dia untuk menganalisis sesebuah blog itu secara dalaman. Alexa rank juga mmpunyai kekuata untuk menganalisis blog secara luaran dan dalam (internal and external factor). Gunakan saja, percuma kan?

Ok guys, hope dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam memahami konteks apa yang dipanggil blogger. Blogger bukan hanya sekadar blogger, tetapi lebih dari itu. Ada yang blogger cum designer, ada yang cum pakar grafik dan sebagainya.

Majulah blogger untuk Malaysia!

enjoy!




No comments: