Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Friday, August 21, 2015

Rezeki bersama Nuffnang Malaysia: CPUV itu apa? by shahroll

Friday, August 21, 2015



As salam, hello readers...

Dah lama aku tak letak posting pasal Nuffnang. Dulu, aku seorang blogger Malaysia yang tegar pergi ke event yang dianjurkan mereka. Korang boleh baca balik post-post aku bersama Nuffnang 2-3 tahun yang lepas. Memang syok!

Now masih seronok juga pergi ke event mereka, cuma aku saja yang tak boleh nak beri komitmen untuk pergi ke event. Lelagi di Kuala Lumpur. Mostly event dibuat disana.

Tapi, rezeki bersama Nuffnang tak pernah putus. Aku memasang kembali banner ads dari mereka, walhal masa tu aku dah jatuh status "non-glitterati" iaitu status untuk golongan blogger mereka yang special sikit dari blogger yang biasa. Lagi best lagi, dapat jadi Nuffnang Talent.

Ok, aku nak share dengan korang pasal CPUV. Ape tu ek? Dalam istilah online money ads, itu adalah CLICK PER UNIQUE VISITOR. Maknanya, mereka iaitu Nuffnang menjual Unique Visitor blog aku kepada company-company yang mahu membuat iklan dalam banner ads Nuffnang.

Nuffnang ads CPUV

Dalam hal ni, ada 2 status iaitu, status "Credited" bermakna company yang beriklan tu dah habis iklan dengan Nuffnang. So Nuffnang akan stop kan iklan dia dan berapa ringgit yang kita dapat, akan masuk dalam akaun Nuffnang kita. Then, status "On Going" bermakna, iklan tu tengah running dalam blog kita.

Now ada 7 iklan sedang running dalam blog shahrulhairydotcom

Semoga menjadi inspirasi kepada kalian untuk jadi penulis online!

enjoy!




Thursday, January 10, 2013

(money) Berapa pendapatan aku sepanjang aku berblogging? by shahroll

Thursday, January 10, 2013



As salam, hello readers...

Hai! jumpa lagi. Kali ni aku nak ceritakan kat korang pendapatan blogger suka-suka macam aku ni meraih berapa ribu sebulan? persoalan ini acapkali diajukan dan terus ditanya sampaikan aku rasa perlu kot aku buat 1 post untuk korang berpuas hati? mungkin.

Sepanjang aku berblogging, duit merupakan list no.4 dalam plan. Sebab apa. Sebab list no. 1 patut ada dalam list korang jugak adalah minat. Lepas minat korang kena ghairah (passion) dalam sesuatu pekerjaan tu. Yup! blogging pon kira korang bekerja jugak pe?

No.3 harus ada semangat. Kalau tak de semangat, nak post sebulan sekali pon susah. Betul tak? so bila dah ada ketiga-tiga elemen tersebut, maka MONEY COME TO YOU bebeh! xoxo!

antara pendapatan sampingan aku berblog

Tak dinafikan, sekarang "permintaan" terhadap blog-blog yang ada dipasaran agak kurang lagi di Malaysia. Untuk luar negara aku tak tahu lah. Tapi untuk Malaysia, aku study juga sikit-sikit. Tak ramai lagi yang mampu menghasilkan blog yang berada di tahap tinggi. Memang ada nama-nama besar dalam blog-a-sphere tapi perlu ingat, kita perlukan pelapis juga.

Aku masih amatur.

Masih lagi tercari-cari tapak. Masih lagi mengenal SEO, SERP dan pelbagai terms dalam playing blogging segment. Apa yang dibaca dan baca makin lama makin aku semakin tak tahu! Walaupun tak 100% apa yang aku baca tu aku praktik kan, tapi nampaknya membuahkan hasil juga =)

Berbalik pada pendapatan blog.

Apabila traffik mencanak-canak, mesti anda teringin dan hendak menjualnya kepada sesiapa yang memerlukan ruang dan peluang untuk mereka mengiklankan produk ataupun syarikat mereka. Dalam keghairahan kita untuk menjual kita jangan lupa akan kualiti yang perlu kita jaga dan prinsip kita sebagai blogger. Bagaimana? terpulang kat korang macam mana nak menentukannya.

Dapat gambaran dia?

enjoy!

*****************************************
peserta: hanya 35 orang sahaja
bayaran: RM100 (tempahan awal sebelum 31 Jan 2013)
RM150 (tempahan lewat selepas 31 Jan 2013)
Tempat: Bilik Seminar 3, PKNS Biz Point, seksyen 7, Shah Alam.


Saturday, August 18, 2012

Kad Raya: Nuffnang and ChurpChurp by shahroll

Saturday, August 18, 2012


As salam, hello readers...

Hari ini genap 29 Ramadhan kita berpuasa. Esok dah raya. Sekejap kan? Banyak dapat kad raya dari rakan-rakan korang? Walaupun sekarang zaman walling-walling kad raya di FB dan twitpic-twitpic di twitter, namun silaturrahim tetap terjalin walaupun caranya berbeza.

Aku dapat 2 kad raya dari company advertise dalam blog & twitter, Nuffnang & ChurpChurp 




Setakat ini, hanya company Nuffnang yang hantar kad raya kepada komuniti blogging mereka. Lain-lain company yang selalu bagi kad raya cam tahun lepas, tak muncul tiba. Dorang dah berhentikan designer kad raya dorang kot? HUHU!

Kepada Nuffnang and team, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN andai sepanjang aku pergi ke event-event korang ada terbuat silap ke, terkasar bahasa ke ye? 0-0 taw? =D

Kad raya balasan aku kepada Nuffnang dan untuk korang yang sedang baca blog ni juga =)

I'm not good designer actually.. huhu! =_=!

enjoy!

Wednesday, March 14, 2012

Secret Recipe 15th Anniversary Promotion Launch – Buy 3 FREE 1

Wednesday, March 14, 2012


THIS IS A 48 HOURS STICKY SPONSORED POST


As salam ,hello readers…
Aku seorang penggemar kek. Banyak kek yang dah aku makan dan pilihan utama aku adalah menikmati kek yang terbaik di Secret Recipe! Untuk pengetahuan korang, Secret Recipe kini ada membuat promosi terbaru untuk semua cawangan Secret Recipe kecuali di cawangan KLIA.

Apa promosi itu?


BUY 3 FREE 1 promotion!!

Sempena Ulangtahun ke-15 Secret Recipe, promosi ini bermula dari 10 hingga 25 Mac 2012. Untuk pemahaman yang lebih tajam, boleh melihat flyers dibawah ini;

Close up: Details promotion

Bila korang makan untuk 3 orang, korang akan mendapat 1 lagi hidangan makanan secara percuma. Makanan itu pula adalah dari kategori yang sama dengan harga yang terendah. Best kan? =D


Secret Recipe: Fine Quality Cakes!

Seperti yang korang sedia maklum, Secret Recipe banyak mempelbagaikan pilihan makanan untuk korang rasa dan mencubanya. Contohnya seperti menu Stewed Aussie Beef Steak yang telah pun aku mencubanya dan ternyata sangat sedap. 


Nasi dan daging lembu yang lembut ditambah dengan sayuran, cukup untuk korang sukar melupakan keenakannya. Sos lada hitamnya juga lemak manis yang dicampur dengan cendawan.


Stewed Aussie Beef Steak

Untuk pencuci mulut, aku telah memesan Banana Split sebagai pelengkap hidangan pada hari itu. Well, sebelum menikmati Banana Split, aku telah terlebih dahulu membuka selera dengan Pecan Butterscotch yang membangkitkan selera makan ku.


Pecan Butterscotch

Banana Split


My full set order: AWESOME deal!

Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web Secret Recipe di http://www.secretrecipe.com.my/ ataupun layari Facebook di https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia

enjoy!

Tuesday, November 01, 2011

My Nuffnang Story

Tuesday, November 01, 2011


As salam , hello readers....


Aku post sebab nak menang tiket ke Nuffnang Award. Sekian, terima kasih.

Boleh dapat tak agak-agak kalau aku post cam tu je *ayat di atas tu*. Tak adil lah kepada mereka yang berhempas pulas, keluar peluh jantan/betina untuk update yang terbaik, alih-alih aku post cam tu *ayat kat atas* yang dapat? apo perasaan ekau jang? HAHA!!

Makanya, aku nak share ngan readers blog aku pengalaman-pengalaman aku sepanjang terlibat dalam Nuffnang Community. Check out bebeh!

Inilah event pertama kali aku sertai dalam Nuffnang. Dan masa ni jugak aku rasa dikelilingi oleh blogger-blogger hebat seperti RedMummy, BeautifulNara dan lain-lain lagi. Walaupun tempat berlangsungnya agak jauh (di Hartamas ye), tapi semangat nak jumpa artis-artis blogger ni kuat tuk push aku datang!

1st time jumpa Abang Nara! hehe..

1st time jumpa Kak Red jugak! hehe..

Walaupun mereka di tahap super duper power dan dikenali oleh semua bloggers, mereka melayan blogger2 baru macam aku ni sama rata. Tak pilih bulu la kiranya. Macam tu baru fun! =D Dalam event ni jugak, aku berkenalan dengan blogger yang boleh dikira masuk dalam rank mereka yang fofular, iaitu saudara Eyriqazz! Lain-lain korang boleh ke link asal yang aku letak kat tajuk tu.

hehe, baru setahun punya gambar ni....

Event ni cukup seronok! Sebab aku ditugaskan untuk mengambil gambar sepanjang event ini berlangsung di Taylor University di Subang. Aku antara pioneer (ahli asal) Glitterati. Kiranya, sebelum club itu tertubuh, ada beberapa bloggers yang menjadi tulang belakang yang ditunjangi oleh Nuffnang. Aku salah seorang daripadanya.

Co-Founder Nuffnang, Mr.Tim
Antara bloggers yang hadir...

Menjadi keluarga BESAR Nuffnang memang menyeronokkan. Nuffnang akan pastikan event yang mereka anjurkan, berjalan dengan lancar. Setakat ini, tak nampak lagi kecacatan mereka dalam mengendalikan event. BRAVO Nuffnang Team!

Event yang paling aku ingat! Sebab apa? Haaa. Bukan sebab ada Yuna sebagai artis yang mendendangkan beberapa lagu, tetapi beberapa bloggers yang aku belum jumpa, ada dalam event ni. Aku macam biasalah, malu sikit dengan bloggers otai. huhu.

Shahroll, Firdaus, Yuna dan Zuhry

Paling mengujakan, bila Co-Founder Nuffnang ambil gambar dengan aku. Actually aku agak shy-shy nak bergambar, yelah! aku siapa beb??!! huhuh~ gagahkan jugak diri bergambar dengan big boss Nuffnang, Mr. Tim!

Boleh lihat di link:

Ok lah, aku tutup entry ini dengan event gatsby. Untuk pengetahuan korang, event ni berlangsung di Berjaya Times Square. Yang menariknya, bloggers yang datang seramai 500+ dan telah tercatat di dalam Malaysian Book Of Record sebagai gathering blogger yang terbesar di Malaysia.

see? bangga ooo dapat turut serta.. huhu~

Dah ramai-ramai berkumpul tu, maka persahabatan di dunia realiti terjalin. Seronok tahu bila dapat kawan-kawan bloggers ni. Dapat meningkatkan networking yang ada selain meningkatkan traffic ke blog kamu juga! hehe..

Adakah dengan ini, bahawasanya... AKU TERPILIH UNTUK PERGI?

Event berprestij seperti ini.. SIAPA YANG TAK MAU?? 

Aku tak dapat pencalonan untuk award-award yang ada pon tak pe, janji dapat pergi ke sana. Event  ni berlangsung sekitar Kuala Lumpur. Details:

DATE:   16 December 2011, Friday
TIME:    6.45pm (Registration Starts) 8.00pm SHARP (Dinner commences)
VENUE: Grand Ballroom, Putrajaya Marriott,Kuala Lumpur, Malaysia

Beriya-iya aku nak pergi eh? pasaipa?

".. 500 bloggers, including the biggest names in the blogosphere from all over Asia-Pacific, will be invited to the gala dinner at Putrajaya Marriott on 16 December 2011, where they will be dazzled by celebrity emcees and talented entertainers well-loved in the region..."

MUAHAHAHAH!! 500 bloggers yang bukan calang-calang punya bloggers. Kalau pergi, boleh berkenalan dengan International Bloggers!! Weeeee~ *flying...fly...FLY...FLYYYYYY!!!*

Akhir kalam.....




Maklumat lanjut boleh layari Nuffnang Award 2011.

enjoy!

Monday, August 29, 2011

Blog Day: 6 blog yang terpilih untuk di-review di dalam shahrulhairy.com by shahroll

Monday, August 29, 2011


As salam and hello readers,


Entry terakhir edisi #Ramadan 2011 dan sebelum aku balik ke kampung nenek aku di Kuala Selangor. Persiapan di rumah sendiri (parent aku) tinggal nak buat kek je. Last minute punya persiapan kek lah.


Seriusli, aku ambil masa 2 hari untuk siapkan this post. Why lah lama sangat? Aku menggunakan pendekatan berbeza kali ni.


Ada buat searching,research,reading dan aku menentukan beberapa "syarat" sendiri dalam memilih blog yang bakal aku review.
Syarat tu simple je:-
1) Blog yang di luar radius pembacaan aku.
2) Blog yang bukan aku selalu jumpa dalam kebanyakkan majlis (tuan bloggernya).
3) Blog yang berlainan minat,gaya penulisan dan sebagainya.


Bukan senang eh korang nak review blog yang kita tak pernah jumpa tuan blog dia. Betul-betul kita review apa yang dia telah tulis dan kita paham apa yang disampaikan. Bukan bermakna, kalau dah berjumpa tu senang nak buat write up, tidak juga. Sebaliknya, hanya membantu sedikit sebanyak dalam garapan nak review.


So, disini baru lah aku tahu betapa pentingnya "About Me" dalam menu tab seorang blogger. Sebab, macam aku yang 1st time masuk blog yang asing bagi aku, belum kenal penulis dia siapa, dengan adanya 'About Me" membantu jugak lah. Apa dia minat, sebab apa dia menulis kan?


Jom baca siapa pemilik blog yang bertuah untuk aku review hari ini, check out!



Dimulakan dengan blog Haniz. 1st impression yang menarik dengan warna tema merah jambu. Header blog yang ceria (bersama anak beliau). Seorang web designer (boleh menuntut nih!) dan juga suka pada photography. Sama lah kita ye? =D. 

Haniz juga berpendapat, blog beliau tidak perlu ada "shoutbox" untuk berkomunikasi, tetapi lebih gemar menggunakan medium email sebagai ganti. Dan yang lebih penting, blog Haniz ni ringan. Cepat loading.

Kandungan blog boleh dikatakan hampir semua ke arah photo,scrapbook,kad dan juga personal things.

My personal interest Haniz entry: About Instagram



#2nd blog adalah seorang jejaka. Nama betul tak dinyatakan dalam sidebar. Facebook badge (personal) pun tak ada. Kalau bro baca posting ni, harap boleh kenalkan diri bro k? Blog IYH sangat minimal. Maksud aku, cukup sekadar ada shoutbox sebagai alat komunikasi (selain ruangan komen). Dan takde "share button facebook" dalam blog ni.

Kandungan blog bercampur. Sama seperti blog aku jugak. Selang seli dengan penggunaan software. Dan boleh terus ke depan jika penulisnya keep on track dalam berblogging.

My personal interest IYH entry: Apa itu CINTA?


#3 adalah blog adik aku sendiri. Baru je berjinak-jinak dalam dunia blogging setelah aku nampak dia minat dalam penulisan. Untuk event pertama dia ikut aku masa Selangorlicious buat event Foodie di Sepang Gold Coast. Masa tu baru aku "hasut" supaya ada blog sendiri.

Kesannya, dia sendiri mempunyai blog. Aku bertindak sebagai "mentor" mendidik adik aku untuk menjadi blogger yang berjaya, tak popular tak pe. Eh? ini review blog ke review orang? aisehh! sorry sorry!!

Ok lah, blog adik aku ni berkisar tentang sakit yang dialami, peminat Juvana yang setia (lagi2 si Ayam tu) dan bakal menduduki PMR tahun ni. Satu lagi, minat gila ngan Drama Band. Seriusli.

My personal interest nienashah entry: Haku dan Lisa Surihani


#4 blog dari Cik Nisa. Berumur 20 tahun dan meletakkan no BB pin nyer di dalam blog. So, korang nak berkenalan boleh add BBpin beliau dan simpan dalam BBM korang lah ye? HUHU. Apa yang best pasal blog ni?

Pertamanya, blog ni tak dak IKLAN! Ok, aku paham, blogger jenis seperti Cik Nisa tidak pandang pada nilai (Ringgit Malaysia) cuma ingin menzahirkan perasaan dan pendapat di dalam setiap post nukilannya. Kepuasan untuk berkongsi rasa dan idea lebih diutamakan dalam blog ni. Keterlaluan mengangkat?

Serasa aku, Cik Nisa boleh menjadi penulis novel. Keep it up dek! =)

My personal interest Cik Nisa entry: Masa berlalu...


#5 pula menyusur. Sang jejaka diberi nama Fahmi. Sedap nama Fahmi sebenarnya, ramai gak kawan aku dengan nama ni. Kalau aku letak nama aku sebagai Shahrul Fahmi, sedap tak? HEHE gurau je ye Fahmi!

Ok, dari apa yang aku belek dalam post entry Fahmi (yang recent) dia mempunyai matlamat yang jelas dalam arena blogging. Bagus jika semua para blogger mempunyai sama pegangan seperti Fahmi (ref:HERE)

Fahmi juga mempunyai kekuatan dalam blog beliau iaitu dengan adanya seksyen "cerpen". Aku yang sememangnya suka pada cerita non-fiction, suka sangat lah nak jenguk blog Fahmi ni banyak kali. Sebab, minat aku dulu bermula dengan penulisan cerpen di Tingkatan 3.

My personal interest Fahmi entry: Indahnya Ujian


#6 last but not least, Uzairothman blog. Aku berjumpa pertama kali masa event di Petaling Jaya iaitu masa pelancaran Plan P1 Wimax yang baru. Aku ada ambil gambar dan tweet, dan seseorang reply "itu adik aku". Aku agak kaget. Sebab yang reply tu blogger peymes, mohdzaid.com!

Dang! Adik zaid rupanya. Tidak menumpang popularity abang sendiri (ecceh! cam artis daa..) Uzair memiliki bakat penulisan yang mampu menarik orang lain terutama gadis-gadis dengan entry yang best. Dari segi layout dan menu tab, memang terbaik! friendly habis.

Minat yang lain pula adalah musik. Pandai si Uzair ni main gitar kalau korang nak tahu. Cer try bukak link SINI kalau tak caya. =D

My personal interest Uzair entry: Uzair Dapat Samsung Tab Free

Bloggers yang di-review aku ambil di dalam pages/website Blogger Selangor, Belia Blogger dan juga Geng Blogger. Jika korang nak join ketiga-tiga tempat "ping' dan komuniti, silakan berbuat demikian. Banyak faedah yang korang dapat selain daripada meningkatkan kadar traffik di blog korang.

Happy read blog mereka...


Enjoy!


Wednesday, July 20, 2011

Another story at @P14G event: Pictures speak to you! by shahroll

Wednesday, July 20, 2011


caption: "Hey, can u smile brada?" naa.. i'm controlling hensemness!

caption: "Are you lied to your readers?" nay, saw picture lah..

caption: "What STRONGER WIDER and FASTER meh?" Oh! its P14G broadband!

caption: "what happen?" bloggers game activity

caption: "izzit your dinner?" Nope, just refreshment, balik i go to mamak lah..

caption: "bloggers too?" Yeay! they are HOT bloggers!

caption: "this cup for sold ah?" NO! under this cup wrote "Level 1"

caption: "WOW! so big your dongle?" Hehe, inside just have pen and pencil

caption: "who is she meh?" Oh! my new lenglui! LOL

THANK YOU!

Sunday, January 16, 2011

Kerjasama antara 4 orang bloggers yang berentap yang sentap! by shahroll

Sunday, January 16, 2011
As salam to all,


Selamat hari Ahad. Hari nie aku tak buat ape, hilangkan penat untuk race semalam. Penat gile seh! tapi best dapat makan sebanyak-banyaknyer dan hampir2 nak muntah sebab too much der nak kena makan! Tapi semalam memang enjoy gila!


Bukti kitorang enjoy ngan Race Maxis Nom Nom, check out this vids! =D



Aku pakai Digicam powershoot A55 masa amek video nie. Sorry for bad quality. BIG THANKS for blogger Cik Lily Putih as driver semalam, nice job! Then, Daydeck86 yang good to be manual navigator kitorang (aku tak reti pakai mende alah tu!) then Hamzah Ian, good blogger dalam situasi yang mencabar (Live blogging owh!) Kita dah jadi satu team yang mantap dah, but tak de rezeki nak menang, pape pon ENJOYYYY NOQQQ!! kah kah~

One for all, All for one!!





Team: MELETUP PUNYA!!!!!!

Thanks so much juga kepada organizer iaitu Nuffnang with coolest crews like Robb, Yuen Yee and Rina. Lain-lain crews daripada Maxis, selaku penaja untuk race semalam. Ada 1 crew from Maxis, look alike my idol, Haniz Zalikha, so i called Haniz Zalikha wannabe.. =D 

See ya next! As salam...

Tuesday, December 21, 2010

Email from Nokia Ovi to me by shahroll

Tuesday, December 21, 2010
As salam to all readers,


Tadi aku check gmail aku. Mana tahu ada event yang diundang kan. Ada event yang aku terima tadi, but tak boleh pulak nak pergi. Al-maklum, sikit busy minggu nie. Esok aku ke Stadium Shah Alam (belah malam) untuk shoot satu gym fitness (dance class) disana (will story you later) k! =D


Ok, apa Nokia email kat aku? Aku dah menang N8 ke? huh? HAHA! ianya berkaitan dengan Nokia bahagian marketing just bagitaw yang...


** Gift for Xmas?**

... " Thanks to your support, Ovi Store has grown by leaps and bounds this year — we're currently serving up 3.5 million downloads per day (that's 40 downloads per second!) in 190 countries. Ovi moves fast, but you can stay up to speed this holiday season with topApps, the exciting new app that reviews and recommends the hottest apps and games available. Add it to your homescreen now and never miss a new app again.... "


OOOWHH!! ingat aku dah menang itu nokia N8.. HAHA! Meleleh gak tengok Nokia tu kan? Untunggg lahhh sape yang dapat tepon tu nanti! Nuffnang, may be am the winner aah? hehe... [sila baca dengan nada manje] **grin**

Ok lah, see next! As salam...

Thursday, December 16, 2010

Download simple tutorial Ovi Store Nokia by shahroll

Thursday, December 16, 2010
As salam to all,

Kehangatan semalam tak payah cerita dulu. HAHA! memang seronok kalau sekali sekala lepaking bersama-sama dengan rakan blogger yang lain lepas tengok screening "Tron Legacy" malam tadi. Cerita tu best siout! Korang harus pergi menonton. Nanti aku buat review pasal cerita tu k! =D

Entry kali nie berkaitan dengan workshop Ovi Store Nokia tempoh hari. Masih ingat? Ada dah aku letak link kat atas tu. Tapi kan, macam susah pulak nak tengok posting by posting kan? orang cakap, tak puas tengok! tol tak?

So, dengan andaian dan hipotesis sendiri, aku menganggap korang memerlukan satu mekanisma lain yang senang untuk melihat posting tu. Dengan itu, dan berbesar hatinya, aku copy paste balik posting tu ke MS Word the turn ke PDF dan jadikan nya sebagai tutorial simple. Nice tak?

.." cayalah ko roll!.. hahaha!"

Menggom, masuk bakul sinndrii hangkat! cett.. huhu~ jangan risau, korang leh download tutor nie percuma jek. Bacalah ye, aku halalkan dunia dan akhirat. Nak link/credit kat aku pon boleh, dialu2kan ye.. =D "orang memberi, kita merasa.." kan? **wink**

Korang leh download tutor tu di SINI

** Enjoy everyone... cheers!!** 
See later.. As salam..