Showing posts with label Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Show all posts
Showing posts with label Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Ayahanda Sahol Hamid, we love u! by shahroll

Monday, February 27, 2012


As salam, hello readers...


Beberapa minggu lalu, aku sudah mendengar desas-desus berkenaan dengan Dato VC UiTM yang dikatakan terlibat dalam beberapa kes "dalaman" yang melibatkan anak Dato' VC.


Aku sikit tak paham la dengan manusia-manusia mana tah yang cuba buat "kacau" dalam UiTM yang sentiasa harmoni. Ada orang jeles kot Dato'?


Lanjutkan pembacaan korang kat dalam blog ni: Double-Y blog


Amacam? ada style x vector ni? hehe..

Apa pandangan peribadi aku terhadap Dato' VC? ok meh sini aku nak cerita. As student part time PLK, aku merasakan Dato' merupakan seorang yang begitu mengambil berat terhadap kebajikan pelajar-pelajar UiTM. Platform Facebook dan Twitter menjadi medan untuk bertanya, bertukar pandangan, berbalas pantun (eh, ni tak de dalam pakej!) dan apa saja secara terbuka.

Aku ulang, SECARA TERBUKA! that transparent u know.

Nak bukti? tengok saja laporan NST ini: Students as partners
Lagi? Student UiTM SAYANGKAN Dato' macam bapak mereka sendiri. Tengok sini: Facebook Dato' Sahol

Program Dato' VC iaitu Mengubah Destini Anak Bangsa paling aku salute! Salute kerana apa ya? Kerana program inilah yang dikatakan "peluang ke-2" oleh mereka yang mendapat tempat di dalam program ini untuk meningkatkan education level mereka di tahap yang lebih baik.

ada pape yang anda tak puas hati? ajukan di sini!

enjoy!

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH kepada Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menerima Ijazah Kedoktoran di Jerman! by shahroll

Tuesday, November 22, 2011




TANGGAL 18 November lalu memahat sejarah yang cukup besar bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stuggart, Jerman.

Ia merupakan penghormatan kepada Dr. Sahol terhadap pencapaian beliau dalam kajian saintifik dan teknikal menerusi bidang kejuruteraan hidrolik dan teknologi baru dalam pengurusan sumber air. Lebih membanggakan, Dr. Sahol menjadi orang Asia dan rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah yang dianggap cukup berprestij dan membanggakan dalam sistem pengajian tinggi di seluruh dunia.

Meskipun anugerah itu lebih kepada pencapaian peribadi, namun bagi Dr. Sahol, beliau mendedikasikannya kepada UiTM apatah lagi ia diterima ketika beliau berada di kerusi Naib Canselor universiti tersebut. Menjadikan anugerah itu cukup manis kerana beliau sendiri adalah bekas pelajar UiTM.

credit to: Utusan Malaysia

more: HERE

enjoy!

Thursday, February 10, 2011

Amanat Tahun Baru Naib Canselor UiTM 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)

Thursday, February 10, 2011
As salam to all,


Tadi aku baru balik dari DATC yang mana, mendengar serta menghayati Amanat Tahun Baru yang disampaikan oleh VC dengan begitu bersemangat dan jelas tentang misi dan visi serta halatuju UiTM selaras dengan perlembangaan negara.



Jika tanya kat aku, pandangan sebagai staff sokongan a.k.a pentadbiran, beberapa elemen atau aspirasi yang baru telah dibuat oleh Dato' VC dalam pentadbiran Dato'.Bertepatan dengan tema Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tahun ini adalah "Pengajian Tinggi Ke arah Transformasi Negara".

Kenapa Transformasi? dan, apa transformasi itu sendiri? aku ambil petikan dari web JASA berbunyi;

Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan. 
Maka dengan ini pendapat aku, budaya kerja itu sendiri yang kita perlu ubah untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. Mungkin pandangan aku berbeza dengan hadirin yang lain, aku cuba memandang dari sisi yang sama dengan Dato' VC, dan cuba memahaminya.

Nikmati slide yang aku sempat snap pakai Nokia C3:-

Untuk mencapai World Class universiti, UiTM bekerjasama dengan Universiti2 luar dan tersohor.

VCSP: Special project, sound like GREAT! =D

Gagasan 1 Malaysia: Inspirasi dari Dato' Sri Najib Razak.

Penghargaan dari Dato' VC untuk Jabatan Pendaftar dan juga Bendahari

Pendekatan Dato' VC: Menggunakan social networking Facebook untuk berinteraksi secara terus dengan students dan juga staff. LOVE it!

Jabatan aku (PTAR) juga disebut oleh Dato' VC =D

CEGAH PLAGIAT!!! satu isu yang dipandang serius oleh Dato' VC 

Tadi sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendaftar dan juga Jabatan Bendahari kerana menjadi contoh kepada jabatan-jabatan yang lain untuk meningkatkan mutu kerja dan juga kecekapan. Syabas diucapkan!

Selain itu,Dato' juga amat disenangi oleh para pelajar kerana sikapnya yang ramah. Korang boleh tengok dalam Facebook pages Dato' kalau korang nak tengok ataupun mahu mengenali Dato' VC dengan lebih dekat. Aku seronok bila VC cakap "i lOVE my students!" salute sama Dato'. =D because i'm student too.. huhuh..

Full House owhh DATC!

Aku stop kat sini, kang korang bosan pulak aku tulis panjang2. Harap pengunjung blog aku yang staff UiTM, boleh kongsi2kan maklumat/pandangan korang pasal Amanat nie tadi lam komen ya! Amat dialu2kan.. =) as salam..