Showing posts with label private coaching. Show all posts
Showing posts with label private coaching. Show all posts

Thursday, December 04, 2014

Private Coach: Teknik pemasaran melalui kombinasi blogging+Sosial Media by shahroll

Thursday, December 04, 2014



As salam, hello readers...

Aku planning nak buat beberapa siri private coach dalam bulan Disember ni. Disebabkan ada beberapa kekangan dan halangan sepanjang bulan Jan sampai November, so aku rasa bulan Disember adalah yang terbaik untuk aku memulakan private coach untuk segmen blogging & social media.

Mungkin ramai yang tak tahu aku ada blog khas untuk training?

Boleh lawat kat sini: My Coursez Consultant

Poster yang aku hasilkan untuk hebahan private coach tersebut;


Tempat pembelajaran adalah flexibel. Boleh di office korang, kedai mamak (bising sikit!), kopitiam dan mana-mana tempat yang tidak berapa ramai orang yang boleh tumpukan pembelajaran dalam masa 5 jam untuk coaching aku berikan.

Modul atau hands-on aku akan berikan kepada mereka yang menempah slot kelas private coaching aku ya. Untuk menempah boleh whatsapps number 0123437359 (shahroll) dan pembayaran sebanyak 50% sebelum kelas berlangsung aku akan ambil sebagai pelaburan dan komitmen korang terhadap kelas yang aku anjurkan

Biasanya aku bermula 1 jam yang awal lebih kepada pengenalan dan overview sesuatu modul after that move to lebih deep. Kalau korang yang baru bermula dengan blog+social media untuk luaskan pasaran perniagaan korang, aku jump-start terus sehingga mencapai tahap 'advance"

Modal RM250 adalah 1 pelaburan bijak, kerana korang grab all my experience in online+marketing yang bermula dari tahun 2007 sehingga sekarang. Dan, aku juga kerap kali dijemput untuk memberikan talk.seminar berkenaan bidang berkaitan.

Oh ya, jika korang datang secara berkumpulan, yuran dia berbeza dengan harga perseorangan. Nak tahu rate nya boleh whatsapps juga ya?


enjoy!


Friday, February 01, 2013

Private Coaching Photography (PCP) SH iMAGE by shahroll

Friday, February 01, 2013



As salam, hello readers...

Bertemu lagi kita di bulan Februari. My 1st post untuk Februari adalah menceritakan tentang kelas yang dikendalikan oleh aku sendiri (SH iMAGE) kepada salah seorang client di Shah Alam. Pemilihan tempat aku yang pilih sebenarnya untuk memudahkan aku dan juga pelajar, sampai dengan kadar yang cepat dan tak jammed. HEHE!

Ok, let's begin.

Oleh kerana my client sudah ada basic pengendalian, maka pembelajaran tidak mula dari ZERO sangat. Terus jump pada module-module yang diperlukan dalam keadaan/situasi sebenar penggambaran di lokasi. Bila sudah mahir menggendalikan kamera, faktor lain seperti komunikasi, sudut pandang kreatif dan lain-lain perlu diambil berat.

 My client jacket merah (Ireen) with husband dan 
model baju biru bernama Ayu

My friend, Farid assist aku untuk kelas ini.

Apa yang aku ajar dan tekan kan?

Sebagai seorang fotograper yang penting adalah kemahiran menggendalikan gajet korang sendiri. Bab ISO, Aperture dan juga Shutter Speed seharusnya menjadi "dalam tangan". Dengan itu tiada masalah kalau korang menghadapi pelbagai situasi semasa melakukan kerja (job) di lokasi yang sebenar.

Selain itu, bagaimana sudut pandang digunakan, background, foreground, Rule Of Third (RO3) dan subjek pada apa yang hendak di rakamkan? adakah nak potret gambar manusia? Pemandangan? semua elemen ini korang kena catch satu-persatu.