Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

Hari ini dalam sejarah: #Bersih 3.0 by shahroll

Saturday, April 28, 2012


As salam, hello readers...


3 jam aku mengadap PC menyiapkan kerja kawin shoot. Bab editing hati kena cekal dan tabah beb! Mata kena fokus, fikiran kena kental. Natijahnya, aku dah "kabur" sekarang.


Nak senang bukan senang, kan?


Ada apa dengan hari ni? Oh! pasal #Bersih dimana dah masuk versi 3.0 ada jugak by version ye? by the way, korang nak tahu perkembangan perhimpunan ni, boleh layan HASTAG #Bersih di Twitter


5,000 people? i guess...

Monday, March 19, 2012

Isu semasa PRU13: 12.5 juta layak untuk mengundi! by shahroll

Monday, March 19, 2012


As salam, hello readers..


Fakta yang diambil dari Utusan Malaysia Online tentang jumlah pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab kepada negara untuk memilih, siapa kerajaan yang mereka mahukan untuk meneruskan legasi kemajuan sekarang.



Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, jumlah pemilih berdaftar itu adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.


DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Okt hingga 31 Dis 2011 mengandungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 188,654 pendaftaran baru dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.- sumber: UMO


Gambar ehsan: Mstar Online

Democracy... is a charming form of government, full of variety and disorder; and dispensing a sort of equality to equals and unequals alike.- Plato

enjoy!

Friday, October 07, 2011

Kedai 1 Malaysia: Memang betul-betul 1 Malaysia punya restoren! by shahroll

Friday, October 07, 2011


As salam, hello readers...


Aku mulakan post dengan sepotong hadis untuk renungan bersama; moga bermanfaat untuk kalian...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya” (Riwayat Ibn Majah)


Ok, berbalik pada kedai makan yang aku dah cuba tempoh hari, apa yang aku boleh katakan memang MELETOP! Bukan meletup apa, makanan yang dihidangkan sememangnya membangkitkan nafsu untuk makan banyak!


see? larat ko nak habeskan? muahaha...

Kedai 1 Malaysia terletak di tepi jalan susur ke Pelabuhan Klang. Aku tak snap pulak gambar kedai tu. Dah kenyang punya pasal, langsung lupa! Senang cerita, sebelah kanan dia ada kedai mamak Subaidah, dan sebelah kiri dia ada car wash. Kedai ni berdepan pulak dengan station minyak Caltex.

Ada bebola daging.. yummm3!

Kenapa aku cakap kedai ni betul-betul 1 Malaysia? Sebabnya, bukan saja pelanggan dia terdiri daripada Melayu, Cina, India tetapi pekerja dia juga sama! Masa aku nak ambil nasi, makcik tu macam cakap slang Sabah, pastu pulak akak yang ambil order air, macam slang Kelantan.

Nice kan Malaysia? ;)

Lauk yang pelbagai...

Walaupun kedai ni kat tepi jalan, tapi kebersihan tetap terjaga. Don't worry la, bersih punya. Kot korang risau pasal kebersihan tempat makan, tempat makan ni habuk pon takde! Cer try lah.. =D

Licin...keh2, apa tandanya tu? SEDAP!!

Air fav: Teh Ais -..-

Walaupun bertemakan kedai makan 1 Malaysia, owner dia tetap mengekalkan imej islamic yang aku rasa WAJAR peniaga lain khususnya yang beragama islam (bukan untuk Melayu saja) meletakkan tanda seperti ini (bukan hanya dummi je eh?)

^____^

Enjoy! Happy Friday...


Thursday, August 25, 2011

31 Ogos ke 16 September? Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 54 MALAYSIA! by shahroll

Thursday, August 25, 2011

As salam and hello readers,

Macam korang tahu, tahun ni 31 Ogos jatuh pada Hari Raya ke-2. Aku tak jangka sambutannya meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Mungkin sebab bertindih dengan perayaan. Mana yang "tak beraya" sangat, boleh layan ke Dataran Merdeka (may be) bagi melihat sambutan merdeka.

Tapi ada yang mengatakan sambutan kemerdekaan ditunda ke tarikh 16 September sempena Hari Malaysia. Bagus jugak lah kalau mereka berfikiran begitu. Baru seronok nak sambut merdeka. (ref:HERE)

Aku ada baca di Sinar Harian, kempen mengibarkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) tidak mendapat sambutan dari rakyat. Mengapa lah? Aku sendiri pun tak letak bendera. Tak patriotik betul!

Aku letak shield ni boleh? Patriotik gak!


RUKUN NEGARA MALAYSIA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
(source: Wiki)

Saja letak RNM atas ni. MAnalah tahu korang lupa kan? Ecceh! bajet so patriotik betol la ko neh shahroll! Apa pun, Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang tak lama lagi dah dengan temanya:

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”



Tuesday, June 21, 2011

An Evening with the Prime Minister Organized by Young Corporate Malaysians (YCM)

Tuesday, June 21, 2011


As salam and Hello readers!


Sesiapa kat sini nak bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia? Jika korang ada niat nak berjumpa bersama PM Malaysia, boleh lah mengikuti program Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran Young Corporate Malaysians (YCM). Details ada kat bawah ni;



The Prime Minister will be speaking and answering questions on the New Economic Model and the Economic Transformation Programme exclusively for our YCM members this coming Monday 27th June, 8.30pm at the Intercontinental Hotel Kuala Lumpur (formerly known as Hotel Nikko) [quote: HERE

Anda boleh mendaftarkan diri di borang online yang telah disediakan, sila klik di SINI

Untuk sebarang pertanyaan, korang leh tanya di twitter YCM di http://www.twitter.com/YCMS

Saturday, April 16, 2011

Keputusan tak rasmi di Negeri Sarawak by shahroll

Saturday, April 16, 2011

Walaupun malam nie ada konsert Akademik Fantasia, aku lebih fokus terhadap keputusan undian di Negeri Sarawak. Keputusan terkini adalah..


Barisan National -55 kerusi
PKR -3 
DAP -11 
BEBAS -1


boleh tengok secara terus di SINI




Thursday, February 10, 2011

Amanat Tahun Baru Naib Canselor UiTM 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)

Thursday, February 10, 2011
As salam to all,


Tadi aku baru balik dari DATC yang mana, mendengar serta menghayati Amanat Tahun Baru yang disampaikan oleh VC dengan begitu bersemangat dan jelas tentang misi dan visi serta halatuju UiTM selaras dengan perlembangaan negara.



Jika tanya kat aku, pandangan sebagai staff sokongan a.k.a pentadbiran, beberapa elemen atau aspirasi yang baru telah dibuat oleh Dato' VC dalam pentadbiran Dato'.Bertepatan dengan tema Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tahun ini adalah "Pengajian Tinggi Ke arah Transformasi Negara".

Kenapa Transformasi? dan, apa transformasi itu sendiri? aku ambil petikan dari web JASA berbunyi;

Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan. 
Maka dengan ini pendapat aku, budaya kerja itu sendiri yang kita perlu ubah untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. Mungkin pandangan aku berbeza dengan hadirin yang lain, aku cuba memandang dari sisi yang sama dengan Dato' VC, dan cuba memahaminya.

Nikmati slide yang aku sempat snap pakai Nokia C3:-

Untuk mencapai World Class universiti, UiTM bekerjasama dengan Universiti2 luar dan tersohor.

VCSP: Special project, sound like GREAT! =D

Gagasan 1 Malaysia: Inspirasi dari Dato' Sri Najib Razak.

Penghargaan dari Dato' VC untuk Jabatan Pendaftar dan juga Bendahari

Pendekatan Dato' VC: Menggunakan social networking Facebook untuk berinteraksi secara terus dengan students dan juga staff. LOVE it!

Jabatan aku (PTAR) juga disebut oleh Dato' VC =D

CEGAH PLAGIAT!!! satu isu yang dipandang serius oleh Dato' VC 

Tadi sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendaftar dan juga Jabatan Bendahari kerana menjadi contoh kepada jabatan-jabatan yang lain untuk meningkatkan mutu kerja dan juga kecekapan. Syabas diucapkan!

Selain itu,Dato' juga amat disenangi oleh para pelajar kerana sikapnya yang ramah. Korang boleh tengok dalam Facebook pages Dato' kalau korang nak tengok ataupun mahu mengenali Dato' VC dengan lebih dekat. Aku seronok bila VC cakap "i lOVE my students!" salute sama Dato'. =D because i'm student too.. huhuh..

Full House owhh DATC!

Aku stop kat sini, kang korang bosan pulak aku tulis panjang2. Harap pengunjung blog aku yang staff UiTM, boleh kongsi2kan maklumat/pandangan korang pasal Amanat nie tadi lam komen ya! Amat dialu2kan.. =) as salam..

Tuesday, October 12, 2010

When i'm busy with responsibility by shahroll

Tuesday, October 12, 2010
Salam all! =D


**breathing** fuahhh~ =_=.. tired? yeahh really! not because about last Saturday event, so many event clashing in this month!! aiyo~ so pening..ahaha! Ok, what i did last saturday? here we go.~


Semenyih, Kajang 9 Okt 2010: Semalam, kira-kira seramai 200 pelatih telah membanjiri Kem Setia Ikhlas di sini. Bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada 3 petang telah mengimbas kembali kenangan yang telah terpahat di setiap sanubari bekas pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang di mana pelatih dari siri 1 hingga 7 bertemu di dalam 1 majlis yang dianjurkan buat julung kali diadakan.

Di dalam majlis semalam, telah dilantik beberapa bekas pelatih alumni untuk menjadi AJK sekteriat yang mewakili Kem Setia Ikhlas untuk mencapai misi yang ingin digapai oleh pihak PLKN adalah untuk mengumpulkan bekas pelatih PLKN seramai 30 ribu bertemu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Nama-nama AJK boleh lihat di SINI


Sehubungan dengan itu, satu group telah dibuka di Facebook untuk mempercepatkan informasi ini dan boleh menyertai bekas pelatih di PERHIMPUNAN BEKAS PELATIH PLKN (30 RIBU PESERTA) DI PICC, PUTRAJAYA




Dah alang2 aku tulis kat sana, so aku copy paste lam blog aku kat sini lak, huhu~ malas nak buat write up banyak kali. Dipendek kan cerita, memang agak sibuk melayan blog PLKN dari blog sendiri! huhu~ untuk Negara kan?

Persiapan untuk bertemu dengan Perdana Menteri sedang giat dilakukan oleh AJK Sekteriat yang terpilih. Untuk Kem Setia Ikhlas Semenyih, nie lah hasil yang dapat ditonjolkan bersama ahli yang bermuafakat dan saling bekerjasama.

Bayangkan hanya 2 hari dapat dikumpulkan bekas PLKN ini seramai 272 (setakat ini pada ja, 12.01 AM). Jika tak de kerjasama, susah nak capai angka yang tinggi dalam masa kurang dari 3 hari. Syabas u ol!

Aku sebagai Naib Presiden, bertanggungjawab menggerakkan semua ahli2 bekas PLKN untuk Kem Setia Ikhlas Semenyih (KemSis) dan keseluruhan amnya. Bersama-sama lah kita menjayakan nya! =D

Saturday, October 09, 2010

[work] Pictures of BTN at Pasir Salak by shahroll

Saturday, October 09, 2010
Salam all! =)

Aku tak boleh tidur malam nie. Tak tahu kenapa, may be terlalu seronok nak pergi ke Kem Setia Ikhlas, Semenyih kat Kajang esok kot? yup! Aku bekas pelatih PLKN siri 2 di kem sana. Esok (hari nie) akan pergi bersama Fauzi (tumpang kereta beliau) untuk menjimatkan ruang jalanraya dengan berkongsi kereta.. haha!

Posting kali nie aku just update gambar masa BTN (Biro TataNegara) yang dah lama dok dalam HDD aku. So, enjoy the pictures! =)

** Rumah nie lah yang aku menginap sepanjang latihan disini. cool? 
ada dalam 8 orang 1 rumah nie.

**Pemandangan dari luar rumah.. cool? sejuk mata memandang owh!

** lagi...

** port nie best nak mek gambar...

** kursus ada swimming pool owh! haha mana nak dapat bhaii.. 
tapi kitorang tak leh mandi pon..=_=~

** Double framing?? muahahah~ =P

** Mende rare syot! letak depan umah aku cool gak.. hahhah~

** i like it!

** Besar gile parang dia neh!.. wowowow~

** DON'T TOUCH!! haha.. snap boleh kan? 

** Macam2 ado...


** Rumah nie kalau aku dok sewa ok gak eh? cool.. =D

Amacam? best tak? nie special entry aku bagi yang dok selalu usha2 lam blog aku dengan keywords " Pasir salak resort".. nah! aku dah bagi.. hehehe~ ok lah, see later keyh! Salam... =)

Saturday, September 18, 2010

[Hot] How to spend your money to right way? by shahroll

Saturday, September 18, 2010
Salam all! =D


Pergi ke pasar bersama orang tua aku pagi tadi, around 7 pagi. Bukan selalu aku pergi, sebab esok umah aku ada umah terbuka, so beli lah sikit barang2 kat pasar tu. Banyak jugak dibelinya, but cuma yang aku perasan, mereka (mak abah aku) tak beli main redah je. Dah ada planning untuk membeli itu dan ini. Aku suka memerhati kan? so itu yang aku nampak.. weee~ =D


Tu intro lah ye, ada gak kaitan dengan ape nak aku bebel nie. Pernah dengar AKPK? Bukan bank ke pe, cuma yang best nyer pasal AKPK ni, dia membantu orang-orang yang mengalami masalah hutang yang kronik.




** Laman web AKPK

Bagus kan web nie? aku pon baru hari nie kot baru tengok2 and explore pe yang ada kat situ. Dah bace, harus lah kongsi ngan korang! =D Kalau pergi ke halaman INI, banyak contoh2 berita di dada akhbar tentang keburukkan berhutang (yang berlebihan dan tidak sepatutnya), bagus untuk peringatan aku sendiri dan korang yang membaca.

**tab menu yang simple | memudahkan korang =D

AKPK tak bayar aku pon untuk posting nie. Bukan sponsored post ya. Ini cuma sebahagian tanggungjawab sosial aku je. Khidmat masyarakat gitu.. ehhe~ bersiap untuk ke Rawang! yeahh.. open house lah.. =P 

Salam!

Monday, September 13, 2010

Islamic Arts Museum Malaysia by shahroll

Monday, September 13, 2010
Salam all! =D

Jalan-jalan ngan family satu riadah yang sangat menyeronokkan. Yelah, kalau bukan hari cuti, susah gak nak pergi jalan satu keluarga. Sorang kerja, sorang cuti, so bit difficult lah kan. So, today aku bawak family aku sekitar Kuala Lumpur, bagi dorang amek udara KL pulak.. hehe~

** Pintu masuk ke Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur | picture: Shahroll Photography

Dalam banyak2 tempat yang aku pergi hari nie, penekanan aku cuma pada tempat yang satu ni. Best gak eh! 1st time kot aku sampai sini. Actually, bukan nak pergi ke sini pon, cuma terrsinggah sebab aku jalan2 ke Taman Tasik Perdana, then tembus ke sini.

**Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur | picture: Shahroll Photography

Mati-mati aku ingat Muzium nie berdekatan dengan Balai Seni Lukis Negara, haha~ tergelak gak la mamat kaunter tu bila aku cakap cam tu, nampak naoo ko nyer jahil pasal KL.. muahahah~ whatever! Then, misi jelajah ke dalam Muzium nie diteruskan dengan rombongan dari family aku.. paling syok adik aku yang kecik2 nie lah.. ke main suka!

**Dalam bangunan Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur | picture: Shahroll Photography

**Muka bajet howwt** cam tu la gamaknye =_=~ tak howwt pon, cuma cuaca tengahari tu memang mengancam. Naseb baek dalam bangunan nie sejuk.OH! aku lupa nak bagitaw yang mana, kalau korang nak pergi ke tingkat dimana ditempatkan segala seni (galeri lah tu), ada bayaran yang tertentu korang kena baya eh. Detail nyer:-

Admission Fee
ADULT: RM 12.00
OTHERS*: RM 6.00
CHILDREN BELOW 6: FREE!

**Visitor below 18, Students Of Higher Learning Institutions and Senior Citizens (Malaysian). Note: TIckets are charged a t RM10 (adult) & RM5 (others) when the Special Galleries are closed

Itu untuk yang Galeri lah, tempat2 yang FREE korang leh masuk adalah: Kedai Muzium, Perpustakaan Kanak-kanak,Restoren dan Bengkel Seni. Tingkat pertama ditempatkan segala macam yang aku sebut tadi.

**Luar bangunan Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur | picture: Shahroll Photography

Hari yang korang leh melawat tempat ni adalah seperti beikut:-

Monday-Sunday
10.00 am-6pm

Public Holiday
10.00am-6.00pm

**Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur | picture: Shahroll Photography

Kalau korang berhajat nak bawak saudara-mara korang kat sini, aku galakkan sangat2. Selain tempat yang cantik dan best, korang jugak dapat info yang macam2 pasal kesenian islam itu sendiri.Dan, kepada kaki gambar (macam aku) CAMERA NOT ALLOWED ye ke dalam Galeri tu. Sebab apa? korang tanya sendiri kat abang kaunter ok! =D

**My Junior trainer|Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur | picture: Shahroll Photography

Alamat dan no talipon yang korang leh hubungi dorang kalau2 nak bawak satu rombongan besar ke, rombongan Cik Kiah ke, just shout at em! below the details:-

ISLAMIC ARTS MUSEUM MALAYSIA
Jalan Lembah Perdana,50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2274 2020 Fax: 603-2274 0529
Email: info@iamm.org.my
website: www.iamm.org.my

Wednesday, September 01, 2010

[Blogger Contest] Pesanan Raya Untuk shahrulhairy.com by shahroll

Wednesday, September 01, 2010

SALAM & HELLO TO ALL MY READERS AND BLOGGERS.

Diumumkan bahawasanya,saya Shahrul Hairy Shaharuddin admin untuk blog shahrulhairy.com memutuskan sempena Hari Raya yang bakal menjelma kelak,dengan rasa rendah diri dan berbesar hati untuk menganjurkan peraduan yang "simple" yang bertajuk " Pesanan Raya Untuk shahrulhairy.com".

Antara objektif peraduan ini adalah:-

1) Mengeratkan silaturahim sesama blogger baru/lama dengan berinteraksi di ruangan maya khususnya di ruangan shahrulhairy.com ini.

2) Samada anda regular readers atau tidak, itu tidak menjadi masalah kerana pesanan yang paling kreatif dan malatopzz akan memenangi peraduan nie.

3) Blogger Malay,Cina or India,Sabah dan Sarawak semua boleh! 1Malaysia Spirit! Korang bebas nak pakai bahasa apa sekalipun, as long aku paham apa yang korang tulis tu. deal?

3) Tiada had umur. Jika anda seorang blogger, silakan mencuba! =D

*************************************

Ok,itu antara objektif peraduan nie lah. Dan untuk syarat2 simple untuk korang ikut adalah:-

1) Tiada paksaan untuk "follow me". Kalau korang suka blog aku, go ahead for follow. Aku tak kesah as long korang follow sebab blog aku best! haha~

2) Gambar yang diatas tu korang "save as" dan tampal dalam post korang,dan name picture itu JANGAN diubah,biarkan saja "shahrollphoto_raya" ok?

3) Pesanan korang tak lebih dari 50 patah perkataan ( aku akan kira eh.!) dan korang aku tak expect untuk bagi pesanan yang sopan2,cute2 or puji2 bagai.. i want extra-ordinary!!!

4) Pesanan korang may be boleh dari pandangan peribadi, sosial,ekonomi atau pun politik. Politik nie bukan macam korang swoh bloggers lain VOTE aku sebagai blogger paling HENSEM or MASKULIN.. no! no!tidak sama sekali!.. itu pandai2 korang lah...

5) Submit URL posting yang asal dan BUKAN URL blog korang. sila rujuk  SINI ( lihat kat address bar tu..) dan sila letak di ruangan komen entry ni.

6) Dateline untuk contest nie: 6-09-2010 (ISNIN). So bertindak NOW!!! **sigh**


***************************************
HADIAH??

Aku akan pilih yang terbaik dari kalangan yang terrrbaik lah ye! takkan nak pilih yang cikai mikai nyer kot? Ok, seorang (1) blogger yang terpilih menang contest nie akan menerima:-

1) RM 50.00 duit Malaysia ( Cara aku bayar: MaybankU2)

2) Berbuka puasa (aku belanja) di Restoren Mamak, Kelantan Delight, atau mana2 restoren yang aku suka

3) Voucher for all package dalam Shahroll Photography samada Wedding, Convocation & Portraiture bernilai RM 150

**menarik?? selamat mencuba untuk mendapatkannya!! =D salam...

Independence Day!! Aku balik kampung by shahroll

Wednesday, September 01, 2010
Salam all! =D

Hari cuti umum aku balik ke kampung. Aku orang Tanjong Karang,ada sesiapa bloggers kat sini yang dari sana? boleh "ngeteh" kat kedai mamak atau kopitiam. Yeahh.. dah ada kopitiam ok kat kampung aku.. haha~  kampung aku sedikit demi sedikit mengalami perubahan yang ketara.

Jika dulu, peniaga berniaga kat tepi jalan je, now dah ada corner lot yang dorang boleh sewa,nampak cantik sikit dan teratur. Thanks for the government yang banyak tolong penduduk kat kampung aku nie. BIG CLAP!! =D

Ok, dalam perjalanan ke Tanjong Karang, aku berhenti jap kat area Sungai Buloh sebab mak aku nak beli barang kat situ. Dan, aku cam biasa lah jalan-jalan sambil memerhati keadaan sekeliling. Apa yang aku dapat??
Bendera Malaysia! Tahap kesedaran rakyat semakin baik dengan memasang Jalur Gemilang di premis mereka. So nice! =D


************************************
( sampai sudah ke rumah mak sedara aku..)
Dah sampai ke kampung aku! Actually bukan rumah nenek aku kat sawah sempadan, nie umah mak sedara aku.. suka lepak kat umah doang sebab area sawah kan.. huuuu~ so cool!.. time nie around 4 pm dan sangat2 hottzz kau.. 

LOVE MALAYSIA!! am proud to be Malaysian people. No matter what, i will stand with u MALAYSIA!!Right now, banyak sangat "musuh-musuh" negara yang harus kita lawan secara diplomatik,fantastik but not BOMBASTIK ok.. dont loike that... =_=~ 1MALAYSIA!!

Dan, semasa nak balik ke Klang, aku singgah PARAM jap (Pasar Ramadhan lah..). Betul2 depan kedai SAKAN. Kalau korang dari Tanjong Karang, kedai SAKAN nie lah tempat yang best kalau nak beli belah. Sebab barang2 dia murah dan berkualiti. tak caya? =D

PARAM!! sesak kau... masa memula aku shoot tak sesak pulak.. hehehe~ jalan sedikit semmmpitt lah!
Kedai nie lah yang aku cakap tu. Mak dengan adik aku suka beli belah kat sini. Aku? kadang beli gak kat sini, ikut pada keperluan lah =D pengguna berhemah may be... huhuhuaha

Around 9.30pm dah sampai umah.. kalau bawak laju kereta boleh awal lagi sampai, but sepertimana pesanan yang mak aku selalu pesan.. " Buat apa nak laju2.. nak balik umah je kot.." hehhe~ thanx mom!! =D

Happy Merdeka Day guys! Salam...